Baru-baru ini, para saintis China menemui lubang benam gergasi di Leye County, selatan wilayah autoomi Guangxi Zhuang, di mana bahagian dasarnya penuh dengan hutan. Sebelum kita lanjutkan berita yang mengejutkan ini, kita harus mengetahui apakah tu lubang benam atau ‘sinkhole’.

Lubang benam ialah lubang atau takungan tanah semula jadi yang terjadi akibat lapisan tanah yang rapuh telah runtuh. Akibat lapisan tanah yang runtuh kerana tindak balas kimia terhadap mineral batu karbonat yang hadir dalam lapisan tersebut. Biasanya luas lubang ini antara 1 – 600 meter saiz diameter.

Jangan lupa dapatkan buku terbaru terbitan The Patriots, KITAB TAMADUN CINA di webstore kami: https://bit.ly/KTCAyman

Kembali kepada berita lubang benam di China, menurut laman web berita Xinhua, lubang benam yang ditemui itu mempunyai kedalaman 192 meter. Pada 6 Mei lepas, pasukan ahli speleologi (mengkaji gua) dan pendaki gua memasuki lubang tersebut dan apa yang mereka temui adalah sesuatu yang luar biasa.

Inilah lubang benam yang ditemui oleh saintis China. (Sumber: Xinhua net)

Mereka menemui hutan kuno yang berketinggian 40 meter bersama 3 buah gua di dasa lubang benam itu. Ketua pasukan bernama George Veni iaitu pengarah eksekutif dari National Cave and Karst Research Institute (NCKRI) di AS terkejut akan kewujudan hutan dalam lubang benam China.

Menurut Chen Lixin iaitu ketua penyelidikan gua dalam lubang benam yang ditemui itu, ketebalan hutan di dasar lubang itu mencecah sehingga ke bahu manusia. Ciri ini biasa ditemui dalam lubang benam lain di mana ia mampu menampung hidupan seperti hutan lain. Maka, Lixin tidak hairan jika menemui spesis haiwan dan tumbuhan baru di dasar lubang.

Jangan lupa dapatkan buku terbaru terbitan The Patriots, GENESIS II di webstore kami: bit.ly/GenesisIIZamir

Penemuan unik di dalam lubang benam China ini menepati dengan gelaran orang China iaitu “tiankeng”. Maksud “tiankeng” dari bahasa Mandarin ialah “lubang syurga” kerana mereka menyangka dasar lubang benam mampu menampung kehidupan.

Walau bagaimanapun, Veni tidak hairan akan pemenuan tersebut kerana menurut beliau apabila ditemuramah oleh Live Science, selatan China kaya dengan topografi jenis ‘karst’ iaitu landskap penuh dengan lubang benam dan gua. Landskap ‘karst’ terjadi akibat terhakisnya lapisan batu oleh air hujan. Air hujan begitu asid dengan kehadiran karbon dioksida, Tibanya air ini ke permukaan lapisan, ia menghakis sehingga lapisan runtuh, menghasilkan begitu banyak lubang benam dan gua.

Dua batang pokok yang tumbuh meliar di dasar lubang benam. (Sumber: Science Alert)

Tidak banyak landskap ‘karst’ yang serupa seperti selatan China. Landskap ini bergantung kepada keadaan iklim seperti kekerapan hujan asid dan kejadian alam yang lain. Kekadang kita tidak sedar akan penemuan lubang benam di luar landskap selatan China ini kerana saiznya hanya sekitar1 hingga 2 meter saja. Di AS, terdapat 25% kehadiran lubang benam disebabkan olej aktiviti volkanik dan hakisan angin.

Contohnya ialah gua di West Texas, paku-pakis banyak tumbuh di dalam gua tersebut, kemudian kelawar menjadi pembawa kepada benih paku-pakis dalam gua hingga ke Amerika Tengah dan Selatan.

Taburan lubang benam di Chongqing, China (Sumber: Science Alert)

Wilayah autonomi Guangxi Zhuang adalah wilayah yang mana wujud landskap ‘karst’ dalam skala yang besar. Terdapat banyak bentuk ‘karst’ selain lubang benam dan gua, termasuklah jambatan batu dan tiang batu. Sehinggalah wilayah tersebut menjadi tempat eko-perlacongan dan diwartakan sebagai lokasi warisan dunia UNESCO.

RUJUKAN:

Pappas, S. 12 May 2022. A Giant Sinkhole Has Been Discovered in China With Its Very Own Forest. Science Alert.

Huaxia. 7 May 2022. Giant karst sinkhole discovered in China’s Guangxi. Xinhua Net.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Leave A Reply