Ada sebuah puak yang mengambil tindakan Mufaraqah daripada kelompok Khalifah Ali. Kelompok itu dinamakan puak Khawarij. Puak ini sentiasa menjadi duri dalam daging setiap episod pemerintahan dan pentadbiran Islam. Pernah suatu ketika, puak Khawarij ini didapati telah membunuh seorang sahabat Nabi SAW atas dakwaan mereka bahawa sahabat tersebut telah kufur. Dan mereka membunuhnya.

 

Perkara ini sampai ke pengetahuan Khalifah Ali, tak menunggu lama Khalifah Ali berangkat ke Nahrawan untuk menangkap dan Qisas ke atas puak Khawarij ini. Sebelum sampai di Nahrawan, Khalifah Ali dimaklumi tentang perwatakan Khawarij ini. Mirip seperti disabdakan Rasulullah SAW,

 

Yusair bin Amru mengatakan, aku bertanya kepada Sahal bin Hunaif:

هَلْ سَمِعْتَ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: فِي الخَوَارِجِ شَيْئًا؟ قَالَ: سَمِعْتُهُ يَقُولُ، وَأَهْوَى بِيَدِهِ قِبَلَ العِرَاقِ: «يَخْرُجُ مِنْهُ قَوْمٌ يَقْرَءُونَ القُرْآنَ، لاَ يُجَاوِزُ تَرَاقِيَهُمْ، يَمْرُقُونَ مِنَ الإِسْلاَمِ مُرُوقَ السَّهْمِ مِنَ الرَّمِيَّةِ»

 

Maksudnya: “Apakah engkau mendengar Nabi SAW bersabda tentang Khawarij? Ia menjawab: Aku mendengar beliau bersabda – sambil beliau arahkan tangannya menuju Iraq – Dari sanalah muncul sekelompok kaum yang membaca al-Qur’an tidak melebihi kerongkongan mereka, mereka keluar dari Islam sebagaimana anak panah keluar dari busurnya.” (Riwayat al-Bukhari)

 

Untuk berhadapan puak ini, Khalifah Ali telah menghantar Abdullah Bin Abbas bagi menarik mereka dan berhujah dengan mereka agar kembali taat kepada Khalifah Ali. Abdullah bin Abbas merupakan sahabat Nabi yang terkenal dengan ilmu Al-Quran-nya dan kemahiran serta kepakarannya dalam bidang Al-Quran.

 

Puak Khawarij ini dengan selamba membidas hujah hujah Abdullah bin Abbas. Akhirnya, hanya sebahagian sahaja yang kembali taat kepada Khalifah. Kali ini, Khalifah Ali sendiri turun tangan. Ketika Khalifah Ali memulakan hujahnya. Puak Khawarij ini berkata, “Kami ini akan berpegang dengan Hukum Allah yakni Al-Quran sahaja.”

 

Lantas, Khalifah Ali mengambil mushaf dan mengangkatnya. Lalu, beliau berkata, “Wahai Mushaf! Berbicaralah kepada yang Hadir!” Puak Khawarij terkejut dengan tindakan Khalifah Ali. Mereka berkata, “Mana boleh Mushaf bercakap wahai Ali!”

 

Khalifah Ali menjawab, “Begitu juga kami disini sebagai Sahabat. Yang berada bersama Rasulullah SAW yang memahami Asbab Nuzul ayat tersebut dan memahami tafsir dan makna Al-Quran tersebut. Dan Jikalaupun berlaku perselisihan perlu diselesaikan sebagaimana Firman Allah,

 

وَاِنْ خِفْتُمْ شِقَاقَ بَيْنِهِمَا فَابْعَثُوْا حَكَمًا مِّنْ اَهْلِهٖ وَحَكَمًا مِّنْ اَهْلِهَا ۚ اِنْ يُّرِيْدَآ اِصْلَاحًا يُّوَفِّقِ اللّٰهُ بَيْنَهُمَا ۗ اِنَّ اللّٰهَ كَانَ عَلِيْمًا خَبِيْرًا

Dan jika kamu khawatir terjadi persengketaan antara keduanya, maka kirimlah seorang juru damai dari keluarga laki-laki dan seorang juru damai dari keluarga perempuan. Jika keduanya (juru damai itu) bermaksud mengadakan perbaikan, niscaya Allah memberi taufik kepada suami-istri itu. Sungguh, Allah Mahateliti, Maha Mengenal. (An-Nisaa’ : 35)

 

Itu hubungan antara suami isteri pun perlukan juru damai dan perbaikan apatah lagi hubungan sesama Islam yang memberi manfaat kepada Umat.

 

Hujah Khalifah Ali ditolak mentah mentah dan mereka masih dalam kedegilannya untuk tidak bertanggungjawab atas pembunuhan sahabat tersebut. Tidak tunggu lama, Khalifah Ali menyerang puak pemberontak ini dan mengalahkan mereka di Pertempuran Nahrawan.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Konservatif | Nasionalis | Pencinta 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗨𝘁𝗵𝗺𝗮𝗻𝗶𝘆𝘆𝗮𝗵 dan 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺

Leave A Reply