Setiap Jumaat, orang-orang lelaki yang ke masjid pasti mengaminkan doa buat sultannya. Apabila di Selangor, ia dikhususkan buat Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Tapi, korang betul-betul kenal baginda tak?
Hari ni kita kenal lagi baginda sempena Hari Keputeraan baginda.
Baginda ialah putera sulung DYMM Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj dan YMM Paduka Bonda Raja Selangor, Raja Saidatul Ihsan binti Tengku Badar Shah.
Baginda diputerakan di Istana Jemaah, Klang yang kini dikenali sebagai Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS), Klang pada 24 Disember 1945 dengan nama Tengku Idris Shah.
Untuk pengetahuan korang, hari keputeraan tak semestinya hari lahir tau. Benda ni dah diamalkan lama dalam sejarah.
Ia merupakan tarikh yang dipilih sendiri oleh sultan sebagai hari keputeraan baginda.
Baginda dapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Raja Muda, Kuala Lumpur dan St.John Institution, Kuala Lumpur dari tahun 1954 hingga 1959.
Pada September 1960 ketika Baginda berusia 15 tahun, Baginda diisytiharkan sebagai Raja Muda Selangor.
Pada tahun 1960, Baginda lanjutkan pelajaran ke Perth, Australia hingga tahun 1964 dan teruskan pelajaran Baginda di England hingga ke tahun 1968.
Baginda kembali ke tanah air dan berkhidmat di dalam Pentadbiran Kerajaan di mana perkhidmatan pertama Baginda di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.
Baginda pernah berkhidmat di Pejabat Daerah Kuala Lumpur dan Jabatan Polis Diraja, Kuala Lumpur.
Baginda dilantik buat pertama kali sebagai Pengerusi Jemaah Pemangku Raja pada 23 Februari hingga 20 September 1969 semasa Ayahanda Baginda berangkat ke England.
Istiadat Mengangkat Sumpah dan Menjunjung Duli sebagai Raja Muda ke 8 telah diadakan pada tahun 1970 di Istana Alam Shah.
Ada 1 adat yang menarik setelah selesai Istiadat Menjunjung Duli, penerima perlantikan dan gelar harus melakukan adat menyorok selama 7 hari selepas menjunjung duli.
Baginda wajib tinggalkan negeri dalam tempoh larangan.
Dalam tempoh larangan ni baginda dilarang lihat wajah ataupun gambar Sultan samada dalam bahan bercetak seperti surat khabar atau majalah, ataupun di media lain seperti tv atau internet.
Selepas bersembunyi dalam tempoh larangan selama tujuh hari, baginda kembali mengadap Sultan di istana dengan membawa persembahan.
Baginda beberapa kali dilantik sebagai Pemangku Raja Selangor dari masa ke semasa, dari tahun 1972 hingga tahun 1997.
Pada 24 April 1999, Baginda dilantik sebagai Pemangku Raja Selangor sekali lagi apabila Paduka Ayahanda Baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong yang ke-11.
Duli Yang Maha Mulia Paduka Sri Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salah’uddin Abdul Aziz Shah Al-Haj dimasyhurkan sebagai Sultan Selangor ke-9 pada 22 November 2001 bersamaan dengan 6 Ramadhan Tahun 1422 Hijrah.
Pemasyhuran Baginda berikutan kemangkatan Ayahanda Baginda Almarhum Paduka Sri Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Hisham’ uddin Alam Shah pada 21 November 2001.
Baginda kemudiannya ditabal dan dimahkotakan dengan penuh Adat Istiadat Diraja di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang dalam Istiadat Pertabalan dan Kemahkotaan pada 8 Mac 2003 bersamaan dengan 5 Muharram 1424 Hijrah.
Setelah menggantikan ayahandanya, baginda kemudian menggunakan nama Sharafuddin yang bermaksud ‘pencerahan agama’ dalam bahasa Arab.
Mesti ramai yang tak tahu Sultan Sharafuddin pernah masuk Malaysia Book of Records!
Sultan Sharafuddin minat aktiviti lasak terutama belayar.
Dalam ekspedisi pelayaran selama 22 bulan yang dilancarkan pada tahun 1995, Baginda kelilingi dunia dengan kapal layarnya, S.Y. Jugra.
Sejak itu, acara pelayaran utama Regatta Antarabangsa Raja Muda Selangor dinamakan bersempena dengan nama Baginda.
Pencapaian tertinggi di dalam kegiatan sukan lasak ialah apabila nama Baginda terukir di dalam “Malaysia Book of Records” sebagai “The First To Sail Around The World” dan “The First To Complete Peking-Paris Motor Challenge” pada tahun 1998.
Selain menakluki lautan, Baginda turut mendaki Gunung Kinabalu pada usia 30 tahun.
Baginda mendapat pengiktirafan sebagai Putera Inspirasi dan banyak lagi pengiktirafan yang dianugerahkan kepada Baginda berkaitan dengan “maritime”.
Baginda dilantik sebagai Penaung kepada Persatuan-Persatuan Sukan dan Seni.
Sultan Sharafuddin juga merupakan penggemar sukan pemotoran.
Pada tahun 1977, Sultan Sharafuddin ambil bahagian dalam cabaran motor Peking ke Paris dan menempuh jarak 16,000 km yang menakjubkan dalam 43 hari.
Baginda menempuh perjalanan panjang antara Beijing dan Paris dengan Ford Model B 1932, melalui kawasan yang berbahaya dan menyeberangi dua benua. Atas pencapaian ini, Baginda dianugerahkan pingat perak.
Sultan Sharafuddin pernah terperangkap dalam ribut pasir ketika lalu padang pasir Mongolia menyebabkan Baginda terpaksa berlindung di dalam keretanya.
Beberapa tahun sebelumnya, pada tahun 1986, Baginda menempuh perjalanan dari Kota Kinabalu hingga ke Kuching dengan Proton Saga dalam perjalanan lebih dari 1,000 km.
Macam mana? Menarik tak apabila kita kenal siapa sebenarnya Sultan kita?
Daulat Tuanku!
Oleh: Azizul Farhan
___
Macam mana politik Bugis di dalam Kesultanan Johor? Jawapannya ada di dalam KISAH KLASIK TAMADUN MELAYU. Boleh dapatkan di https://bit.ly/KKTMFB12

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply