Baru sempat layan siri Ms. Marvel. Entah apa komen-komen negatif merepek cakap bosan dan cringe bagai. Padahal siri ini bukan main hebat mempamerkan budaya Asia Selatan yang sedang pulih selepas mengharungi perpecahan besar. Memang patut sangat siri ini dapat rating lagi tinggi daripada Black Panther dan Avengers : Endgame. Tidak lupa juga komuniti Islam sangat seronok melihat pembawaan positif selepas sekian lama dipijak dengan watak-watak pengganas (Hamedy, 2022).

Rasanya bukan spoiler kalau cakap Ms. Marvel bercerita tentang krisis pemisahan India yang berlaku dek kejahatan British semasa zaman penjajahan India. Pada masa itu, “British Raj” berkuasa secara imperialis. Pihak British enggan menggunakan nama “India” secara rasmi, jelas sekali suatu langkah penghapusan identiti. Masuk abad ke-20, pengaruh British semakin luntur. Dan jarum jahit mereka mula cucuk diri sendiri kerana populasi tempatan berpecah belah antara agama.

Fikir punya fikir – akhirnya British membuat keputusan untuk memecahkan wilayah British Raj. Tetapi orang tempatan sangat marah. Golongan elitis Hindu membantah kerana banyak tanah mereka disewa kepada petani Islam. Kalau wilayah dipecah menjadi negara asing-asing, petani-petani ini akan mewarisi tanah tersebut secara rasmi dan mutlak. Warga Islam pula semakin lama semakin dibenci warga Hindu yang menubuhkan kumpulan politik dengan suara anti-Islam (Ludden, 2002). Sampai ada gerakan pemeliharaan lembu dan kempen pemurtadan Islam secara berorganisasi (Amore, 2019).

Kedatangan Gandhi yang disorak di Karachi.

Kalangan Islam dan Hindu juga sedang bertelingkah tentang bahasa. Hindu mahu Hindi dijadikan bahasa rasmi ; Islam pula mahu Urdu. Isu-isu sebegini berlarutan memeningkan kepala British, yang kena pukul teruk semasa Perang Dunia Pertama. Habis saja berperang, pihak British sudah mula terima hakikat yang mereka perlu keluar. Dan pada tahun 1924, mereka mendatangkan Teori Dua Negara yang menyempadankan semula British Raj ikut taburan populasi agama. Jadi Islam dan Hindu akan mendapat negara sendiri (Talbot, 2000).

Teori ini mendapat sokongan Gerakan Pakistan dalam kalangan umat Islam British Raj. Dan warga Hindu pula membalas dengan “legally Hindu state”. Mereka melayan umat Islam sebagai “second-class citizen”. Mereka mahu menghalau umat Islam daripada “legally Hindu state”. Mereka mahu mengharamkan orang masuk Islam. Dan mereka menggalakkan pemurtadan. Sudah pasti bukan semua orang Hindu mahukan sedemikian. Tetapi suara mereka ditenggelami perjuangan konservatisme yang berpunca daripada jarum halus pecah-perintah British sendiri.

Warga emas dalam gambar sedang sengsara kerana penat berjalan. Mereka duduk berehat ditemani cucu.

Ramai tidak suka Teori Dua Negara sebenarnya. Ia bukan solusi. Kerana ia akan mendirikan “benteng sempadan” antara keluarga. Tiba-tiba anak menjadi warga Pakistan. Ibu bapa pula warga India. Memang rumit. Namun semakin lama, memang itulah jadinya. Dan ramai umat Islam lari ke “Land of the Pure” (Pakistan) untuk memulakan hidup baharu (Talbot & Singh, 2009).

Apa yang ditunjuk dalam Ms. Marvel adalah sebahagian daripada “permulaan hidup baharu” ini. Sepanjang Perang Dunia Kedua, pihak British Raj menerima penentangan kental daripada warga tempatan. Tindakan mereka terhadap warga Hindu di “legally Hindu state” memberi pelampung pada umat Islam di “Land of the Pure”. Begitulah sebaliknya. Satu pihak kena; pihak lain tepuk tangan dan cakap British babi. Senang kata macam itulah.

Kami juga ada karya-karya fiksyen khas untuk para peminat pelbagai genre. – https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Dan selepas Perang Dunia Kedua, kerajaan British sebulat suara ingin mengakhiri kegiatan imperialisme mereka. British Raj yang dijajah akan dibebaskan. Dan pembebasan British Raj melahirkan Pakistan dan India. Namun benda ini tidak semanis kemerdekaan Malaysia. Manis-manis merdekanya Malaysia pun ada isu melibatkan Singapura. Kini bayangkan pembebasan dua negara yang kelompok rakyatnya saling benci-membenci antara satu sama lain.

Memang bermusuhanlah jawabnya. Semua punca adalah angkara British yang terhegeh-hegeh menjajah dan mengamalkan pecah perintah.


Dua buku best-seller The Patriots kini kami gandingkan sekali dalam versi bahasa Inggeris untuk kalian semua:
World Without Walls III: https://bit.ly/3PR2Ep9
The Human’s Complex: https://bit.ly/3J2GoGF

RUJUKAN:

Amore, R. (2019). Religion and Politics : New Developments Worldwide. Halaman 5.

Hamedy, S. (2022, Jun 15). Many Muslims say they see themselves on screen in a new light in ‘Ms. Marvel’. NBC News.

Ludden, D. (2002). India and South Asia : a short history. Oneworld. Halaman 200.

Talbot, I. (2000). Pakistan’s Emergence. The Oxford History of the British Empire. Halaman 253-63.

Talbot, I., & Singh, G. (2009). The Partition of India. Cambridge University Press. Halaman 31.

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply