Dialog diatas adalah situasi ketika mana mana pasangan yang dalam dilema ingin meneruskan percintaan perkahwinan mereka tetapi dek kerana terlanjur ucapan suami bila melafazkan Lafaz Cerai.
Maka, datang beberapa idea yang langsung tidak menunjukkan kepandaian daripada sesetengah masyarakat. Mereka mencadangkan untuk nikah “Cina Buta” atau Muhallil.
Peranan Cina Buta ini sebagai penyangga bagi pasangan yang ingin menikah semula dengan menikah dengan wanita pasanan tersebut sementara dan menceraikannya semula selepas syarat nikah semula lepas cerai talak tiga dipenuhi.
Perkara ini telah disabdakan oleh Rasulullah SAW dahulu dalam sebuah hadis iaitu,
Sabda Nabi SAW;
لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم الْمُحِلَّ وَالْمُحَلَّلَ لَهُ . قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ
Maksudnya: Rasulullah SAW melaknat seseorang yang menikahi wanita yang ditalak 3 dengan niat untuk menjadikan halal kepada bekas suami dan ke atas siapa yang dia dihalalkan.
(Riwayat Tirmizi, No. 1120)
Ingatlah, perkahwinan bukanlah sesuatu perkara yang boleh buat main. Ia juga sebahagian daripada Syariat Islam. Dan wajarlah kesuciannya haruslah dipelihara.
Perceraian merupakan sebuah kaedah bagi mendidik kedua dua belah pihak sama ada suami dan isteri bagi muhasabah kesalahan masing masing dan memperbaiki masalah masing masing untuk menjadi yang lebih baik.
Oleh : Muqri Nizam




No comments yet