Prusia pada ketika itu merupakan sebuah negara konfederasi yang terpecah. Otto Von Bismarck yang merupakan Menteri kepada Presiden Prusia telah menggunakan taktik “realpolitik” bagi menyatukan kerajaan Prusia (Jerman) yang terpecah ini.

 

Antara langkah yang diambil ialah, pertamanya Bismarck menggunakan taktik meminimakan musuh. Pendekatan Diplomasi yang diambil oleh Bismarck dengan menjalinkan hubungan dengan musuh kepada musuhnya. Dengan cara ini, negara yang bermusuh dengan Prusia akan diancam oleh Prusia dan sekutu Prusia (Austria dan Perancis).

 

Bismarck kemudiannya melancarkan serangan ke atas Austria bagi menuntut wilayah Holstein. Bismarck kemudiannya membuat pakatan bersama Itali yang turut menginginkan beberapa wilayah Austria. Akhirnya, Bismarck berjaya merampas wilayah Holstein dari Austria hasil dari gabungan bersama Itali dalam pertempuran Königgrätz (1866) dan Itali menakluk wilayah Venetia.

 

Kemenangan Prusia ke atas Austria menyebabkan kedudukan Perancis diancam oleh dasar peluasan kuasa Bismarck, Maharaja Perancis Napoleon III yang khuatir akan sempadan Rhine di Left Bank of the Rhine (Tebing Kiri Sungai Rhine) yang akan dicerobohi juga oleh Bismarck.

 

Pada awalnya, Bismarck telah menawarkan wilayah ini kepada Perancis sebelum perang Austria-Prusia bagi mengelakkan campur tangan dalam perang Prusia-Austria. Pada tahun 1870, bagi melengkapkan penyatuan German, Bismarck mencari jalan untuk memprovokasi Perancis bagi menyerangnya.

 

Bismarck kemudiannya, menerbitkan Ems Dispatch (perbualan Telegram) antara Kaiser Willhelm dan Duta Perancis ke Prusia (Count Benedetti) yang disunting terdapat perbualan yang mengejek kerajaan Perancis pada ketika itu. Perancis kemudiannya termakan dengan provokasi itu.

 

Pada 19 Julai 1870, Perancis mengisytiharkan perang terhadap Perancis. Bismarck menyambut seruan Perancis dan menentang mereka di Sedan, Perancis. Pertempuran ini akhirnya dimenangi oleh Bismarck sekaligus menjayakan misi penyatuan Jerman.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Konservatif | Nasionalis | Pencinta 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗨𝘁𝗵𝗺𝗮𝗻𝗶𝘆𝘆𝗮𝗵 dan 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺

Leave A Reply