Semalam, genap 82 tahun tenggelamnya kapal HMS Repulse dan HMS Prince of Wales. YDP Agong kita turut mencemar duli merasmikan tugu peringatan perang sempena tenggelamnya kapal ni.
Macam mana cerita dia?
HMS Prince of Wales dan HMS Repulse ditenggelamkan oleh pasukan kapal terbang pengebom Jepun di Laut China Selatan.
Tenggelamnya kedua-dua buah kapal perang Inggeris memang memalukan Inggeris serta turut hancurkan pertahanan Inggeris di Tanah Melayu.
Tentera Jepun dengan mudah dan cepat dapat terus mara ke Singapura. Prince of Wales dan Repulse merupakan kapal perang terbesar kepunyaan Tentera Laut Inggeris.
Asalnya, pada pertengahan bulan November 1941, Perdana Menteri British, Sir Winston Churchil setuju hantar Prince of Wales dan Repulse ke Tanah Melayu bersama-sama empat buah kapal perang pembinasa.
Tujuannya hanyalah sekadar menakut-nakutkan Jepun supaya tak serang Tanah Melayu dan cuba sembunyikan kelemahan pertahanan Inggeris di Tanah Melayu.
Britain menumpukan perhatian yang lebih bagi pertahanan di Eropah dan Timur Tengah.
Pada 2 Disember 1941, Prince of Wales dan Repulse dengan diiringi oleh keempat-empat kapal perang pembinasa tersebut tiba di Singapura.
Ketibaan ni dianggap sebagai satu sejarah kerana ia merupakan kali pertama sebuah angkatan kapal perang mendarat di Singapura.
Lima hari kemudian, iaitu pada 8 Disember 1941, Jepun dengan secara mengejut serang dan menawan Kota Bharu Ialu terus menyusur ke selatan.
Di hari yang sama juga Prince of Wales dan Repulse bersama keempat-empat buah kapal pembinasa bertolak dari Singapura menuju ke Teluk Siam.
Kapal-kapal ni dihantar untuk gempur pusat tentera Jepun di Singgora, Siam. Malangnya pelayaran Prince of Wales dan Repulse itu dapat dikesan oleh pihak Jepun.
Apabila Inggeris tahu kedudukannya dalam bahaya, Prince of Wales dan Repulse terpaksa patah balik ke Singapura.
Dalam pelayaran pulang tu kapal-kapal tersebut membelok ke Kuantan setelah pasukan kawalan ternampak kapal musuh berhampiran dengan pantai.
Tepat jam 2.10 pagi, 10 Disember, sebanyak 85 buah kapal terbang pengebom Jepun serang Prince of Wales dan Repulse bertalu-talu.
Tak sampai sehari, kira-kira jam 1.20 petang kapal perang British pun tenggelam di lautan, tak jauh dari Kuantan.
Dengan tenggelamnya kapal Prince of Wales dan Repulse, maka hancurlah kegemilangan Tentera Laut British dan pertahanannya di Tanah Melayu.
Seramai 840 kelasi terkorban dalam kejadian itu termasuk Pegawai Pemerintah HMS Prince of Wales, Kapten John Leach.
Majlis memperingati ulang tahun ke-82 kapal-kapal perang yang ditenggelamkan diadakan bersama sokongan Suruhanjaya Tinggi British di Malaysia dan Tentera Laut Diraja British.
Beberapa tahun lepas, tapak bangkai kedua-dua kapal perang tu dapat liputan antarabangsa berikutan terbongkarnya aktiviti haram pada 2015.
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan pihak-pihak berkuasa Malaysia yang lain hentikan aktiviti tersebut.
Pada 2015, Maritim Malaysia tahan sebuah kapal pengangkut ketika melakukan aktiviti haram di lokasi bangkai kapal tersebut dan merampas sejumlah barang artifak milik HMS Repulse dan HMS Prince of Wales.
Antara artifak yang dirampas ialah sebuah sauh dipercayai dari HMS Repulse, yang dihadiahkan kepada Malaysia oleh United Kingdom, dan dipamerkan di Muzium Tentera di Port Dickson.
Sauh tersebut kini ditempatkan di tugu peringatan yang terletak di Teluk Cempedak menghadap ke Laut China Selatan.
Oleh: Azizul Farhan
___
Nak tau macam mana kekejaman Jepun ketika Perang Dunia Kedua?Jawapan panjang ada di dalam buku PERANG DUNIA KEDUA. Dapatkan segera! https://bit.ly/PDKDis

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply