Baru baru ini, ada pihak yang mengatakan betulkah Majlis Tilawah Quran peringkat Antarabangsa tahun ini tidak dianjurkan lagi sebagaimana tahun tahun sebelumnya. Jawapannya, mestilah ada. Menurut JAKIM, majlis ini akan dianjurkan bulan Oktober ini. Baik, persoalan seterusnya, pernah tak anda tertanya bilakah bermulanya Majlis Tilawah Al-Quran di Malaysia ini?

 

Untuk pengetahuan pembaca semua, Majlis Tilawah Al-Quran telah dianjurkan di Tanah Melayu pada tahun 1960 (sebelum penubuhan Malaysia). Program ini adalah hasil cetusan idea dari Perdana Menteri Malaysia yang Pertama iaitu Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

 

Sebelumnya, Tunku Abdul Rahman juga pernah mengajurkan Majlis Tilawah ini tetapi di peringkat dalaman sahaja di Negeri Kedah (Alor Setar) pada tahun 1951. Tunku Abdul Rahman kemudiannya meluaskan lagi ideanya dengan penganjuran Majlis Tilawah Al-Quran peringkat Kebangsaan iaitu melibatkan 11 Qari dan Qari’ah dari seluruh negeri di Tanah Melayu.

 

Pada 8 Mac 1960, Majlis Tilawah Quran peringkat Kebangsaan dianjurkan dan pertandingan ini dijuarai oleh Qari dari Kedah iaitu En. Abdul Hamid Desa dan Qariah dari Perlis iaitu Cik Saodah Che Pi @ Hanafi. Tunku Abdul Rahman kemudiannya meluaskan lagi ideanya tentang Majlis ini dengan menganjurkan Majlis Tilawah Quran peringkat Antarabangsa.

 

Pada tahun 1961, Sayembara Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa dianjurkan. Majlis ini melibatkan Singapura (sebelum menjadi sebahagian Negeri di Malaya 1963), Filipina, Indonesia, Thailand, Sarawak (sebelum menjadi sebahagian Negeri di Malaya 1963) dan Brunei. Pada awalnya, majlis ini melibatkan negara Asia Tenggara sahaja.

 

Namun, sambutan Majlis ini mendapat sambutan yang baik di negara Islam terutamanya dari negara OIC maka program ini menjemput peserta daripada pelbagai pelusuk negara. Pada 9 Mac 1961, pertandingan ini dianjurkan dan dijuarai oleh Qari dari Malaysia iaitu Tuan Haji Ahmad Maasom Pergau.

 

Oh iya, disebabkan kredibiliti Tunku Abdul Rahman inilah akan menjadi pemangkin untuk beliau menjadi Setiausaha Agung OIC (Pertubuhan Kerjasama Islam) yang pertama (1971-1973) dan menjadi antara pemimpin Muslim yang disegani pada ketika itu.

 

Apapun, inisiatif penganjuran Majlis Tilawah ini sangat baik dan memberi input yang baik buat Umat Islam di Malaysia. Ada atau tidak yang pasti orang yang “tidak menjumpai” Majlis Khatam tersebut diharapkan agar menjadi orang yang sentiasa “menjumpai” Al-Quran

 

Oleh : Muqri Nizam


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Konservatif | Nasionalis | Pencinta 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗨𝘁𝗵𝗺𝗮𝗻𝗶𝘆𝘆𝗮𝗵 dan 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺

Leave A Reply