Saban hari, kita mendengar pelbagai masalah sosial yang timbul dalam kalangan pelajar di Malaysia. Tidak kira yang beraliran Agama atau tidak, masing masing mempunyai kekuatan tersendiri dalam silibus pendidikan Agama mereka. Apa yang menjadi perhatian kita, apabila berlakunya masalah sosial dalam masyarakat kita, kita lupa untuk melihat apa punca dan pokok pangkalnya.

 

Penulis melihat dari sisi pendidikan terlebih dahulu. Dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan mencatatkan, “Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, jasmani dan intelektual berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.”

 

“Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mecapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.”

 

Secara peribadi, dasar pendidikan Negara dan Silibus Pendidikan Islam (yang wajib diambil oleh pelajar atau calon SPM bukan aliran Agama) di negara kita sudah cukup baik sebenarnya. Ditambah lagi dengan hafazan surah Al-Hasyr, An-Nur, Taubah, Luqman, Mu’minun dan Surah Al-An’am. Bagi penulis, ini sudah lebih daripada bagus bahkan terbaik untuk anak anak yang bersekolah menengah arus perdana.

 

Jadi kalau silibusnya sudah bagus, dimana silapnya lagi silibus pendidikan Islam sampai tidak mampu membentuk sahsiah yang baik dalam kalangan pelajar?  Adakah silapnya pada guru-guru yang mendidik? Atau pada silibus itu sendiri? Penulis yakin dan percaya bahawa kesemua guru guru di Malaysia ini adalah daripada golongan yang professional dalam tugasan mereka bagi membimbing anak watan untuk berjaya dalam pendidikan.

 

Setelah pelbagai masalah sosial kita baca, sebenarnya titik permasalahan jenayah kesemuanya kita perlu kembali kepada institusi kekeluargaan pelajar juga pada akhirnya. Perkara ini bukan andaian semata mata, perkara ini terjadi pada penulis sendiri yang pernah mengajar pelajar yang berlatar belakang keluarga yang bermasalah akan mengakibatkan tekanan yang melampau terhadap pelajar dan seterusnya akan menyebabkan pelajar tersebut akan bertindak di luar jangkaan mereka sebagai seorang pelajar.

 

Maka, disinilah kita dapat lihat betapa efisyen sistem kekeluargaan Islam yang sangat ketat seawal pernikahan sehingga pendidikan anak yang disiplin dalam mematuhi perintah Agama. Dan perkara ini juga akan mencorakkan sahsiah yang baik dalam kalangan anak anak dan pelajar di negara kita.

 

Justeru, ibu bapa di luar sana, janganlah kita merosakkan masa depan anak anak kita yang seterusnya akan mengakibatkan lebih banyak jenayah dan bencana di dalam negara. Penulis tutup kalam ini dengan sebuah sabdaan Rasulullah SAW,

 

“Setiap anak yang dilahirkan itu dalam keadaan fitrah (suci bersih), kedua-dua ibu bapanyalah yang mencorakkannya menjadi Yahudi atau Nasrani atau Majusi.” (Hadis Riwayat Bukhari 1385).

 

Wallahu A’lam

 

Oleh : Muqri Nizam


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Konservatif | Nasionalis | Pencinta 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗨𝘁𝗵𝗺𝗮𝗻𝗶𝘆𝘆𝗮𝗵 dan 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺

Leave A Reply