Putera Mateen yang jadi kegilaan wanita-wanita Malaysia dah nak kawin tahun depan. Tapi bukan itu yang nak diceritakan disini. Namun masih ada kaitan dengan Kesultanan Brunei.
Apa yang lagi menarik, Brunei dulu pernah halau penjajah Sepanyol?
Islam berkembang pesat di Brunei ketika pemerintahan Sultan Brunei yang ke-3 iaitu Sultan Sharif Ali dari tahun 1425 hingga 1432.
Apabila Portugis berjaya tawan Melaka, ia membuka ruang kepada Barat untuk meluaskan kuasa di sekitar Alam Melayu.
Sepanyol mengikut jejak langkah Portugis datang ke Alam Melayu dengan tujuan yang sama iaitu “Gold, Gospel and Glory.”
Sekitar tahun 1564, angkatan tentera Sepanyol dibawah pimpinan Miguel Lopez De Legazpi memulakan kempen penjajahan mereka di Filipina.
Melalui Lautan Pasifik mereka tiba di Cebu pada 13 Februari 1565. Angkatan Sepanyol ditentang habis-habisan oleh orang-orang Islam Cebu.
Sepanyol menjarah Cebu, Mindanao, Luzon dan Manila. Sepanyol isytiharkan Manila sebagai pusat pemerintahan Sepanyol di Timur pada masa itu.
Perang Kastila berpunca daripada Sepanyol cuba untuk sekat pengaruh Kerajaan Brunei Darussalam dan juga pusat penyebaran Islam di Borneo dan sekitarnya.
Sepanyol gertak Kerajaan Brunei dengan hantar surat kepada Brunei selepas mereka tawan Manila pada tahun 1571.
Sepanyol tawarkan “perlindungan” kepada Brunei daripada diperangi oleh mana-mana kuasa Eropah. Dan Brunei kena akui kedaulatan Sepanyol.
Sultan Saiful Rijal, Sultan ke-8 Brunei yang memerintah dari tahun 1533 hingga 1581 menolak usul daripada Sepanyol. Pada tahun 1578, Sepanyol menyerang Brunei.
Armada laut Sepanyol dengan kekuatan 40 buah kapal perang bertembung dengan armada laut Brunei dengan kekuatan 50 buah kapal perang.
Pertempuran kali pertama ini telah menyaksikan angkatan Brunei menghadapi kekalahan kali pertama yang teruk.
Pada tanggal 16, 20, 24 April 1578, Brunei diserang bertubi-tubi dengan serangan darat dan juga bantuan meriam dari armada laut Sepanyol. Askar-askar Sepanyol berjaya merempuh kota dan istana Brunei pada masa itu.
Anggota tentera Sepanyol menjarah istana Kesultanan Brunei dan merampas apa sahaja barangan berharga keluarga Diraja dan dibawa pulang ke kapal perang.
Beberapa bulan kemudian, Sepanyol dihalau keluar daripada Brunei oleh pahlawan-pahlawan Brunei sendiri.
Pada masa itu anggota tentera Sepanyol tak mampu pertahankan diri daripada amukan dan jiwa kental pahlawan Brunei dibawah pimpinan Pengiran Bendahara Sakam ibnu Sultan Abdul Kahar.
Pengiran Bendahara Sakam menggempur habis-habisan Sepanyol dan memaksa mereka melarikan diri sehingga ke wilayah Nausung (Sabah) pada tanggal 26 Jun 1578.
Dan atas jasa Pengiran Bendahara Sakam, beliau dikurniakan dengan anugerah “Raja Bendahara” oleh Sultan Saiful Rijal.
Selepas kekalahan itu, Sepanyol tak pernah lagi menyerang Brunei dan Kerajaan Kesultanan Brunei Darussalam tetap utuh sebagai antara kerajaan terpenting di Nusantara sehingga hari ini.
Oleh: Azizul Farhan
___
Fakta menarik tentang Kesultanan Brunei, kekayaan Sultan Brunei sebenarnya mengatasi Raja Arab Saudi!
Selam lagi ilmu berkenaan Melayu bersama KITAB TAMADUN MELAYU segera! Setiap pembelian anda akan disumbangkan ke Tabung Cinta Gaza Malaysia tanda solidariti anda kepada rakyat Palestin!




No comments yet