B40 merupakan golongan terbanyak yang membentuk 32 juta populasi di negara ini. B40 juga adalah golongan yang diberikan keistimewaan oleh kerajaan bagi membantu mereka menaik taraf kehidupan ke M40. Hal ini sangat penting bagi menguatkan kuasa beli dalam kalangan rakyat lantas membantu meningkatkan ekonomi negara.

Namun sejak akhir-akhir tular perkara buruk yang dilakukan oleh golongan B40. Bermula daripada B40 tiada laptop membawa kepada tidak bayar sewa flat sehingga buang sampah dari tingkap. Semua tindakan ini dikaitkan dengan mentaliti golongan B40 yang teramat rendah. Tapi harus diingat, tidak semua berperangai sebegitu kerana hanya segelintir sahaja bersifat sedemikian rupa. Jadi kenapa segelintir B40 bermentaliti rendah?

1. Tidak Boleh Berfikir Dengan Rasional

Adakah golongan B40 ini tidak punyai otak untuk berfikir? Bukan begitu maksudnya kerana ada kajian menunjukkan bahawa B40 kurang berfikir dengan rasional. Buktinya kajian Shafir pada 2012 menunjukkan golongan B40 ataupun miskin lebih terdedah untuk mengambil pinjaman dan perangkap hutang. Semua ini berlaku kerana B40 tidak berfikir panjang untuk membuat sesuatu keputusan walaupun mereka sangat teliti dengan harga.

Jangan lupa dapatkan buku terbaru terbitan The Patriots, KITAB TAMADUN CINA di webstore kami: https://bit.ly/KTCAyman

Perkara ini bukanlah pelik kerana terdapat segelintir B40 yang lebih gemar buat pinjaman untuk dapatkan kereta idaman berbanding bina simpanan dan melabur. Pada akhirnya, mereka terpaksa berjimat cermat dan lakukan kerja sampingan bagi bertahan untuk hidup.

2. Pembentukan Dari Rumah

Tempoh 5 tahun pertama kehidupan anak-anak adalah sangat penting bagi menentukan siapa mereka di masa hadapan. Jadi ibubapa perlu menunjukkan teladan yang baik dengan cukup membuang sampah di tong sampah bagi membentuk mentaliti anak kelas pertama.

Kalau dari kecil pun mereka lihat ibubapa cop parking, tak bayar maintenance dan sukar tayang harta, jangan terkejut mereka ikut perangai sama. Sila pastikan anak-anak tidak mewarisi sifat bebal dan mentaliti anda agar negara kita dapat lahirkan masyarakat kelas pertama.

3. Dasar Pecah dan Perintah

Sejak kebelakangan ini, kerajaan banyak berikan insentif kepada golongan B40 untuk miliki rumah sendiri melalui beberap skim. Bukan itu sahaja, kerajaan juga membantu B40 mendapatkan menyewa rumah dengan harga murah seperti flat PPR. Inisiatif ini sudah cukup bagus tetapi adalah sisi gelap yang membelenggu.

Mengumpulkan kesemua golongan B40 dalam satu bangunan adalah satu amalan yang tidak sihat kerana kelihatan seperti dasar pecah dan perintah. Bermakna golongan B40 akan bergaul sesama sendiri sahaja dalam bangunan yang sama hingga bikin mereka kurang berkembang. Dari sinilah mentaliti rendah untuk akan tersebar sedikit demi sedikit. Hasilnya anda boleh lihat sendiri.

Penyelesaiannya adalah B40, M40 dan T20 perlu hidup bersama kerana mereka saling memerlukan antara satu sama lain.

4. Pendidikan

Di negara kita, setiap warganegara wajib mengikuti pendidikan di peringkat rendah dan menengah selama 11 tahun. Apabila memasuki pendidikan tinggi, tidak semua anak golongan B40 akan melangkah ke pendidikan tinggi. Hal itu akan menyebabkan mereka akan menjadi kurang bijak dalam membuat keputusan.

Sebagai contoh, B40 seringkali menghadapi masalah dalam pengurusan kewangan sehingga menyebabkan mereka langsung tidak miliki simpanan. Walau bagaimanapun, kita tidak boleh salahkan mereka kerana ketidakmampuan pergi ke universiti. Ini kerana terdapat B40 yang mengorbankan impian ke universiti untuk membantu keluarga.

5. Terlalu Selesa

Apabila kita terlalu selesa, kita akan bersikap sambil lewa dengan tanggapan hal itu sudah menjadi amalan selama bertahun-tahun. Samalah juga seperti B40 yang gemar cop parkir. Mereka menyatakan sudah berbelas tahun mereka parkir di situ dan tidak pernah menjadi isu. Jadi anda akan dianggap sebagai musuh ketat jika mahu menegur perbuatan itu.

Jangan lupa dapatkan buku terbaru terbitan The Patriots, GENESIS II di webstore kami: bit.ly/GenesisIIZamir

Seterusnya terdapat juga golongan B40 yang terlampau selesa apabila dibantu. Sebagai contoh, anda tidak bekerja kerana anda tahu pada setiap bulan beberapa institusi kerajaan akan memberikan bantuan kepada anda. Untuk makanan pula, anda tahu bahawa banyak NGO yang gemar berikan makanan. Jadi tugas anda hanyalah duduk diam sahaja. Hal ini akan menyumbang kepada mentaliti yang sangat rendah dengan beranggapan semua benda sudah disediakan.

—–

Kesimpulannya, memang benar golongan B40 agak bermentaliti rendah tetapi kita tidak boleh pukul sama rata. Ada juga B40 yang bermentaliti kelas pertama dan sangat disenangi oleh masyarakat sekitar. Apa-apapun, sila bentuk mentaliti anak kepada kelas pertama terlebih dahulu dan hasilkan kita dapat lahirkan masyarakat yang maju.

RUJUKAN:

Rothstein, R. (2017, Ogos 25). Is poverty a mindset? Dipetik daripada Economic Policy Institute. Dipetik daripada https://www.epi.org/blog/is-poverty-a-mindset/

Sleek, Scott. (2015, Ogos 31). How poverty affects the brain and behavior. Aps. Dipetik daripada https://www.psychologicalscience.org/observer/how-poverty-affects-the-brain-and-behavior


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang marhaen dari UITM Puncak Perdana yang meminati sejarah, sastera, falsafah, sukan, muzik dan ekonomi. Mata pena lebih tajam daripada mata keris dan menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa sahaja.

Leave A Reply