Ia bukanlah bermula sebagai sebuah restoran, tapi sebenarnya sebuah kedai kuih muih tradisi Jepun. Perniagaan yang diasaskan pada tahun 1465 ini akhirnya kekal sehingga ke hari ini dan menjadi restoran kesayangan ramai pelanggan.

Ini adalah kisah tentang restoran tertua di Jepun, yang terletak di Kyoto, iaitu Honke Owariya. Pada era Muromachi, sebuah kedai kuih-muih telah dibuka di Kyoto apabila nenek moyang keluarga pemiliknya tiba dari Wilayah Owari (kini Nagoya).

Mereka memulakan perniagaan yang akhirnya bertahan lebih daripada lima setengah abad hingga ke hari ini. Keistimewaannya ialah mi soba tradisional, yang menjadi pilihan ramai pelanggan sehinggalah keluarga diraja makan turut di sini apabila mereka datang ke Kyoto!

Paling istimewa, restoran ini menggunakan air daripada perigi mata air Kyoto yang “paling segar” untuk membuat kuah sup mi sobanya yang lazat. Selepas penubuhannya di Kyoto, Honke Owariya juga mula membekalkan tepung soba dan mi soba kepada kuil Zen dan Buddha.

Sami kuil pada mulanya membuat mi mereka sendiri, tetapi apabila permintaan menjadi terlalu tinggi, mereka beralih ke kedai ini yang sudah mempunyai kemahiran yang diperlukan (iaitu, menguli, menggulung, dan memotong) untuk menghasilkan mi soba.

Meskipun menjual mi soba yang terkenal, namun disebabkan restoran ini asalnya menjual kuih, maka satu lagi hidangan istimewa di sini ialah soba mochi yang disediakan dengan memasak kacang azuki (merah) dengan teliti, membungkusnya dalam kerak berperisa soba dan diakhiri dengan biji bijan hitam ditaburkan di atasnya.

Ia menjadi kegemaran masyarakat tempatan Kyoto kerana rasanya yang ringkas dan hangat, malah sesetengah pelanggan tetap kedai ini sentiasa mengaitkan mochi ini dengan kedai Owariya.

Hidangan soba di restoran ini ada kaitannya dengan kisah lampau. Pada zaman dahulu, tukang emas dikatakan menggunakan tepung soba untuk mengumpul daun emas yang bertaburan. Itulah sebabnya soba telah dikaitkan dengan tuah dalam wang dan kekayaan sejak zaman purba.

Honke Owariya juga mendapat penghormatan besar sebagai pembekal soba kepada Imperial Household, mengukuhkan reputasinya sebagai salah satu pengeluar soba yang paling dihormati di bandar itu.

Hari ini, restoran tertua itu diuruskan oleh generasi ke-16, iaitu Ariko Inaoka, yang mengikut jejak langkah bapanya (generasi ke-15) serta datuknya (generasi ke-14).

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Anak Terengganu yang bercita-cita untuk menjadi food historian, dan memasang impian untuk mengeluarkan buku mengenai kesemua makanan warisan di Malaysia. Memiliki PhD dalam bidang Sains Makanan & Pemakanan. Sukakan muzik, drama dan filem, tetapi nyata rasanya lebih kepada penulisan. Seorang ghostwriter, penyunting dan penterjemah sambilan. Bidang penulisan yang diminati; pemakanan, sains makanan, gastronomi, sejarah dan eksplorasi karya (drama dan filem).

Comments are closed.