Bila cakap pasal Perang Salib, perkara pertama yang terlintas dalam kepala korang mesti Salahuddin Al-Ayyubi.
Tapi bukan semua Perang Salib dia ada. Eh betul ke?
Ya, Perang Salib ni bukan sekali. Tapi banyak kali. Bermula dengan Perang Salib Pertama (1091M-1099M).
Perang Salib Pertama berlangsung di antara Dinasti Seljuk dan Empayar Byzantine.
Apa sebabnya?
Sebab para penziarah Kristian dilarang ziarah ke Baitulmaqdis & diorang dilayan buruk oleh kerajaan Islam Dinasti Turki Seljuk.
Paus Urbanus II seru Perang Salib Pertama untuk bantu Empayar Byzantine & takluk kembali Baitulmaqdis daripada Dinasti Seljuk.
Angkatan tentera salib pertama diketuai oleh Reymond, Bohemond & Godfrey yang pimpin seramai 150,000 tentera gabungan sebahagian rakyat Eropah, tentera Perancis & tentera Norman.
15/07/1099M, Baitulmaqdis (al-Quds) ditawan oleh tentera Salib. Umat Kristian, Yahudi & Islam dibunuh dengan kejam sewaktu penaklukan ini & didirikan kerajaan Salib Jerusalem.
Sebab umat Islam kalah?
Kerana Dinasti Fatimiyyah di Mesir, Dinasti Abbasiyah di Baghdad & Dinasti Turki Seljuk sibuk berperang sesama sendiri melawan musuh-musuh politik mereka.
Setengah abad kemudian, Imaduddin Zanki satukan wilayah-wilayah Islam di Syria & berperang melawan tentera Salib.
Pada tahun 1144M, Imaduddin Zanki berjaya rebut Kota Edessa.
Kemudian, berlangsung Perang Salib Kedua (1147M-1148M). Setelah jatuhnya kota Edessa, maka Perang Salib Kedua bermula. Imaduddin Zanki syahid dalam satu peperangan dengan pasukan Salib.
Anaknya, Nuruddin Zanki teruskan perang melawan pasukan Salib & dibantu oleh Salahuddin al-Ayubbi (Saladin).
Saladin naik takhta sebagai Sultan Pertama Dinasti Ayyubiyah yang menguasai Mesir setelah menjatuhkan kekuasaan Dinasti Fatimiyyah & kuasai kawasan mulai dari wilayah Mesopotamia sehingga ke Mesir.
Ketika ni pasukan Salib di Timur Tengah berpecah belah & mengalami kekalahan yang berpanjangan dengan pasukan Saladin.
Perang Hattin menyebabkan ramai pahlawan Salib terkorban & ditawan dalam peperangan ini.
Kota Baitulmaqdis berjaya ditawan oleh Saladin & mengembalikan semula al-Quds di bawah pemerintahan kerajaan Islam.
Perang Salib Ketiga (1189M-1192M). Kejatuhan al-Quds ke tangan kuasa Islam menyebabkan Paus Urbanus III seru Perang Salib Ketiga.
Perang Salib ni lah yang melibatkan Raja Inggeris, Richard The Lionheart.
Terjadi beberapa kali pertempuran antara pasukan Salib pimpinan Richard & Saladin sehingga berakhir dengan perjanjian damai.
Berakhirnya Perang Salib Ketiga apabila pasukan Salib berundur dari Baitulmaqdis & pulang semula ke Eropah.
Perang Salib Keempat (1195M-1198M). Dikenali juga sebagai Perang Salib Jerman. Kaisar Henry VI hantar pasukan salib Jerman untuk takluk Syria.
Perang ni berakhir apabila Kaisar Henry mangkat pada pertengahan tahun berikutnya.
Pasukan Salib berjaya rebut kota Konstantinopel daripada kerajaan Ortodoks & mendirikan kerajaan Latin (1204M-1261M).
Kemudian, Perang Salib Kelima. Pasukan Salib berjaya menguasai Damietta, Mesir (1218M-1219M).
Pada 1221M, pasukan Salib dihalau keluar dari Damietta & pulang ke Eropah setelah menandatangani perjanjian damai.
Perang Salib Keenam, Ketujuh, Kelapan dan Kesembilan semuanya berlangsung dalam waktu yang singkat & diakhiri dengan perjanjian damai.
Oleh: Azizul Farhan
___
Baitulmaqdis sehingga kini menjadi rebutan. Kita kena tahu agenda dan kepentingan barat dengan mengenali sejarah mereka dalam KITAB TAMADUN EROPAH.