Orang-orang Lembah Klang mesti selalu dengar nama-nama tempat ni. Bila ditanya apa tu, terus jem kepala.
Hari ni kita dedahkan apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan nama-nama tempat ni.
Sebelum Petaling Jaya menjadi perbandarannya sendiri pada tahun 1977, PJ sebenarnya adalah sebahagian daripada Kuala Lumpur. Oleh kerana kesesakan lalu lintas, PJ kemudian ditubuhkan!
Walaupun anda mungkin berfikir bahawa PJS hanya merujuk kepada kawasan tertentu yang membawa singkatan PJS di selatan Petaling Jaya, PJS sebenarnya meliputi PJS 1-8, sebahagian daripada PJS 7, PJS 8 dan PJS10.
Di sinilah penempatan pertama Petaling Jaya terletak, maka namanya, PJ Old Town.
PJS ni sebenarnya merujuk kepada Petaling Jaya Selatan. Bahagian selatan daripada pusat bandar Petaling Jaya atau kita selalu sebut PJ State.
Menariknya PJS 7 dan PJS 9 kini berada di bawah bidang kuasa Subang Jaya.
Bagaimana dengan PJU?
PJU pula merujuk kepada Petaling Jaya Utara. Petaling Jaya terus berkembang, bahagian utara yang bersempadan dengan Lebuhraya Persekutuan juga mula dibangunkan untuk menampung penduduk yang semakin meningkat.
Ini membawa kepada pembangunan PJU, yang merangkumi sebahagian besar daerah Petaling Jaya.
Kita beralih ke SS. SS bukan bermaksud Seksyen atau Sub-Seksyen. Kalau itu yang korang fikirkan selama ni, tekaan korang salah.
SS sebenarnya merujuk kepada Sungei Way-Subang. Sejak Petaling Jaya terus berkembang dengan lebih ramai orang berpindah ke daerah dari kawasan pedalaman lain, ia berkembang dan mula membangun tanah di sepanjang Sungei Way ke Subang.
Pada tahun 1965, Kawasan Perindustrian Bebas Sungai Way di Petaling Jaya telah dibangunkan bagi kawasan perindustrian yang semakin diperlukan di Malaysia.
Disinilah terletaknya kilang-kilang yang biasanya menjadi tempat orang-orang PJS bekerja.
USJ pun sebenarnya bukan Utara Subang Jaya. USJ membawa maksud UEP Subang Jaya atau dalam Bahasa Melayunya, Projek United Estates Subang Jaya.
Setelah selesai Subang Jaya (SS 12-19), UEP (United Estates Projects Berhad) memulakan pembangunan tanah baru di kawasan Subang Jaya. Ini datang di bawah Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) yang baru.
UEP akhirnya dibeli oleh Sime Darby, sebab itulah Sime Darby sangat menonjol di kawasan Subang Jaya.
Malah dahulu, PJU tak berada dalam pentadbiran Petaling Jaya pun. PJU ditadbir Majlis Perbandaran Petaling (Utara). Majlis Perbandaran Petaling (Selatan) mentadbir kawasan Puchong dan sekitarnya.
Penjajaran semula sempadan dilakukan pada Januari 1997, sebahagian Petaling Jaya termasuk Subang Jaya, USJ, Putra Heights dan Bandar Sunway diserahkan kepada Majlis Perbandaran Subang Jaya atau MPSJ yang baru ditubuhkan pada masa itu.
MPPJ mentadbir pula kawasan Bandar Utama, Sungai Buloh, Bukit Lanjan dan Kota Damansara yang asalnya milik Majlis Daerah Petaling (MDP) yang dibubarkan setelah itu.
Oleh: Azizul Farhan
___
Menarik kan baca fakta ni? Korang boleh selam lagi info-info menarik bersama buku-buku keluaran The Patriots. Dapatkan segera!

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply