British tetap tubuhkan Malayan Union pada 1 April 1946. Pada Kongres Melayu Se-Malaya Ketiga diadakan di Istana Johor pada 11 Mei 1946, UMNO ditubuhkan dan dipimpin Dato Onn melawan Malayan Union.

 

Pada 1948, Malayan Union dikuburkan dan Persekutuan Tanah Melayu dibentuk.

 

Perhimpunan Alim-Ulama kali kedua yang didanai UMNO diadakan pada tahun 1951 di Kelab Sultan Sulaiman. Mereka cadangkan penubuhan Badan Tertinggi Agama Islam peringkat kebangsaan dan Persatuan Ulama Se-Malaya yang bergerak secara bebas dipengerusikan oleh Haji Ahmad Fuad Hassan.

 

Tujuan asal penubuhan berubah jadi sebuah parti politik oleh sebahagian besar agamawan UMNO semasa Perhimpunan Alim Ulama Ketiga pada 1951 di Pulau Pinang. Maka tertubuhlah Persatuan Islam Se-Malaya (PAS). Ketika ni, seseorang itu boleh memiliki dua keahlian sebagai Ahli UMNO dan Ahli PAS pada waktu yang sama.

 

Berlaku krisis kepimpinan UMNO dari kem pro tradisi kemelayuan iaitu Dato Onn Jaafar dan kem pro barat iaitu Tunku Abdul Rahman. Dato Onn Jaafar tinggalkan UMNO dan tubuhkan parti IMP.

 

Haji Ahmad Fuad Hassan cabar pemilihan kerusi Presiden UMNO melawan Tunku Abdul Rahman. Tunku Abdul Rahman menang kerusi Presiden UMNO.

 

Pada 1953, Ahmad Fuad Hassan selaku presiden PAS dijemput ke Persidangan Kebangsaan tajaan Dato Onn Jaafar dan Persidangan Kebangsaan tajaan Tunku Abdul Rahman. PAS adakan persidangan khas bagi menentu hala tuju politik mereka.

 

Ahli PAS tolak gagasan Dato Onn Jaafar dan sokong gagasan Tunku Abdul Rahman. Ahmad Fuad Hassan tinggalkan PAS untuk terus bersama Dato Onn Jaafar dalam IMP. Hal ni tamatkan sistem dua ahli bertindih antara ahli UMNO & PAS.

 

PAS didaftarkan sebagai sebuah organisasi pada tahun 1955 sehari sebelum pilihanraya. PAS memenangi 1 kerusi di dalam pilihanraya ni.

 

PAS angkat Burhanudin al-Helmi menjadi presiden PAS. Ketika ni, ramai musuh-musuh UMNO dari seperti PKMM dan Hizbul Muslimin menyertai PAS.

 

Oleh kerana kedudukan Melayu Islam tergugat, PAS dibawah pimpinan Presiden baru iaitu Asri Muda bergabung dengan Parti Perikatan bagi membentuk Barisan Nasional pada tahun 1972.

 

Apabila berlaku pertikaian kuasa, Asri Muda bertindak menarik PAS keluar dari Barisan Nasional pada tahun 1977. Pilihanraya 1978 menunjukkan kejatuhan PAS yang amat teruk.

 

Revolusi Iran 1979 menaikkan semangat PAS perjuangkan ideologi Negara Islam nya. Sejak ni, PAS dikenali sebagai Parti Bersama Kepimpinan Ulama. Jurang perpecahan antara UMNO dan PAS semakin jauh.

 

UMNO ketika itu dipimpin oleh Mahathir Mohamed seorang tokoh nasionalis tegar. Manakala PAS amat menolak ideologi nasionalis. Oleh itu, wujudlah budaya takfiri, iaitu kafir mengkafir. Solat jemaah itu tak sah, sembelihan orang ini tak halal.

 

Pada 1988, krisis kepimpinan UMNO berlaku dalam perseteruan Mahathir-Tengku Razaleigh. Wujud UMNO BARU pimpinan Mahathir dan Semangat 46 pimpinan Tengku Razaleigh.

 

PAS bergabung dengan Semangat 46 pada pilihanraya 1990 membentuk Angkatan Perpaduan Ummah (APU). Pada pilihanraya 1999, PAS bergabung dengan Parti Keadilan, Parti Rakyat Malaysia dan DAP. PAS kembali bangun pada pilihan raya 2008 sebagai Pakatan Rakyat bersama DAP dan PKR.

 

Golongan progresif semakin kuasai parti PAS akhirnya ditolak secara besar-besaran oleh akar umbi yang pro kepimpinan ulama pada pemilihan parti 2015. Mereka keluar parti dan tubuhkan Parti Amanah Negara.

 

Pakatan Rakyat dibubarkan kerana masing-masing tak memiliki tujuan yang sama. PAS bergerak dengan cara sendiri. Pakatan Harapan menang pilihanraya 2018.

 

Kali terakhir PAS dan UMNO sehaluan ialah ketika tertubuhnya Muafakat Nasional pada 2019. Namun, ia dibubarkan pada 2022.

 

PAS bergerak bersama BERSATU di dalam Perikatan Nasional (PN). Manakala UMNO menyertai Pakatan Harapan membentuk kerajaan perpaduan.

 

Oleh: Azizul Farhan

 

___

 

Mengapa ahli politik sukar menunaikan janji? Persoalan ni ada jawapannya kepada sesiapa yang kenal asas, ideologi dan prinsip politik di dalam POLITIK UNTUK PEMULA. Dapatkan segera!

https://bit.ly/3frB0C5


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply