Eh, ini bukan tentang puteri yang sedang mandi yang disamakan dengan badak berendam, tidak sama sekali! Ini cerita tentang dua atau sebenarnya tiga jenis kuih Melayu yang popular sebagai juadah di bulan Ramadan ini.

Persoalan ini timbul, apabila ada seorang sahabat bertanya, apa beza di antara kuih puteri mandi dan badak berendam ini? Ya, bunyinya seolah-olah sama, kerana kedua-duanya melibatkan ‘air’ untuk mandi atau berendam ini.

Jadi, sama ke kedua-dua ini?

Sama tapi tak serupa. Kedua-dua kuih ini sebenarnya diperbuat daripada tepung pulut, yang mempunyai inti kelapa parut manis. Yang bezanya, adalah tempat kedua-duanya ‘berendam’ atau ‘mandi’ itu.

Kuih puteri mandi ini banyak ditemui di Pantai Timur, dan selalunya, ia dihidangkan dengan kuah manis yang dibuat daripada air gula melaka atau nisan. Kenapa ia dipanggil puteri mandi?

Ini mungkin kerana ia hanya dimakan sedikit sahaja dengan kuah manis itu, dan tidak sepenuhnya bersalut dengan kuah berkenaan. Sebut tentang kuih puteri mandi ini, ia sebenarnya ada persamaan dengan satu lagi kuih, iaitu puteri berendam atau kuih bugis mandi yang terkenal di Selangor.

Namun, beza kuih puteri berendam ini, kuahnya diperbuat daripada santan dan direndam sepenuhnya dalam kuah tersebut. Manakala, adunannya pula diadun menggunakan tepung pulut dan tepung sagu, serta berinti kelapa parut manis.

Bebola adunannya juga direbus dahulu supaya tidak melekat dan sebelum dimasukkan ke dalam kuah bersantan. Ada juga versi kuih ini yang tidak menggunakan sebarang inti, dan hanya dimakan begitu sahaja bersama kuah santan.

Istimewanya, kuih badak berendam ini hampir menyerupai kuih bugis mandi Selangor ini jika dilihat dari segi kuah yang menggunakan santan. Tapi, secara keseluruhannya, ketiga-tiga puteri mandi, badak berendam dan kuih bugis mandi ini bolehlah dianggap serupa, dengan perbezaan pembuatan bergantung kepada daerah masing-masing.

Zaman dahulu, kebanyakan orang Melayu tidak menggunakan tepung gandum dalam kuih tradisional kerana tiada gandum di tempat kita. Sumber utama kita ketika itu adalah beras, jadi sebahagian besar kuih Melayu menggunakan tepung beras dan tepung pulut sebagai bahan utamanya.

Malah, orang Melayu sendiri mampu hasilkan tepung beras dan pulut secara manual di rumah masing-masing ketika itu. Disebabkan inilah, kuih-kuih tradisional seperti yang disebut di atas, puteri mandi, badak berendam serta kuih bugis mandi, ada banyak persamaan meskipun namanya berbeza.

Kelainan daerah atau kawasan pembuatan kuih, serta cara memasak berbeza, sama ada kukus atau rebus adunannya juga menentukan perbezaan antara kuih-kuih tradisional ini.

 

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Anak Terengganu yang bercita-cita untuk menjadi food historian, dan memasang impian untuk mengeluarkan buku mengenai kesemua makanan warisan di Malaysia. Memiliki PhD dalam bidang Sains Makanan & Pemakanan. Sukakan muzik, drama dan filem, tetapi nyata rasanya lebih kepada penulisan. Seorang ghostwriter, penyunting dan penterjemah sambilan. Bidang penulisan yang diminati; pemakanan, sains makanan, gastronomi, sejarah dan eksplorasi karya (drama dan filem).

Comments are closed.