
Sebenarnya sebelum Usama ibn Mungqidh menceritakan kisah Si Tinggi Yaqut dalam Kitab Renungan, terlebih dahulu beliau ada menceritakan kehebatan seorang lagi tentera bernama Hamadat. Berikut ialah adaptasi daripada catatan beliau… “Kami terhutang budi dengan kamu.Tetapi kamu sudah tua dan adalah lebih baik untuk kamu bersara dan tinggal sahaja di masjid dekat dengan rumahku.,” kata bapa

Dari Arsuf, Richard mendirikan markas di Jaffa. Kota pesisir yang terletak puluhan batu dari Jerusalem. Selepas kemenangan hebat sebelum ini (Pertempuran Arsuf), Richard mula melakukan percubaan untuk mengepung Jerusalem. Setelah tujuh minggu bertapak di Jaffa, bala tentera Richard mara ke Jerusalem. Walaubagaimanapun, baginda mendapati ia bukanlah sesuatu yang mudah. Apatah lagi dengan langkah-la

Kali terakhir kita meninggalkan medan Perang Salib Ketiga antara, bala tentera Salib baru sahaja melaksanakan arahan Raja Richard The Lionheart untuk membunuh lebih 2600 tawanan perang di Acre. Sasaran Richard seterusnya adalah Jerusalem. Sebelum berlakunya pembunuhan beramai-ramai di Acre, Philip II telah meninggalkan sekutunya Richard dengan alasan bahawa baginda perlu menguruskan hal domestik d

Tindakan Nekad Guy De Lusignan Raja Guy dari Jerusalem yang telah ditawan semasa Pertempuran Hattin dibebaskan oleh Sultan Salahuddin setelah beberapa bulan. Baginda pergi ke Tyre, salah satu kota yang belum dikuasai oleh Salahuddin. Tetapi apabila baginda dan isteri baginda, Sibylla tiba di pintu kota Tyre, mereka tidak dibenarkan masuk. Penguasa kota tersebut ialah seorang

Perang Hattin berlaku apabila Salahuddin mengambil keputusan untuk melakukan serangan besar-besaran ke atas kedudukan yang dikuasai oleh Kerajaan Jerusalem. Salahuddin mengambil masa beberapa bulan untuk mengumpul kekuatan ketenteraan untuk melakukan serangan ini. Putera baginda bernama al-Afdal telah diarahkan untuk menyediakan bala tentera besar ini di Hauran. Manakala baginda sendiri akan pergi

Salahuddin muncul dalam lipatan sejarah apabila Nur al-Din Zanki, pemimpin Islam Kota Damaskus yang telah memerangi pihak Kerajaan-kerajaan Salib di Syria bersetuju untuk menyelesaikan masalah kepimpinan di Mesir. Nur al-Din Zanki bersetuju untuk masuk campur kerana khuatir ketidakstabilan di wilayah itu akan mengundang campur tangan kuasa lain. Wazir Mesir yang bernama Shawar telah dirampas kuasa

Richard adalah anak lelaki ketiga kepada Raja England iaitu Henry II dan permaisurinya, Eleanor. Kedua-dua ibu dan bapa Richard adalah personaliti yang tidak kurang warna warninya dalam sejarah England. Eleanor sendiri adalah bekas isteri kepada Raja Perancis ketika itu iaitu Louis VII dan pernah menyertai Perang Salib Kedua bersama baginda. Apabila perkahwinan Eleanor dan Louis