Khamis, 15 Oktober 202615 Okt 2026
Asal Usul Sukan Marathon Dari Peperangan?
Kronikel Dunia

Asal Usul Sukan Marathon Dari Peperangan?

Secara umumnya, sukan marathon adalah sukan yang sangat
popular di dunia. Marathon boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja tanpa mengira
jantina, agama, bangsa dan usia. Ya, usia. Bermula daripada anak-anak kecil
sehingga warga emas aktif yang menyertainya.

Sukan ini mudah mendapat tempat di hati segenap
masyarakat kerana pelaksanaannya mudah. Tidak memerlukan kos tinggi, peralatan
diperlukan sedikit, tidak kompleks dan rendah risiko. Hanya tubuh badan sihat,
pakaian sukan bersesuaian dan serta latihan spesifik untuk menjaga dan
meningkatkan stamina.

Mengapa dinamakan marathon? Mengapa tidak sahaja
dinamakan ‘suatu larian panjang yang hanya dilakukan oleh individu luar biasa’?

Semuanya bermula di Greece sekitar tahun 490 SM iaitu hamper
2500 tahun lalu! Pelbagai versi yang ada tetapi ceritanya lebih kurang begini:

Sepasukan tentera Parsi menyeberangi Laut Aegean dan mendarat di Marathon, sebuah Bandar terletak di Greece yang jaraknya 25 batu dari Athens. Mereka mahu menakluk kawasan Marathon dan kemudian Athens. Parsi dengan kekuatan 50000 tentera terlatih manakala tentera Yunani di Marathon mempunyai kekuatan hanya seramai 9000 orang. Perbezaan hampir 5 kali ganda di sini.

Pada ketika itu, tiada kereta, kapal terbang apatah lagi
media sosial seperti Messenger dan WhatsApp. Bandar-bandar di sini berhubung
melalui perantaraan kuda atau pengutus berita yang terlatih.

Tentera Yunani perlukan bantuan segera. Berikutan keadaan muka bumi berbatu dan penuh bukit bukau yang menyukarkan khidmat kuda, seorang pelari bernama Phillippides digunakan bagi menggantikan tempat tugas kuda tersebut menyampaikan pesanan.

Phillippides berlari dari Marathon ke Sparta untuk meminta
bantuan. Malangnya, bantuan ketenteraan yang diharapkan pada waktu itu tidak
dapat ditunaikan. Ini kerana pihak Sparta mempunyai tradisi keagamaan tertentu
yang  hanya boleh memberikan bantuan
ketika bulan purnama mengambang. Phillippides berlari balik ke Marathon membawa
berita duka dan jarak yang dilalui adalah sejauh 150 batu!

Tentera Parsi menyedari jumlah mereka lebih ramai
daripada tentera Greek telah membuat perancangan untuk dibahagikan kepada dua
kelompok. Kelompok pertama menuju ke Athens dan kelompok kedua bertempur di
Marathon. Namun mereka silap, tentera Greek lebih pintar. Dipendekkan cerita,
tentera Parsi tewas di Marathon.

Phillippides yang berjuang di Marathon telah ditagih khidmatnya sekali lagi. Setelah menang pertempuran, beliau dipilih berlari sejauh 25 batu dari Marathon ke Athens menyampaikan berita kemenangan itu. Beliau berjaya melakukannya tetapi dalam keadaan diri yang sangat kepenatan.

Bayangkanlah berlari ulang alik ke Sparta, bertempur dengan tentera Parsi dan terus berlari lagi ke Athens. Phillippides jatuh pengsan usai dengan lantangnya melaungkan “Rejoice, we conquer!” Beliau kemudian mati sejurus selepas itu. Meskipun begitu, rohnya kekal hidup bersemadi dalam jiwa setiap pelari sebagai simbol komitmen, ketahanan dan keamanan.    

Sejarawan bidang ketenteraan, Edward S. Creasy menyebut.

“The
day of Marathon is the critical epoch in the history of the two nations. It
broke forever the spell of Persian invincibility, which had previously
paralyzed men’s minds… It secured for mankind the intellectual treasures of
Athens, the growth of free institutions, the liberal enlightenment of the
Western world, and the gradual ascendancy for many ages of the great principles
of European Civilization.”

Pendek kata, titik tolak permulaan
peristiwa besar ini telah membawa kepada perubahan sejarah manusia.

Jika jarak dari Marathon
ke Athens ialah 25 batu, mengapa marathon 26.2 batu?

Kembali semula kepada Sukan Olimpik 1908 di London,
England. Peristiwa ini mungkin agak sukar diterima akal.

Keluarga diraja pada ketika itu mahu garisan penamat bagi
marathon berada di hadapan ‘viewing box’ iaitu
tempat bagi kerabat diraja menyaksikan pertandingan. Kerana hal itu, jarak
larian dipanjangkan kepada 26.2 batu.

Setelah melalui siri perdebatan selama 16 tahun, jarak
26.2 batu tersebut telah ditetapkan sebagai jarak rasmi pada temasya Sukan
Olimpik 1924 di Paris, Perancis.

Dalam bahasa Greek, ‘marathon’
bererti ‘fennel’. Benih fennel digunakan sebagai rempahan
masakan. Bandar Marathon pula ialah bandar di mana fennel ditanam.

Evolusi sukan
marathon

Sukan marathon melalui evolusi yang tersendiri. Setiap
negara, negeri dan daerah mengadakan sukan ini dan tidak kurang tempat yang
menjadikan marathon sebagai acara tahunan. Seperti Boston Marathon yang
terkenal. Jika di Malaysia, nama larian biasanya diambil sempena nama tempat,
penaja, peristiwa dan lain-lain. Selain marathon, ‘half -marathon’ iaitu jarak 21km
turut diperkenalkan.

Kategori yang dipertandingkan semakin banyak dengan objektif
tersendiri, jarak larian berbeza, jantina serta had umur. Ini bagi menggalakkan
lebih ramai lagi peserta yang mengambil bahagian. Bagi pelari professional,
umumnya mereka berlari mengejar ganjaran dan catatan masa terbaik. Pelari
amatur pula lebih kepada hiburan dan kepuasan melakukan aktiviti berfaedah lagi
menyihatkan tubuh badan dan minda.

RUJUKAN:

The History of the Marathon. http://www.exercisetherighttoread.org/historyofmarathon.pdf

Perhatian sebentar.

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami. Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM5.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM5 / RM10 / RM50

Kongsi

No comments yet