Aziz Ishak ni mungkin tak sepopular abangnya Yusof Ishak yang merupakan Presiden Singapura yang pertama. Namun kisah beliau pun tak kurang hebatnya.

 

Sewaktu Malayan Union nak ditubuhkan, Aziz kerap kritik British. Beliau kritik UMNO jugak yang dibarisi oleh anak-anak bangsawan tanpa hala tuju yang jelas.Dalam bidang politik, Aziz bersama Abdul Samad Ismail tubuhkan Gerakan Angkatan Melayu Sedar (GERAM) pada 1946.

 

Namun, bila GERAM diharamkan British pada 1948, Aziz ikut abangnya sebagai wartawan di Kuala Lumpur. Aziz satu-satunya wartawan yang dilantik sebagai Ahli Majlis Perundangan Persekutuan. Beliau sering menggesa kerajaan menamatkan darurat.

 

Pada 1950, Aziz sertai UMNO dan bersama Dato’ Onn tubuhkan IMP. Aziz dilantik sebagai Timbalan Pengerusi IMP Kuala Lumpur dan bertanding bagi kawasan Sentul semasa Pilihan Raya Bandaran Kuala Lumpur 1952, namun beliau tewas.

 

Pada April 1953, Aziz sertai UMNO semula atas pujukan Tunku dan terlibat semasa Sidang Meja Bulat Perikatan untuk Pilihan Raya Malaya yang pertama. Aziz dilantik sebagai Ketua UMNO Selangor dan Ketua Perikatan Selangor.

 

Beliau bertanding sebagai calon bagi Parlimen Kuala Langat pada 1955 dan menang. Manifesto beliau tertumpu kepada isu bahasa Melayu, pertanian, ekonomi dan hak orang Melayu.

 

Walaubagaimanapun, manifesto yang dibawa oleh Aziz kurang dapat perhatian dari kebanyakan pemimpin Perikatan kerana tujuan utama mereka pada ketika itu ialah untuk merdeka. Hubungan Aziz dan rakan kabinet lain mulai renggang.

 

Aziz nakkan para pegawai British yang ada ditukar kepada rakyat tempatan dan beliau kerap memperjuangkan isu kebebasan akhbar yang amat dikongkong British.

 

Aziz dilantik di dalam kabinet pertama Tunku Abdul Rahman selepas merdeka sebagai Menteri Pertanian. Beliau juga pernah memangku jawatan Menteri Pendidikan ketika Khir Johari sedang bercuti. Aziz merupakan individu yang bertanggungjawab menukarkan nama “sekolah rakyat” kepada “sekolah kebangsaan”.

 

Di dalam tempohnya sebagai Menteri Pertanian, Aziz kerap perjuangkan nasib-nasib petani tempatan yang tak terbela. Beliau pernah cadangkan agar kilang baja urea diwujudkan pada 1961 bagi membantu para petani. Namun, cadangan beliau ini tak dipersetujui oleh Tunku atas alasan perbelanjaan yang besar. Aziz rasakan bahawa Tunku cuba untuk lindungi kilang baja British bagi elakkan persaingan.

 

Aziz kemudian dipindahkan ke Kementerian Kesihatan pada 1963 dan beliau terus letakkan jawatan dan keluar dari UMNO. Aziz tubuhkan Parti Konvensyen Negara untuk bertanding semasa Pilihan Raua Umum 1964.

 

Ketika era Konfrotasi, Aziz bersama tokoh-tokoh kiri yang lain telah ditangkap di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana dituduh sebagai pengkhianat dan bekerjasama dengan pihak Indonesia. Walaubagaimanapun, Aziz nafikan dakwaan tersebut.

 

Setelah dibebaskan, Aziz menjalani kehidupan beliau sebagai rakyat biasa sehinggalah ke akhir hayatnya. Beliau tolak sebarang penganugerahan sepanjang hidupnya. Aziz selayaknya dikenang sebagai seorang menteri yang berani dan lantang dalam memperjuangkan isu rakyat.

 

Oleh: Azizul Farhan

 

___

 

Mengapa ahli politik sukar menunaikan janji? Persoalan ni ada jawapannya kepada sesiapa yang kenal asas, ideologi dan prinsip politik di dalam POLITIK UNTUK PEMULA. Pilih pemimpin yang tepat dan dapatkan segera!

https://bit.ly/3frB0C5


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply