Banyak-banyak pertempuran di Eropah, ada satu pertempuran ini terjadi akibat dua orang pegawai kerajaan jatuh dari bangunan tingkat dua. Ya, gara-gara jatuh dari bangunan saja boleh mencetuskan pertempuran antara dua pihak yang berbeza pegangan politik dan agama!

 

Apakah peristiwa yang menyebabkan petempuran sebegini terjadi? Perisitwa yang kita bakal fahami ialah ‘Defenestration of Prague’ atau dengan kata mudah, Perbalahan Prague.

 

Terdapat dua peristiwa perbalahan iaitu ‘Defenestration of Prague’ Pertama terjadi pada tahun 1419 dan ‘Defenestration of Prague’ Kedua pada tahun 1618.

 

 

Untuk trivia ini kita fokus kepada ‘Defenestration of Prague’ Kedua kerana peristiwa ini berkait dengan nama ‘defenestration’ itu sendiri, yang bermaksud perbuatan menjatuhkan seseorang dari tingkap.

 

Kisahnya bermula pada tahun 1617 di Kerajaan Bohemia (sekarang Republik Czech). Masa tu berlaku konflik antara dua kuasa yang dominan: pihak gereja Katolik yang memerintah dan gerakan reformasi ajaran Kristian iaitu Protestan.

 

Gerakan Protestan di Bohemia dimulai oleh seorang ahli falsafah Prague yang berpengaruh iaitu John Huss, sehinggalah ramai pengikutnya yang kemudian mengasaskan gerakan Hussite.

 

Kembali kepada tahun 1617, masa tu ahli-ahli gerakan Protestan sedang membina gereja sebagai pusat gerakan di Prague, tetapi wakil pegawai dari gereja Katolik menghalang kerana tanah tempat binaan gereja Protestan adalah milik gereja Katolik.

 

Gerakan Protestan pula membantah dan menyatakan bahawa tanah tersebut adalah milik Raja. Jadi, mereka ada hak kebebasan untuk buat apa saja di tanah tersebut. Untuk mencari kata sepakat, wakil Protestan iaitu Jindřich Matyáš Thurn bertemu dengan seorang diplomat Bohemia bernama Václav Budovec pada 23 Mei 1618.

 

Kemudian perbicaraan mereka bersambung di bangunan canseleri Bohemia, di mana hadirnya ramai para pegawai yang pro-gereja Katolik, terutamanya dua orang pegawai bernama Vilém Slavata dan Jaroslav Bořita yang sentiasa melaga-lagakan pihak gereja Katolik dengan gerakan Protestan.

 

Di akhir perbicaraan, Slavata dan Bořita didapati bersalah atas pengharaman membina gereja Protestan melalui Hak Kebebasan Beragama. Selepas jam tiga petang, para gerakan Protestan yang tak berpuas hati menjatuhkan kedua-dua pegawai dari tingkap, sejauh dua tingkat jatuh ke tanah!

 

Nasib baik kedua-dua pegawai tak meninggal dunia kerana terjatuh di timbunan baja. Peristiwa inilah yang mencetuskan pertempuran Thirty Years’ War, di mana gerakan Protestan mula memberontak melawan dinasti Habsburg yang memerintah Bohemia.

 

Inilah peristiwa aneh yang mampu mencetuskan pertempuran yang mengorbankan seramai lapan juta tentera dan rakyat. Jadi, jangan cari pasal nak buat prank jatuhkan kawan dari tingkap!

 

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Leave A Reply