Palestin sikit demi sikit berjaya rampas semula tanah hak milik mereka ketika konflik sekarang.

Petempatan haram Israel ialah salah satu daripada punca kenapa Palestin serang Israel ketika ni.

Macam mana semua ni bermula?

Benda ni dah mula lama sejak kurun ke-19. Zionis selalu mainkan propaganda “a land without a people for a people without land.”

Titik awalnya bermula masa Kongres Zionis Pertama pada 1897, beberapa orang rabbai dari Vienna hamtar 2 wakil ke Palestin. Bila 2 wakil ni balik, diorang cakap yang Palestin ni umpama “The bride is beautiful, but she is married to another man.”

Diorang umpamakan bumi Palestin indah tetapi diduduki oleh rakyat Palestin sendiri. Ni lah masanya untuk diorang jadi “penyondol.”

Sejak bermulanya projek parasit diorang bina penempatan haram, rakyat Palestin dah menentang sejak peringkat awal perancangannya yang masa tu masih di bawah pemerintahan Turki Uthmaniyah. 

Sultan Abdul Hamid dan kerajaan pusat arahkan untuk lawan pendatang haram Yahudi dan penempatan haram mereka, tapi masalah rasuah membuka ruang kepada Zionis untuk dapat lebih banyak tanah.

Apabila Palestin duduk di bawah pemerintahan British lepas tamat Perang Dunia Pertama pada 1917 sehingga 1948, Zionis Yahudi disokong penuh oleh pihak British untuk kaut lagi banyak tanah.

Tanah-tanah Palestin diambil kerana pemiliknya terbunuh dalam Revolusi Arab pada tahun 1936-1939. Pihak British rampas tanah-tanah ni dan jual kepada Zionis Yahudi dengan harga murah.

Bila British dah cabut, Zionis Yahudi bina lagi penempatan mereka tanpa rasa bersalah. Sampailah puak-puak ni isytiharkan penubuhan negara diorang “Israel” pada 14 Mei 1948.

15 Mei 1948, Liga Arab isytiharkan perang terhadap Israel mencetuskan  Perang Arab-Israel Pertama. 700,000 penduduk asal Palestin berbangsa Arab terusir dari tanah asal pada “Hari Nakba.”

Tanah orang Arab Palestin dirampas, malah Jerusalem pun dirampas sekali. Sehingga hari ni, orang Arab hanya ada kira-kira 10-20% daripada tanah Palestin yang asal.

Itulah strategi Zionis yang “dah bagi betis nak peha.” 

Mula-mula kata “kami cuma nak cari kehidupan, kami duduk di bawah orang pun tak apa.” 

Kemudian bertukar “tak boleh, kita kena jadi sama rata.” Dan akhir sekali, “kamu siapa? Ini tanah kami.”

Waktu tu pun ada Arab yang bagitau “hati-hati dengan Yahudi ni.” Tapi majoriti kata “bersangka baik,” “contohilah akhlak Rasulullah,” “mari kita berdakwah kepada mereka.” 

Tapi semua ni berlaku secara “senyap.” Dalam menghadapi pendatang Yahudi yang agresif dan licik, penduduk Arab terlalu “reactive,” pasif dan “predictable.” Dan itulah harga yang terpaksa mereka bayar.

Apa yang diorang dapat balik ialah dasar kejam Israel dengan rampasan tanah, penempatan haram serta diskriminasi yang berleluasa. Rakyat Palestin menderita apabila hak asasi mereka dirampas.

Sebelum konflik baru-baru ni, apa yang Israel buat takde satu habuk pun orang Barat ambik peduli.

Pemerintahan tentera Israel ganggu kehidupan seharian di Palestin. Setiap hari diorang hadap penindasan. Seluruh kehidupan rakyat dah jadi umpama tebusan Israel.

Orang Palestin dilabel sebagai pemberontak tanah air sendiri, orang Israel yang memperjuangkan hak Palestin pula digelar pengkhianat.

Tak payah pergi jauh, 4 bulan lepas je Israel dah bina 10,000 petempatan haram di atas tanah Palestin.

Sedangkan PBB dengan Resolusi 2334 Majlis Kese­lamatan pada Disember 2016 dah tuntut Israel untuk berhenti bina penempatan baharu di tanah milik Palestin.

Oleh: Azizul Farhan

___

Bersolidariti pada Palestin adalah apa yang patut kita lakukan sekarang. Nak tau macam mana Yahudi boleh bina negara sendiri? Dapatkan KITAB TAMADUN YAHUDI segera!

bit.ly/3MkDT6b


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply