Baru-baru ini, seorang pesakit wanita dari Amerika Syarikat disahkan pulih daripada HIV. Ini menjadikan pesakit tersebut bukan saja pesakit wanita pertama di dunia yang pulih daripada penyakit itu. Malah, ini juga kes pertama pesakit pulih melalui kaedah pindahan darah tali pusat.

Selepas menjalani proses berkenaan, wanita itu kini bebas daripada HIV untuk tempoh 14 bulan. Proses pindahan darah tali pusat yang dilaluinya merupakan sebahagian daripada rejim rawatan kanser leukemianya. Disebabkan rejim rawatan ini, wanita berkenaan tidak perlu menjalani terapi retroantiviral – rawatan yang biasa digunakan untuk merawat HIV.

Sebelum ini, untuk kes dua pesakit HIV yang sembuh, kedua-duanya menjalani proses pindahan tulang sum-sum di mana ia mengandungi ciri genetik penghalang mutasi HIV daripada penderma organ. Ciri sebegini kebiasaannya ditemui dalam kalangan 10% individu berketurunan Asia Barat atau Eropah tetapi jarang ditemui dalam kalangan bangsa lain. Dua pesakit ini ialah Timothy Ray Brown atau Pesakit Berlin dan Adam Castillejo.

Ray Brown menjalani proses pindahan tulang sum-sum di Berlin, Jerman sekitar 2007 dan disahkan pulih daripada HIV selama 12 tahun. Dia meninggal dunia pada 29 September 2020 akibat penyakit kanser. Sementara Castillejo atau Pesakit London pula menjalani proses sama di London dan disahkan bebas HIV pada 2019. Bagaimanapun, kedua-duanya mengalami kesan sampingan yang teruk akibat proses berkenaan termasuk jangkitan kuman dan hampir mati dalam kes Ray Brown.

Tetapi kes pesakit wanita ini berbeza. Selain menerima pindahan darah tali pusat, pesakit ini turut menerima darah yang didermakan oleh seorang waris terdekat bagi meningkatkan daya ketahanan sistem imunnya selepas proses pindahan tersebut selesai. Campuran darah tali pusat dan sel darah daripada waris terdekat dilihat membantu mengatasi kesan sampingan yang sebelum ini dialami oleh pesakit yang menjalani proses pindahan tulang sum-sum.

Ramai saintis melihat pindahan darah tali pusat sebagai alternatif yang lebih baik untuk pesakit HIV berbanding pemindahan tulang sum-sum. Ini kerana ia lebih mudah didapati daripada sel stem penderma yang padan dan tidak memerlukan padanan penderma dengan pesakit.

Tetapi ia bukan penawar sesuai bagi kebanyakan individu yang menghidap HIV di seluruh dunia. Pandangan ini diutarakan oleh bakal presiden Persatuan HIV Antarabangsa Sharon Lewin. Namun begitu, pada masa sama, ia menunjukkan HIV boleh diubati dengan terapi gen sebagai kaedah rawatan terbaik.

Tetapi ia boleh diatasi dengan mengetahui sejarah penyakit HIV pesakit wanita itu. Menurut doktor yang merawatnya, Dr JingMei Hsu dari Pusat Perubatan Weill Cornell, wanita itu didiagnosis menghidap HIV pada 2013. Rawatan anti-retroviral yang diambil membantu mengawal penyakit itu daripada terus melarat. Namun begitu, semuanya berubah apabila pesakit itu disahkan menghidap leukemia pada Mac 2017.

Pada Ogos tahun sama, wanita itu menerima pindahan darah tali pusat daripada seorang penderma dengan ia mengandungi ciri genetik yang menghalang mutasi HIV. Selepas itu, dia menerima pemindahan darah daripada seorang saudara terdekat dalam tempoh enam minggu untuk darah tali pusat itu menjadi dominan.

Dengan menerima pemindahan darah daripada waris terdekat, ia ibarat jambatan untuk sistem imun untuk beradaptasi dan menerima darah tali pusat dalam badan. Selepas menjalani proses berkenaan, wanita tersebut tidak lagi menjalani terapi anti-retroviral selepas 37 bulan. 14 bulan selepas itu, tiada kesan HIV dikesan dalam darah wanita berkenaan dan tiada antibodi terhadap virus berkenaan.

Walaupun tidak diketahui mengapa darah tali pusat amat berkesan untuk rawatan HIV, pengarah perkhidmatan pindahan organ Weill Cornell Dr Koen Van Besien percaya ia disebabkan cirinya yang mudah beradaptasi. Kisah pesakit wanita ini didedahkan dalam Persidangan Jangkitan Oportunis dan Retrovirus yang diadakan di Denver, Colorado.

RUJUKAN

BBC News. (2022, 17 Februari). HIV: First woman in world believed to be cured of virus.

Kilander, G. (2022, 16 Februari). Woman is cured of HIV in huge breakthrough for virus treatment. The Independent.

Sumber gambar: Phanie/Alamy Stock Photo


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Leave A Reply