Pelik betul dengan perangai sorang menteri yang tak puas hati bila murid-murid sekolah pakai kostum Hamas. Kononnya meniru pengganas. Minggu Solidariti Palestin pun dikecamnya!

Siapa pengganas yang sebenarnya?

Sebelum itu, kita ucapkan syabas kepada guru besar dan pihak sekolah yang menganjurkan Minggu Solidariti Palestin. Murid-murid memang patut dididik untuk mempunyai sikap perikemanusiaan dan prihatin dengan nasib rakyat Palestin yang ditindas di bumi sendiri.

Hamas bukanlah pengganas. Kenapa tidak?

Hamas atau Gerakan Perlawanan Islam (Ḥarakat al-Muqāwamah al-ʾIslāmiyyah) adalah sebuah gerakan kemerdekaan. Mereka sedang memperjuangkan kemerdekaan Palestin daripada penjajahan Israel yang rakus. Mengapa Hamas yang dituduh pengganas, sedangkan Israel dipandang sebelah mata? Ini tidak adil!

Apa pendirian Malaysia?

“This passport is valid for all countries except Israel”. Frasa di belakang passport kita cukup mencerminkan pendirian kerajaan. Malaysia langsung tidak mengiktiraf kedaulatan rejim Israel. Pada 1959, Tunku Abdul Rahman menolak hubungan diplomatik dengan Israel kerana muslim di Tanah Melayu takkan reda kalau Malaysia berbaik-baik dengan mereka. Sebab ini tiada kedutaan Israel di negara kita.

Adakah Israel sebuah negara yang sah?

Tidak. Pada pandangan kerajaan kita, Israel tidak layak memerintah bumi Baitulmuqaddis. Justeru, siapakah tuan sebenar kepada tanah al-Aqsa? Jawapannya adalah kerajaan muslim Palestin. Kerana inilah jua, tiada menteri yang patut menfitnah Hamas sebagai pengganas kerana Hamas hanyalah mempertahankan dirinya daripada serangan penjajah Zionis Israel.

Apa kaitan dengan Malaysia?

Salah besar kalau menteri cuba menghalang cikgu-cikgu daripada menyemaikan semangat juang Palestin. Kerana ia berkaitan fikrah anti-penjajahan yang wajar ditanam sejak dari kecil. Kalau kita berdiam diri melihat negara lain dijajah dan ditindas, apa pula pendirian kita kalau tanah air sendiri diserang?

Kalau hari ini kita menuduh pejuang kemerdekaan seperti Hamas sebagai pengganas, bagaimana pula pejuang kemerdekaan kita seperti Mat Kilau, Dato Bahaman dan Tok Janggut yang melawan penjajah? Bukankah mereka juga dituduh pengganas oleh orang asing.

Adakah menteri ingin mengajak kita agar memihak kepada penjajah, atau lebih buruk memihak kepada pengganas sebenar sepeti Chin Peng dan parti komunis?

Oleh: Zaki Sapuan al-Hafiz

Perang Palestin-Israel bukan baru berlaku. Sebelum ini, pakatan Arab pernah hampir mengalahkan Israel. Bacalah Operasi Badar Mencalar Keangkuhan Yahudi. Klik: https://bit.ly/operasibadar


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Penceramah Bebas dan Guru Al-Quran Tauliah Khas. Aktif memenuhi jemputan kuliah agama di 10 buah masjid dan surau dalam sebulan. Bertugas mengajar kelas tahfiz di Pondok At-Tanzil serta mengajarkan al-Quran kepada orang ramai dalam Kelas Al-Quran Dewasa Kg Kelantan dan Kelas Al-Quran Dewasa TIC Kota Tinggi. Diijazahkan sanad 10 Qiraat Al-Quran termasuklah Riwayat Hafs an Asim dari Mesir. Graduan Diploma Qiraat & Tahfiz Al-Quran, Darul Quran JAKIM. Mahasiswa Sarjana Muda Usuluddin & Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Leave A Reply