Ada speaker kata: “Kita diajar 1+1 mesti 2, tak boleh yang lain!” Nak tanya, korang setuju ke dengan apa yang speaker ni cakap?

Sememangnya, alam ciptaan Allah ini memang ada secara biiznillah, iaitu dengan izin Allah. Namun, speaker buat kesalahan bila mengaitkan sifir matematik dengan kisah seorang lelaki yang turun mengira berapakah bilangan kaki unta.

Apa masalahnya?

Speaker gagal membezakan di antara hukum akal dan hukum adat. “1+1=2” merupakan hukum akal. “Berapakah bilangan kaki unta” merupakan hukum adat. Kegagalan membezakannya boleh mengakibatkan falasi pemikiran yang parah.

Apa itu hukum akal dan hukum adat?

Hukum akal bermaksud ketetapan (hukum) yang diperoleh melalui akal. Ia terbahagi kepada tiga iaitu wujub (wajib), istihalah (mustahil) dan jawaz (harus).

Wajib akli bermaksud perkara yang tidak dapat digambarkan ketiadaannya dalam akal fikiran. Mustahil akli bermaksud perkara yang tidak dapat digambarkan kewujudannya dalam akal fikiran. Harus akli bermaksud perkara yang boleh diterima kewujudannya dan ketiadaannya dalam akal fikiran.

Hukum adat pula bermaksud ketetapan (hukum) yang diperoleh melalui percubaan dan kebiasaan. Misalnya, kenyang dengan sebab makan, tidak kenyang dengan sebab tidak makan, sejuk dengan sebab tiada selimut dan tidak sejuk dengan sebab memakai selimut.

Di mana silapnya speaker?

Speaker tersalah kerana mengatakan certainty iaitu keyakinan 1+1=2 adalah merosakkan akidah. Hal ini tidak tepat kerana 1+1=2 termasuk perkara wajib akli. Lebih teruk apabila dikaitkan certainty akan membawa manusia kepada tidak meyakini kuasa Allah.

Padahal, ulama kalam seperti Abu Hasan al-Asya’ari dan Imam Abu Mansur al-Maturidi menggunakan akal bagi membuktikan kewujudan Tuhan dan menyucikan-Nya daripada sifat yang tidak layak bagi Tuhan. Hari ini, orang menolak hukum akal sedangkan akal fikiran yang waras boleh membawa manusia untuk mengenal Tuhan!

Berapa jumlah kaki unta?

Mungkin kisah yang dimaksudkan adalah peristiwa Imam Syafie yang ditanya berapakah jumlah kaki unta. Tetapi, apa yang pasti, lazimnya unta mempunyai empat kaki kerana secara kebiasaan iaitu hukum adat, begitulah jumlah kaki unta.

Adakah perubahan jumlah kaki unta membatalkan hukum akal?

Tidak.

Kerana sesuatu hukum adat boleh sahaja berubah. Mukjizat yang ditunjukkan oleh para rasul datang dalam bentuk mencarik adat (خارق العاده), bukannya mencarik akal. Nabi Musa membawa mukjizat tongkat boleh bertukar menjadi ular besar dan laut merah boleh terbelah dua, bukannya 1+1=3. Nabi Ibrahim membawa mukjizat api boleh menjadi sejuk, bukannya 1-1=70.

Bila tengok balik, benarlah kata Imam al-Haramain, “Siapa yang tidak mengetahui hukum akal dan pengertiannya, maka dia adalah tidak berakal, bahkan gila.”

Oleh: Zaki Sapuan al-Hafiz

Untuk menjadi ilmuwan besar, mesti ngaji hukum akal dalam ilmu akidah sampai cair. Contohilah Rumi yang digelar al-Ghazali kedua di zamannya. Dapatkan RUMI: FILSUF CINTA ANATOLIA sempena jualan akhir tahun The Patriots! Klik: https://shp.ee/e6n9puy


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Penceramah Bebas dan Guru Al-Quran Tauliah Khas. Aktif memenuhi jemputan kuliah agama di 10 buah masjid dan surau dalam sebulan. Bertugas mengajar kelas tahfiz di Pondok At-Tanzil serta mengajarkan al-Quran kepada orang ramai dalam Kelas Al-Quran Dewasa Kg Kelantan dan Kelas Al-Quran Dewasa TIC Kota Tinggi. Diijazahkan sanad 10 Qiraat Al-Quran termasuklah Riwayat Hafs an Asim dari Mesir. Graduan Diploma Qiraat & Tahfiz Al-Quran, Darul Quran JAKIM. Mahasiswa Sarjana Muda Usuluddin & Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Leave A Reply