Kita lihat hari ini, begitu banyak produk kosmetik Korea yang menguasai pasaran. Malah, dalam kalangan kita juga banyak menggunakan produk dari Korea ini. Jadi, apakah rahsia di sebalik produk kosmetik Korea ini?
Ini semua sebenarnya bermula daripada wanita Korea itu sendiri yang sukakan kecantikan dan suka menggunakan kosmetik. Sejak bila wanita Korea meminati produk kosmetik yang baik? Mari kita telusuri sejarahnya ketika era Joseon.
Bagi wanita era Joseon, kecantikan sebenar dilihat daripada kulit yang cerah dan rambut lebat. Terutamanya, kulit putih seperti porselin adalah ciri yang paling diingini. Untuk memiliki kulit yang licin tanpa cela bermakna seseorang wanita itu tak boleh bekerja keras.
Walaupun tidak semua wanita bernasib baik kerana tidak perlu bekerja, mereka tetap mahu menjaga kecantikan dengan cara tersendiri. Malah, ada sebuah buku khas era Joseon ini bertajuk “Takjijeongrye” (buku peraturan mengenai perbelanjaan kerajaan) dan “Gyuhachongseo” (ensiklopedia kehidupan wanita) yang bercerita tentang hal ini.
Ketika itu, pembersih muka yang paling biasa ialah “jodu,” atau serbuk kacang. Untuk membuat jodu, kacang hijau, kacang adzuki dan kacang soya dikisar di atas batu giling, dibuang kulit, dikisar semula dengan lebih halus dan akhirnya diayak.
Buku Takjijeongrye menerangkan bahawa pencuci serbuk ini akan menggosok sel kulit mati dan membuatkan kulit lembut apabila disapu pada wajah yang basah, malah ia mempunyai kesan pemutihan yang sangat baik.
Namun, jodu ini juga ada kelemahannya, iaitu mempunyai bau yang agak tidak menyenangkan. Tetapi, dengan kepandaian wanita Joseon, mereka menambahkan wangian bunga dalam adunan jodu, sehingga menutup baunya.
Dalam buku Gyuhhapchongseo pula menyatakan cara untuk mendapatkan kulit muka yang putih bersih, iaitu dengan memasukkan tiga biji telur ke dalam minuman keras, tutup balang kedap udara dan biarkan selama kira-kira sebulan. Jika bahan ini digunakan pada muka, ia bukan sahaja akan melegakan kulit merekah tetapi juga membuat kulit bersinar seperti jed.
Malah, untuk penjagaan rambut pula, wanita Joseon mengambil berat tentang jenis sikat yang mereka gunakan. Mereka menggunakan dua jenis sikat — pertama sikat bergigi lebar untuk merungkai rambut, kemudian sikat bergigi halus untuk mengemas rambut.
Kisah ini menunjukkan bahawa ketika era Joseon, setiap wanita, tanpa mengira status, mempunyai keinginan yang sama untuk kelihatan cantik dengan mencapai kulit wajah seperti porselin dan memiliki gaya rambut yang hebat. Gelombang Korea yang melanda industri kecantikan dunia ini rupanya terletak pada zaman Joseon.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih