“Keenakan buah kurma dari Timur Tengah… Yusof Taiyoob…” Sesiapa pun takkan lupakan iklan ikonik ini setiap kali Ramadan menjelang. Tapi, tahukah anda siapa sebenarnya orang di sebalik nama gah Yusof Taiyoob ini?
Inilah kisah di sebalik bisikan Yusof Taiyoob yang membina empayarnya iaitu pengeluar kurma di Malaysia. Dato’ Seri Yusof Taiyoob yang dilahirkan pada 1958, pernah melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di India, namun akhirnya memilih perniagaan sebagai kerjayanya.
Seawal usia 19 tahun, beliau pernah menjadi penjual minyak wangi berjenama Perfume of Penang di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas. Selepas beberapa tahun, beliau menubuhkan sendiri syarikat kosmetik, iaitu Yusof Cosmetic sebelum ia ditutup pada tahun 1981.
Namun, beliau tidak pernah berputus asa dalam bidang perniagaan. Meskipun mengalami masalah yang teruk selepas kegagalan syarikat Yusof Cosmetic, namun ia menjadi pemangkin untuk Yusof bangkit pada tahun 1988.
Yusof Taiyoob Sdn Bhd ditubuhkan atas namanya sendiri demi sebuah perniagaan baharu. Hari ini, syarikat ini menjadi pembekal kepada lebih 30 jenis kurma dan 100 jenis produk makanan di Malaysia, Singapura, Indonesia dan Thailand.
Jadi, apa rahsia Yusof Taiyoob sehingga mencapai kejayaan pada hari ini?
Menurut CEO ini, rahsia yang beliau pegang hanya satu, iaitu terus berusaha untuk mencapai apa yang diingini. Dek terlalu meminati dunia perniagaan, beliau yang pernah jatuh selepas kegagalan syarikat kosmetik, berusaha untuk bangun semula dengan prospek perniagaan yang baharu.
Malah, beliau sentiasa mencari jalan agar syarikatnya mendapat perhatian ramai. Disebabkan inilah, maka pada tahun 2011, iklan bisikan Yusof Taiyoob terhasil. Menurut Yusof sendiri, beliau mahukan iklan yang lain daripada yang lain serta dapat mengingatkan orang ramai tentang produk yang dihasilkannya.
Maka, terciptalah bisikan ‘Yusof Taiyoob’ yang sinonim dengan Ramadan serta pelbagai jenis produk kurma mereka. Ia adalah kejayaan besar buat syarikat Yusof Taiyoob yang akhirnya membuatkan namanya menjadi sebutan ramai.
Hari ini, beliau diberi gelaran ‘Raja Kurma’ kerana bekalan kurmanya yang boleh didapati di seluruh negara. Nampaknya, bisikan Yusof Taiyoob benar-benar memberi impak besar kepada empayar ini.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih