Industri penerbangan adalah suatu perkara biasa pada zaman ini. Tetapi zaman dulu, ia hanyalah angan-angan atau impian saintifik. Kekangan teknologi membuatkan saintis zaman dulu fikir satu demi satu. Kecerdikan Orville dan Wilbur Wright akhirnya memangkinkan sebuah pesawat bermotor pertama dunia yang berjaya terbang secara seimbang (Padfield & Lawrence, 2003). Maka mereka menempa nama dalam sejarah, dikenang sampai hari ini.

Keluarga Wright

Namun ada khabar angin mengatakan Keluarga Wright bukan yang pertama untuk mencipta kapal terbang. Katanya anugerah tersebut patut diberi kepada Abu al-Qasim Abbas bin Firnas, seorang sains kelahiran Cordoba yang meninggal dunia pada tahun 887. Satu masalah dengan khabar angin ini: sifat untuk berkonspirasi kononnya jasa saintis Islam didiamkan.

Khabar angin ini sebenarnya berputik daripada salah faham pada asas. Sejarah tidak mengenang Keluarga Wright sebagai pelopor pertama kapal terbang. Ada satu kata kunci yang hilang di situ. Sejarah mengenang mereka sebagai pelopor pertama membuat kapal terbang “bermotor yang berjaya terbang secara seimbang”. Letak saja kata kunci – terus ubah niat ayat.

Jangan lupa dapatkan buku terbaru terbitan The Patriots, GENESIS II di webstore kami: bit.ly/GenesisIIZamir

Garisan Masa Penerbangan

Usaha Orville dan Wilbur Wright bermula pada tahun 1899. 100 tahun sebelumnya, Sir George Cayley sudah membentangkan konsep “mesin penerbangan bersayap kekal” yang bergantung pada sistem tujahan (propulsion) dan kawalan. Dimensi perbincangan sekarang sudah berubah secara ketara. 100 tahun sebelum zaman Cayley pula, sudah ada jentera terbang seperti belon udara panas yang direka Joseph-Michel dan Jacques-Etienne Montgolfier (Le Roy & Middleton, 2004).

Dua Beradik Montgolfier.

Belon udara panas dan kapal terbang adalah dua konsep berbeza dalam dunia penerbangan. Konsep ini adalah “lighter-than-air” (belon udara panas) dan “heavier-than-air” (pesawat). Proses pembikinan kapal terbang adalah melalui evolusi teknologi itu sendiri, dengan disiplin untuk mengkaji dan mempelajari daripada kesilapan lama. Bukan mudah untuk sampai pada tahun 2022, apabila pesawat berterbang dengan keadaan amat terjamin.

Apa Yang Ibnu Firnas Buat

Ibnu Firnas bukan sama sekali seseorang yang bodoh. Akal beliau kekal terangsang dengan perasaan ingin tahu. Beliau ingin tahu macam-macam benda, terutamanya pengalaman berterbang. Jadi pada satu hari, beliau merencanakan eksperimen penerbangan. Beliau mencipta sebuah alat yang lengkap dengan sayap berbulu pelepah sebelum naik ke bukit atau gunung. Dengan beraninya, beliau lari dan melompat dengan niat untuk berterbang.

Jangan lupa dapatkan buku terbaru terbitan The Patriots, KITAB TAMADUN CINA di webstore kami: https://bit.ly/KTCAyman

Menurut saksi pada masa itu, Ibnu Firnas berterbang agak jauh juga tetapi seperti seekor burung. Cuma Ibnu Firnas terlupa satu benda. Burung mempunyai ekor yang digunakan untuk tujuan pendaratan. Alat beliau tiada sistem yang mirip ekor. Jadi Ibnu Firnas mendarat dengan kelajuan tinggi. Dan belakang beliau tercedera agak teruk juga.

Tugu Ibnu Firnas di Baghdad.

Riwayat ini diceritakan Ahmed Mohammed al-Maqqari, seorang sejarawan yang hidup 700 tahun selepas pemergian Ibnu Firnas. Al-Maqqari hanya bergantung pada satu ayat daripada pensyair Mu’min ibn Said yang bercerita pasal penerbangan Ibnu Firnas: “(dia) terbang macam burung phoenix dengan bulu pelepah burung hering.”

Atas sebab inilah Ibnu Firnas tidak mendapat tempat dalam sejarah. Riwayat ini dikhuatir palsu, kerana asasnya sangat sedikit. Takkan seorang sahaja yang meriwayatkan tentang penerbangan bersejarah. Pada masa itu, manusia terbang kalau di luar Dunia Islam boleh dijulang sebagai seseorang bersakti. Al-Maqqari adalah satu-satunya sumber yang bercerita tentang penerbangan Ibnu Firnas. Dan kalau betul sekalipun, Ibnu Firnas menguji konsep penerbangan… bukan sama sekali mencipta pesawat.

RUJUKAN:

Le Roy, D., & Middleton, R. (2004). The Ruins of the Most Beautiful Monuments of Greece. Getty Publications. Halaman 192.

Padfield, G., & Lawrence, B. (2003). The birth of flight control: An engineering analysis of the Wright brothers. The Aeronautical Journal. Halaman 697.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply