Ghost of Tsushima merupakan antara permainan video yang paling nanti-nantikan semenjak pembikinannya diumumkan oleh Sony di pentas E3 2017.
Walaupun bukan permainan video pertama yang bermotifkan era Samurai di Jepun, Ghost of Tsushima mungkin merupakan yang pertama berlatar belakang percubaan pen4klukan Mongol ke atas Jepun pada abad ke-13.
Ghost of Tsushima mengisahkan Jin Sakai, satu-satunya anggota Klan Sakai yang masih hidup selepas gelombang ser4ngan Mongol di pulau Tsushima. Selepas apa yang terjadi dia bertekad untuk membebaskan pulau Tsushima dari genggaman Khoutun Khan, general Mongol yang bertanggungjawab terhadap ser4ngan itu.
Untuk mencapai matlamat itu, dia terpaksa mengesampingkan tradisi samurai yang dia pegang selama ini dan menggunakan kaedah tidak konvensional.
Dia memilih untuk menjadi Puaka Tsushima.
Jepun dan Mongol pada Abad ke-13
Empayar Mongol cuba men4kluk Jepun sebanyak dua kali pada abad ke-13. Kali pertama pada 1274 dan kali kedua pada 1281. Kedua-duanya percubaan ini seperti yang kita semua tahu membuahkan kegagalan.
Ghost of Tsushima berlaku pada percubaan Mongol yang pertama pada 1274 dan oleh kerana permainan video ini berlaku di Pulau Tsushima, artikel ini akan fokus kepada apa yang berlaku di sana.
Tetapi sebelum kita perlu lebih lanjut tentang apa yang terjadi di sana, adalah lebih baiknya kita lihat dahulu keadaan di Jepun sekitar penghujung abad ke 13.
Jepun pada abad ke-13 sudah menjadi sebuah empayar yang dikuasai oleh golongan pahlawan iaitu bushi ataupun lebih popular sekarang dengan gelaran samurai. Pada ketika ini, wilayah-wilayah di Jepun dikuasai oleh Shugo (gabernor) yang dilantik dari golongan ini.
Walaupun mempunyai Maharaja dari keturunan dewa dewi, kuasa sebenar terletak pada ketua kepada shugo-shugo ini iaitu Shogun. Mungkin Maharaja ada kuasa Dewa dan Dewi tetapi Shogun sebagai ketua kepada pahlawan-pahlawan ini mempunyai bala tentera untuk menguasai Jepun.
Tetapi sejak awal abad ke-13 lagi, jawatan Shogun sebenarnya hanyalah hiasan. Kuasa sebenar dipegang oleh Shikken ataupun pemangku Shogun. Shikken pada asasnya lebih berkuasa dari Maharaja Jepun dan Shogun.
Semenjak kewujudan jawatan Shikken, mereka yang dilantik adalah dari Keluarga Hojo. Dan ketika percubaan pen4klukan Mongol, Shikken yang dilantik ialah Hojo Tokimune.
Hojo Tokimune yang berumur 17 baru dilantik menjadi Shikken beberapa bulan sebelum utusan pertama dari Empayar Mongol tiba di Jepun.
Diplomasi Kublai Khan
Empayar Mongol pula pada ketika itu diketuai oleh Kublai Khan, Khan Agung atau Khagan ke-5 ini merupakan cucu kepada Ghengis Khan dan masih meneruskan usaha datuknya untuk menguasai China.
Hanya tinggal selatan China perlu dikuasai sebelum dia menjadi orang asing pertama yang menguasai seluruh China.
Dia hampir berjaya dalam kempennya itu ketika dia mengambil keputusan untuk menghantar utusannya ke Jepun pada 1268.
Dalam perutusan yang penuh dengan kata tersirat itu, Kublai Khan menyatakan kebimbangannya bahawa Jepun tidak tahu menahu tentang penguasaanya terhadap dua negara jiran iaitu China dan Goryeo. Jadi untuk mengingatkan Jepun untuk menghantar duta untuk memberi penghormatan kepada Kublai Khan, dia mengutuskan utusan tersebut.
Di akhir perutusan itu, Kublai turut memberi peringatan kepada Jepun bahawa semua negara di dunia ini adalah merupakan satu keluarga dan tidak patut ada konflik antara mereka. Dalam erti kata lain, serah diri atau bersedia untuk menerima akibatnya.
Mungkin berharap bahawa Kublai Khan gagal dalam misinya untuk menguasai seluruh China dan akan dikalahkan oleh musuh, jawapan Hojo Tokimune sendiri kepada Kublai Khan adalah tidak jelas. Shikken muda itu membiarkan utusan Mongol dari China itu tanpa jawapan balas buat masa yang lama sehingga utusan itu balik ke China.
Pihak Mongol menghantar 4 lagi utusan sehingga 1272 dan kesemuanya dibalas dengan cara yang sama.
Tetapi dalam tempoh ini Hojo Tokimune tidak berdiam diri. Sejak lawatan pertama lagi dia sudah memberi arahan kepada penguasa yang dilantik di Kyushu untuk membuat persediaan pertahanan seperti tembok dan kubu. Selain itu ramai samurai diarahkan untuk bersiap sedia di Kyushu, wilayah Jepun yang paling hampir dengan jajahan Mongol.
Pihak Mongol mungkin akan bertindak balas bila-bila masa sahaja dan dia berhasrat untuk memberi tentangan.
Respon Kublai Khan
Dengan bala tentera Goryeo yang dibekalkan oleh Raja Chungnyeol dan juga bala tentera dari China, Kublai Khan akhirnya mengambil keputusan untuk menyerang Jepun pada November 1274 setelah hampir setahun bersedia.
Bala tentera ini terdiri daripada 15000 orang tentera China dan Mongol, 8000 orang tentera Goryeo dan 900 buah kapal. Ada yang mengatakan sejumlah 40000 orang tentera yang turut serta dan ada juga yang mengatakan hanya 6000 orang yang terlibat. Walaubagaimanapun sukar untuk memastikan jumlah sebenar bala tentera kedua-dua pihak Mongo dan Jepun yang berper4ng dalam kedua-dua percubaan.
Apa pun armada ini berangkat pada 2 November 1274 dan menuju ke Jepun. Tetapi sebelum mereka boleh mendarat ke Kyushu, mereka perlu menundukkan dua pulau yang berada antara jajahan Mongul dan Jepun iaitu Tsushima dan Iki.
Dua hari kemudian, armada Mongol ini tiba di Tsushima.
So Sukekuni dan Dewa Hachiman
Menanti di pantai Komoda, tempat di mana bala tentera utama Mongol mendarat ialah So Sukikeni yang merupakan jitodai iaitu penolong gabernor tentera dari klan So.
Bersamanya pada ketika itu adalah 80 orang tentera berkuda.
Dikatakan bahawa So Sukekuni telah mendapat isyarat bahawa tentera Mongol akan menyerang apabila berlaku kebakaran di sebuah kuil di pulau itu. Kuil untuk Dewa Per4ng, Hachiman itu telah terbakar pada hari pagi itu dengan beberapa orang penduduk menyaksikan beberapa ekor merpati putih hinggap di bumbung kuil sebelum kebakaran berlaku.
Apabila So Sukekuni mendengar berita ini, dia memutuskan bahawa itu adalah petanda bahawa bahawa satu malapetaka besar sedang menghampiri pulau itu. Kebakaran itu mungkin petanda dari Dewa Hachiman memandangkan sejak dahulu lagi, burung merpati putih dikatakan adalah utusan dewa per4ng itu.
Menariknya di sini adalah satu cerita yang mengisahkan bagaimana Genghis Khan ketika mengepung sebuah kota telah menggunakan kucing dan burung yang diikat dengan bahan bakar untuk membakar kota itu.
Mungkinkah juga burung-burun merpati itu sebenarnya ser4ngan awal pihak Mongol ke atas Tsushima?
Apapun sangkaan So Sukekuni itu adalah tepat kerana seawal 2 pagi pada 4 November 1274, mereka sudah dapat menyaksikan armada Mongol mendarat di Tsushima.
Pertempuran di Pantai Komoda
Apabila So Sukekuni menghantar beberapa orangnya dengan sampan untuk menghampiri armada itu dan mengetahui lebih lanjut niat mereka, orang-orang Sukekuni terus disambut dengan ser4ngan anak panah dari tentera Mongol sehinggakan Sukekuni terpaksa mengarahkan anak-anak buahnya untuk kembali.
Sukekuni yang sudah jelas dengan niat pihak musuh pun mengarahkan anak buahnya untuk melancarkan satu anak panah ke udara untuk menandakan bahawa ser4ngan akan bermula.
Tetapi tentera Mongol hanya ketawa dan sekali lagi melancarkan ser4ngan anak panah mereka.
Inilah tanda-tanda pertama bahawa bala tentera Mongol ini bukanlah musuh yang biasa dihadapi oleh tentera Jepun. Ternyata mereka tidak kisah dengan tradisi dan adab dalam peper4ngan seperti masyarakat Jepun pada ketika itu.
Bala tentera Mongol pun mendarat dan melakukan ser4ngan. Ser4ngan ini disambut dengan ser4ngan anak panah dari bala tentera Jepun.
Walaupun ser4ngan awal ini berjaya menumbangkan ramai tentera Mongol tetapi kelebihan tentera Mongol dari segi taktikal dan kelengkapan segera menampakkan hasil.
Tentera Mongol berjaya mengatasi ser4ngan ini dengan bergerak dalam formasi yang dilindungi oleh perisai besi mereka. Selain itu pergerakan formasi ini dibantu oleh pemanah-pemanah yang melepaskan anak panah beracun.
Seperti kebiasaan tentera Mongol, formasi-formasi ini bertempur seperti satu unit dengan tidak memberi peluang kepada samurai-samurai yang lebih suka bertempur secara satu lawan satu. Mereka bergerak dengan berdisiplin dan dengan mudah formasi ini mengalahkan tentera Jepun yang cuba untuk berlawan secara dekat dan satu lawan satu.
Taktik formasi dan ser4ngan anak panah beracun ini adalah tindakan-tindakan yang tidak terfikir oleh samurai-samurai Jepun yang hampir 600 tahun hanya berlawan sesama mereka dengan taktik yang tidak jauh berbeza.
Selain itu tentera-tentera Mongol ini menggunakan teknologi baharu seperti katapel yang melancarkan bebola besi dan bahan letupan yang dapat membunvh ramai orang sekaligus. Jika pun tentera-tentera Mongol ini diatasi, jumlah mereka yang lebih ramai akan mengganti rakan-rakan mereka yang terkorban.
Walaupun samurai-samurai Tsushima mempunyai senjata pedang seperti Tachi yang lebih baik kualitinya berbanding pedang musuh, ini tidak memberi kelebihan apabila berhadapan dengan taktik Mongol.
Tentera Jepun hanya dapat memberi tentangan apabila pertempuran berterusan di kawasan pokok pine. Keadaan di situ membenarkan bala tentera Jepun melancarkan ser4ngan satu lawan satu.
Ketika inilah satu kisah yang menjelaskan perbezaan Mongol dan tentera Jepun adalah berkenaan Sukesada salah seorang panglima Tsushima yang berjaya mengalahkan seorang pemimpin tentera Mongol dalam perlawanan satu lawan satu. Setelah kemenangannya, dia melaungkan cabaran kepada bala tentera Mongol sambil menggelar mereka sebagai pengecut.
Cabarannya dibalas dengan ser4ngan puluhan anak panah, yang mana tiga daripadanya singgah di badan Sukesada dan menembusi zirah dan dadanya.
Dengan terkorbannya panglima terhandalnya, So Sukekuni dan baki bala tenteranya yang jumlahnya tinggal separuh dan dalam keadaan ceder4 pun melakukan ser4ngan terakhir. Ser4ngan itu menjadi penamat kepada pertahanan Tsushima dan juga So Sukekuni yang terkorban bersama-sama anak buahnya.
Seperti kebiasaan bala tentera Mongol selepas ser4ngan, mereka pun memulakan pembunvhan beramai-ramai. Ahli keluarga So trelebih telah membunvh diri sebelum pihak Mongol tiba di kediaman mereka. Orang awam dari kalangan lelaki pula dikumpul dan dibunvh. Warga wanita dinodai dan ditawan untuk dijadikan hamba.
Mengikut cerita, ada antara wanita-wanita ini diikat tangannya bersama-sama dan kemudian dipaku di dinding kapal seperti rantai. Semasa pihak Mongol ke pulau seterusnya iaitu Iki, yang bernasib baik sudah terkorban semasa atau sebelum pelayaran. Manakala yang malang masih hidup ketika armada Mongol sampai ke Ichi.
Fakta dan Fiksyen
Senjata utama seorang samurai pada era ini adalah Naginata dan lembing serta busur Jepun yang dipanggil Yumi. Pedang pula adalah senjata sampingan dan digunakan sebagai senjata saat akhir.
Walaupun watak utama dilihat menggunakan katana dalam permainan video ini, sebenarnya katana belum wujud pada ketika ini. Apa yang digunakan oleh samurai sebagai pedang adalah Tachi, prototaip katana yang lebih panjang dan lebih melengkung. Mungkin untuk digunakan lebih efektif ketika menunggang kuda.
Katana dan tachi mudah untuk dibezakan dengan melihat bagaimana satu-satu pedang di letakkan di pinggang ketika ia disarung. Jika mata pedang yang disarung diletakkan di atas, maka itu adalah katana dan sebaliknya adalah tachi.
Daripada apa yang dilihat melalui trailer dan bahan promosi, ternyata pembikin Sucker Punch akan cuba mengimbangkan antara elemen sejarah dan fiksyen samurai seperti apa yang dilihat dalam filem-filem samurai..
Selain senjata seperti katana, elemen fiksyen sejarah yang agak menarik dalam permainan video ini ialah hakikat bahawa pendudukan Mongol dalam Ghost akan berlangsung sehingga sembilan hari manakala dalam catatan sejarah perkara ini berlangsung tidaklah selama itu.
Selain itu, hakikat bahawa Jin Sakai adalah dari klan Sakai yang tidak wujud (Mungkin menggantikan klan So) dan watak antagonis Khoutun Khan yang tidak pernah tercatat dalam lipatan sejarah menunjukkan bahawa Sucker Punch tidak lari dari mencipta fiksyen yang sesuai untuk permainan video ini.
RUJUKAN:
Clements, J. (2010). A brief history of the samurai. Robinson.
Turnbull, S. (2013). The mongol inv4sions of Japan 1274 and 1281. Bloomsbury Publishing.
Turnbull, S. (2008). The samurai swordsman: Master of w4r. Frontline Books.
Yamada, N. (1916). Ghenkō: The mongol inv4sion of Japan. Smith, Elder.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih