
Berdoa adalah suatu ibadah yang sangat dituntut malahan dapat ditemukan banyak nas- nas yang sahih daripada al-Quran dan juga al-Sunnah yang menerangkan tentang kepentingan serta kelebihan berdoa bahkan menjadi senjata rahsia orang-orang beriman. وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ Maksudnya: “Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepada-Ku, nescaya Aku perkenankan doa permohonan kam

Mahkamah Syariah merupakan salah satu daripada tiga institusi yang terlibat dalam perundangan Islam di Malaysia di mana dua institusi lainnya adalah Majlis Agama Islam dan Mufti. Penubuhan Mahkamah Syariah di Malaysia adalah terkait secara tidak langsung dengan kedatangan Islam ke Tanah Melayu sehinggalah melalui beberapa fasa misalnya fasa penjajahan kolonial British, era selepas merdeka sampai

Nama lengkap beliau ialah Muhammad Mutawalli al-Sya`râwî. Beliau merupakan seorang tokoh ternama yang lahir di tanah Mesir yang menjadi daerah tempat tinggalnya kebanyakkan para Mujaddid Islam seperti al-Thanthawi dan Jamâl al-Dîn al-Afghâni. Beliau dilahirkan pada 15 April 1911[1] bersamaan 17 Rabiul Akhir 1329 di Daqadus, sebuah perkampungan kecil di kawasan Mayyit al-Ghumar di wilayah al-Daqhil

Kita selalu mendengar bahawa Negeri Che Siti Wan Kembang sangat terkenal dengan Bandar Raya Islam yang dihiasi pelbagai keindahan alam dan kesenian yang tersendiri. Negeri Pantai Timur ini mempunyai pelbagai tempat menarik yang menjadi tumpuan seperti zon bebas cukai Rantau Panjang dan Pengkalan Kubor, Bazaar Tok Guru, Pasar Siti Khadijah serta pelbagai lagi. Namun, sebenarnya

Operasi Badar, Pertempuran Uhud, Khaibar, Hunain dan lain-lain lagi sudah acap kali didendangkan agar manusia mengambil ibrah daripadanya. Namun, sudah pasti jarang sekali untuk kita mendengar Ekspedisi Pertempuran Dhat Al-Riqa akibat daripada rantaian pengkhianatan kabilah-kabilah arab di Kawasan Najd terhadap kaum muslimin. Para ahli sirah dan maghazi mencatatkan bahawa pertempuran ini berlaku p

Siapa tidak kenal seorang ulama kibar tabi’in yang begitu hebat dengan alim, zuhud dan wara’nya. Fudhail bin Iyadh atau nama penuhnya Abu Ali al-Fudhail ibn Iyad ibn Mas’ud ibn Basyar al-Tamimi al-Yarbu’I al-Khurasani adalah seorang ulama yang lahir di Kota Samarqand. Bukan calang-calang orangnya sehingga digelar sebagai Abidul Al-Haramain kerana teguhnya berbuat ibadah di dua

Kucing adalah satu spesies haiwan yang begitu akrab dengan manusia bukan sekadar menjadi haiwan peliharaan tetapi juga menjadi sebagai seorang kawan dan sahabat bagi manusia. Malahan kucing berupaya memupuk nilai kasih sayang dan empati dalam diri manusia. Alkisah yang berbeza sehingga menimbulkan kehairanan di mana letaknya hati, naluri dan perikemanusiaan bagi orang-orang yang menzalimi haiwan

Dan sesungguhnya Kami telah memberi ilmu kepada Daud dan Sulaiman, dan keduanya mengucapkan, “Segala puji bagi Allah yang melebihkan kami dari kebanyakan hamba-hamba-Nya yang beriman.” Dan Sulaiman telah mewarisi Daud, dan dia berkata, “Hai manusia, kami telah diberi pengertian tentang suara burung dan kami diberi segala sesuatu. Sesungguhnya (semua) itu benar-benar suatu kurniaan yang nyata.”

Sabda Nabi Muhammad ﷺ: “Wahai Rasulullah SAW, apakah Adam itu termasuk daripada seorang Nabi?” Baginda SAW bersabda, “Benar.” Lelaki itu bertanya lagi, “Berapa jarak antara Adam AS dengan Nuh AS?” Rasulullah SAW bersabda: “10 kurun”. (Sahih Ibn Hibban: 6190). Kira-kira 10 abad bersamaan 1000 tahun selepas manusia pertama iaitu Nabi Adam, maka Nabi Nuh diutuskan