Semalam, saya ternampak video seorang penceramah bebas yang cerita berkenaan Uthmaniyah datang ke Tanah Melayu sebelum Kesultanan Melayu Melaka lagi.
Diceritakan beliau bahawa Ibn Batutta bertemu seorang puteri dari Kelantan bernama Urduja yang fasih berbahasa Turki dan Arab.
Sejauh mana kebenaran cerita ni?
Mari kita “fact-check” perkara ini.
Mari kita cuba selam apa yang ditulis di dalam Rihla Ibn Batutta sendiri. Cuma disini, saya ringkaskan babnya.
Pada tahun 1344, setelah Ibn Batutta singgah di Kerajaan Samudera-Pasai dibawah Sultan Al-Malikul Zahir, beliau bertolak menuju ke Mul Jawa. Setelah berada 3 hari disana, Ibn Batutta meninggalkan Mul Jawa dan belayar 37 hari dan singgah di sebuah kerajaan bernama Tawalisi.
Raja Tawalisi bernama Tawalisi. Digambarkan Raja Tawalisi ni ada banyak jong yang digunakan untuk memerangi penduduk China hingga mereka mohon perdamaian dengan syarat tertentu.
Penduduk Tawalisi belum menganut agama Islam dan menyembah berhala. Rupa paras pula menyerupai orang Turki bak kata Ibn Batutta. Yang wanita mahir berkuda dan memanah dan turut turun ke medan perang.
Ibn Batutta pun singgah di pelabuhan Kaylukari. Hajat beliau bertemu Putera Raja Tawalisi tapi Puteranya mentadbir wilayah lain. Lalu Ibn Batutta dipertemukan dengan Puteri Raja Tawalisi bernama Urduja.
Ibn Batutta dan Urduja berkomunikasi dalam Bahasa Turki dan Arab. Nakhoda ada memberitahu Ibn Batutta yang Urdhuja ni ada berperang sampai dia bunuh raja musuh dia tu. Raja Urduja pulang dengan kepala raja tersebut di hujung lembingnya.
Nakhoda pun bagitau yang Puteri Urduja tak akan berkahwin melainkan ada seseorang yang dapat bertarung dan tewaskannya.
“Nakhoda juga memberitahuku bahawa peperangan sengit telah berlaku antara puteri tersebut dengan beberapa orang musuhnya dan banyak tentera terkorban. Mereka hampir-hampir tewas lalu baginda mara sendiri ke barisan hadapan dan menembusi barisan tentera. Akhirnya baginda tida di sisi raja yang diperanginya. Puteri Urduja lantas melontarkan lembing yang menyebabkan raja tersebut terbunuh dan tentera raja itu pun tertewas.
Kemudian Puteri Urduja membawa pulang kepala raja tersebut dengan hujung lembing dan kerabat baginda telah melucutkannya dari lembing dengan nilai harga yang tinggi. Setelah Puteri Urduja pulang ke pangkuan ayahandanya, baginda dilantik oleh ayahandanya sebagai pemerintah di kota yang sebelumnya berada di bawah kekuasaan saudara lelakinya.”
(Syed Nurul Akla Syed Abdullah pen., 2012: 289-290)
Itu yang tertulis di dalam Rihla Ibn Batutta.
Abdullah Mohamed (Nakula), seorang tokoh sejarawan Kelantan menerusi bukunya Sejarah Kelantan menyebut bahawa Kelantan ada seorang raja bernama Sang Tawal yang memerintah Kerajaan Malayur dari tahun 1267 hingga sekitar 1335.
Anak kepada Sang Tawal ini ada persamaan dengan catatan Ibn Batutta yang bernama Adruja Wijayamala Singha.
Apa pulak kaitan Adruja dengan Udruja tadi?
Adruja ialah srikandi Melayu yang pernah penggal kepala Raja Siam.
Adruja dilahirkan di saat Sukhothai acap kali menyerang Malayur. Adruja juga bujang sehingga akhir hayatnya disebabkan cabaran kepada sesiapa yang mahu memperisterikannya.
Adruja selalu ikut ayahandanya ke medan perang. Sampai satu masa, Adruja tekad tubuhkan pasukan khas wanita untuk lawan Sukhotai. Para janda muda yang kematian suami di medan perang turun padang sertai pasukan Arduja.
Dipendekkan cerita, Adruja dan pasukannya menggempur serangan orang Sukhotai. Kemenangan Adruja sampai ke telinga Sang Tawal dan Ram Khamhaeng, Raja Sukhothai.
Ram Khamhaeng memang naik angin bila dengar anak buahnya kalah dengan pasukan wanita. Dikerahkan lagi tenteranya untuk serang Malayur sekali lagi.
Di medan perang, segala pasukan bergajah Siam Sukhothai merodok apa sahaja dihadapannya.
Sampailah Adruja sendiri menjumpai Rama Khamhaeng yang sedang berada di atas seekor gajah.
Raja agung Siam tu berjaya dijatuhkan dari atas gajahnya lalu kepalanya ditebas oleh pasukan Adruja.
Ketika tu, pasukan Siam tergamam dan menyerah kalah dalam peperangan. Peristiwa hebat ini berlaku ketika 1317 Masihi.
Dipendekkan cerita, Raja Sang Tawal anugerahkan sebuah negeri kepada Adruja sebagai mengenang jasa puterinya menebas kepala Raja Rama Khamhaeng.
Negeri tersebut diberi nama Serendah (Seri Indah) Sekebun Bunga atau nama lainnya, Kisaran Payung. Ni sebab lah Kelantan dikenal sebagai Negeri Serendah Sekebun Bunga!
Beliau digelar Cik Siti Wan Kembang. Lama-kelamaan, gelaran tu jadi satu gelaran rasmi bagi semua raja perempuan yang memerintah negeri tersebut.
Adruja Wijayamala Singa sebagai Cik Siti Wan Kembang yang pertama yang memerintah bumi Kelantan.
Cik Siti Wan Kembang yang jadi mak angkat Puteri Saadong tu orang lain, bukan orang yang sama. Baginda memerintah sekitar tahun 1610.
Kaylukari?
Kebanyakan sejarawan menyokong bahawa Kaylukari sebenarnya ialah Kuala Krai.
Kalau korang tengok Wikipedia, ada orang kata Tawalisi dan Kaylukari tu di Filipina, percayalah tak wujud nama tempat Tawalisi di Filipina.
Bahagian seterusnya akan menceritakan apa dakwaan yang dibawa penceramah bebas tersebut yang agak kontradiksi dengan cerita Adruja ni.
Oleh: Azizul Farhan
Sumber:
Abdullah Mohamed (Nakula), Sejarah Kelantan dalam Beberapa Lintasan (Manuskrip), Kementerian Budaya Belia dan Sukan, 1981.
Abdul Rahman al-Ahmadi, “Ibnu Batutah Pernah Singgah di Kuala Krai, Kelantan,” dlm Nik Safiah Karim & Wan Abdul Kadir Yusuf, (ed.) Kelantan dalam Perspektif Sosio-Budaya: Satu Kumpulan Esei. Kuala Lumpur: Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya, 1985.
Nisriwani Yahaya & Syed Zulflida (2003) 101 Puteri Dunia Melayu: Sejarah Dan Legenda. Jabatan Muzium Malaysia.
Syed Nurul Akla Syed Abdullah, et al. Pengembaraan Ibn Battutah: Pengembara Agung, Karya Terulung, Menyingkap Wajah Dunia. MPH Group Publishing, 2012.
___
Mitos dan legenda Melayu banyak berlegar-legar dari mulut ke mulut. Kini ia disatukan di dalam LIPUR LARA NUSANTARA. Selam bersama-sama kisah lagenda seperti Cik Siti Wan Kembang, Puteri Santubong dan Mahsuri segera sempena Jualan 12.12 hari ini!

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply