Selasa, 13 Oktober 202613 Okt 2026
Kriminologi

Enam Wajah Yang Memaniskan M*T* Mandatori

Tiada apa boleh dikatakan bagi memelihara imej enam wajah
yang menyiksa Zulfarhan Osman sampai ajal. Pemergian (atau paling tepat sekali,
pemb*n*han) Zulfarhan telah mendukakan seluruh negara, sekaligus menunjukkan
sifat sebenar manusia apabila bertindak di luar batasan. Namun satu perkara
sahaja yang boleh dibuat demi Zulfarhan – keadilan. Enam wajah yang dibenci
Malaysia perlu membela diri. Jika gagal, mereka akan dibawa ke tali g*ntu*g
berdasarkan ketetapan hakim yang bertanggungjawab.

Sekarang cuba bayangkan jika hukuman bagi mereka ialah
penjara seumur hidup atau sampai m*t*. Benar, sakit mengharungi penjara
selamanya memang pedih. Namun setelah beberapa tahun, sudah tentunya banduan
sedemikian sudah boleh belajar senyum dan ketawa. Adakah adil bagi beliau jika pemb*n*h-pemb*n*hnya
mendapat peluang sedemikian pada ketika keluarga Zulfarhan akan bergelinangan
air mata dalam kerinduan pada setiap masa?

Namun berikutlah kesimpulan bagi usaha kerajaan semasa dalam perjuangan untuk menghapuskan hukuman m*t* mandatori. Pertama sekali, haruslah diterangkan terlebih dahulu apa itu m*t* mandatori – “12 daripada 32 seksyen dalam 8 undang-undang persekutuan yang memandatorikan hukuman m*t* bagi sesiapa yang disabitkan kesalahan, walaupun diperakui bermasalah mental.” (Liew Vui Keong, 2018).

Bermakna hakim yang bertanggungjawab jika mendapati bersalah perlu menjatuhkan hukuman m*t* mandatori, kecuali kepada perempuan mengandung dan kanak-kanak berusia 18 tahun.

Apabila kerajaan Harapan mengumumkan usaha pemansuhan
hukuman m*t*, jelas sekali berlaku polarisasi dari segi pendapat masyarakat.
Seramai 1,279 banduan (pada tahun 2018) mendapat sinaran baharu untuk bernafas
mungkin termasuk enam orang yang membunuh Zulfarhan Osman. Tentu sekali
keluarga mangsa menentang tetapi pertubuhan-pertubuhan hak asasi manusia
menyokongnya. Antara hujah mereka ialah kes pemb*n*han jatuh setelah Kemboja
dan Thailand memansuhkannya.

Berdasarkan kenyataan Jabatan Perdana Menteri, pemansuhan hukuman m*t* mandatori tidak bermakna tiada lagi hukuman m*t*. Sebaliknya hakim mempunyai kebebasan untuk berbudi bicara (Mohamed Hanipa Maidin, 2019). Hakikat bahawa pihak hakim mempunyai kebebasan untuk berbudi bicara kepada pemb*n*h sudahpun menimbulkan tanda tanya.

Tidak sama sekali bermakna integriti kehakiman perlu dipersoalkan. Tetapi hakim juga seorang manusia, dan keputusan mereka tidak pernah maksum. Disebabkan itulah berlakunya pengulangan dalam pelbagai jenis kes. Sudah jadi suatu kebiasaan bagi seorang banduan untuk kembali ke penjara.

Bayangkanlah jika pihak guaman enam pemb*n*h Zulfarhan
berjaya memenangkan hati hakim akan “d*r*h muda” mereka. Pada masa yang sama,
twit Muhammad Akmal Zuhairi Azmal pada 31 Mei 2017 iaitu “heal fast please”
juga boleh dijadikan sandaran tentang “ketidaksengajaannya”. Selain dari itu,
mungkin dalam kalangan mereka mempunyai rekod jenayah bersih sebelum kes.
Malahan mungkin di bangku sekolah lagi mereka tidak pernah mempunyai masalah
disiplin.

Itulah tugas seorang peguam bela apabila anak guamannya
dijamin salah. Jika tidak boleh didapati tidak bersalah, mereka akan pilih
jalan yang paling kurang mudaratnya. Dalam kes ini, apabila wujudnya lubang
untuk bersembunyi atau tingkap untuk meloloskan diri, pihak guaman mampu
meyakinkan hakim pun. Dan akhirnya? Hukuman m*t* berjaya dielakkan, lalu
digantikan pula dengan penjara pada tempoh tertentu (atau selamanya).

Suara hak asasi manusia juga relevan. Kebarangkalian untuk
suatu keputusan didapati ralat sudah pastinya boleh berlaku. Contoh yang paling
baik ialah Amerika Syarikat. Antara 1973-2003, sebanyak 8,466 tertuduh
dijatuhkan hukuman m*t*. Hanya 16% daripada mereka sahaja menjalaninya. Mereka
mempunyai peluang 3:1 untuk mendapatkan hukuman yang lebih ringan. (Baumgartner
& Dietrich, 2015).

Amerika Syarikat juga mempunyai Ricky Jackson, Ronnie
Bridgeman dan Wiley Bridgeman. Ketiga-tiga orang ini dijatuhkan hukuman m*t*
pada 1975 atas jenayah yang tidak dilakukan. Dua tahun kemudian mereka
dijatuhkan semula hukuman untuk dipenjara selamanya. Mereka dibebaskan pada
tahun 2014, selepas 39 tahun menjalani hukuman walaupun tidak bersalah. Dan
mereka memenangi saman berjuta-juta yang semestinya tidak boleh menggantikan
masa terbuang (Shaer, 2017).

Dari perspektif begini, kebebasan hakim sememangnya penting
supaya kejadian sedemikian boleh dielakkan. Namun apa lagi yang boleh disilap
hukum dalam kes Zulfarhan? Jika ingin menghapuskan hukuman m*t* mandatori demi
kebebasan hakim – sekurang-kurangnya biarlah jenayah membunuh dikekalkan
seperti biasa.

Zulfarhan Osman meninggal dunia kerana dib*n*h. Enam wajah
itu perlu membela diri. Jika gagal, mereka perlu dihukum m*t*. Sidang
seterusnya ialah 02 Oktober 2019. Rakyat Malaysia harus bersyukur hukuman m*t*
mandatori masih ada. Namun kesyukuran semata-mata tidak mencukupi. Sebarang
usaha untuk memansuhkan m*t* mandatori bagi jenayah membunuh harus dibanteras…
walaupun 100 tahun akan datang.

Kerana seorang lagi mangsa aniaya belum lagi diadili. Hanya
hukuman m*t* mandatori sahaja yang boleh mengadili jenayah tersebut. Beliau
merupakan seorang bomba yang kami tidak lupa.

RUJUKAN:

Baumgartner, F. and Dietrich, A. (2015). Most death penalty sentences are overturned. Here’s why that matters. [online]

Washington Post. Available at:
https://www.washingtonpost.com/news/monkey-cage/wp/2015/03/17/most-death-penalty-sentences-are-overturned-heres-why-that-matters/?utm_term=.54a212761898
[Accessed 17 Mar. 2015].

Bharian.com.my.
(2019). Hanya buang perkataan mandatori, bukan hapus
hukuman m*t* – Hanipa
. [online] Available
at:
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/07/582440/hanya-buang-perkataan-mandatori-bukan-hapus-hukuman-m*t*-hanipa
[Accessed 8 Jul. 2019].

Malaysiakini.
(2018). 6 perkara anda perlu tahu tentang hukuman
m*t*
. [online] Available
at: https://www.malaysiakini.com/news/451451 [Accessed 12 Nov. 2018].

Shaer, M. (2017). After 39 Years of Wrongful
Imprisonment, Ricky Jackson Is Finally Free
. [online] Smithsonian.
Available at: https://www.smithsonianmag.com/history/years-wrongful-imprisonment-ricky-jackson-finally-free-180961434/
[Accessed Jan. 2017].

Perhatian sebentar.

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami. Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM5.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM5 / RM10 / RM50

Kongsi

No comments yet