Tamadun Mesir Purba menggapai tahap kemajuan kerana kekayaan dalam hal kebudayaan dan ekonomi. Dua perkara ini mengukuhkan pengaruh politiknya, sampai boleh mendominasi rantau.

Walau bagaimanapun faktor kebudayaan telah menjejaskan ramai dalam kalangan firaun dari segi genetik.

Kerana ramai rata-ratanya berkahwin dengan adik sendiri kerana terlalu menuruti tradisi. Persoalannya, tradisi apa sampai beralaf-alaf para raja wajib ikut.

Nampak agung tetapi sebenarnya ada rahsia sulit.

Dalam kehidupan Mesir Purba, agama adalah segalanya. Agama-agama moden meletakkan seorang figura yang mewakili Tuhan untuk manusia.

Judaisme meletakkan Musa (as) sebagai figura ini, bersama Daud dan Sulaiman (as) antaranya.

Kristian pula mengangkat Nabi Isa (as) sebagai Tuhan Anak. Islam mengiktiraf kewujudan empat figura ini sebagai rasul pra-Muhammad (SAW). Bermakna saban zaman, lima figura ini kekal sebagai wakil agama.

Mesir Purba juga iktiraf konsep ketuhanan melalui perwakilan. Cuma wakilnya bukan tetap seperti Islam, Kristian dan Judaisme.

Dalam kerohanian bangsa Mesir Purba, seorang firaun menguasai kerajaan dan angkatan ketenteraan kerana itulah amanahnya sebagai wakil Tuhan.

Bermakna zaman ini Akhenaten wakil Tuhan. Zaman kemudian Tutankhamun pula mewakili Tuhan.

Perwakilan ini adalah berpandukan hukum-hakam Maat yang menentu konsep kebenaran, imbangan, keharmonian, perundangan dan keadilan. Jika ingin berperang, justifikasi mesti berasaskan Maat.

Ukiran Osiris

Jika tidak, firaun sudah melakukan dosa kerana terputus hubungannya daripada Tuhan (Joshua, 2009).

Pengaruh Maat Pada Hubungan Perkahwinan

Walaupun wajib dipatuhi, Maat tidak mengikatkan seorang firaun pada satu landasan. Cuma apabila suatu perkara “dimaatkan”, mesti firaun perlu ikut untuk elak timbulkan prasangka bukan-bukan.

Sesungguhnya Tamadun Mesir Purba beriman pada mitologi purbakala yang dewa bumi Geb dan dewi langit Nut membiak dan melahirkan dewa-dewi agung seperti Osiris, Isis, Set, Nephthys dan Heru-ur.

Osiris berkahwin dengan Isis, yang melahirkan Horus dan Anubis. Tetapi ada pendapat berkata Anubis adalah anak Set bersama Nephthys. Tiba satu zaman, Set membunuh Osiris.

Dengan kuasa Nephthys, Isis berjaya mengembalikan Osiris daripada lembah maut.

Ikut hukum, Osiris bangkit daripada kematian dalam jasad seseorang. Dan orang itu katanya adalah firaun pertama.

Nama orang tersebut sudah lama ditelan zaman, tenggelam dalam timbunan masa dan mungkin takkan diketahui sampai bila-bila. Entahnya tidak betul pun, suatu rencah rasa ditokok tambah saban zaman.

Tetapi inilah tulang belakang, tulang belikat dan tulang sumsum yang menghidupkan budaya Tamadun Mesir Purba daripada urat otak sampai urat kentut.

Unsur-unsur ini menjadikan hukum-hakam bernama Maat yang mana firaun-firaun tidak kira agung, jagung (lemah) atau panggung (sembang lebat tetapi lembik) wajib ikut.

Masalah sekarang: dalam Maat, Osiris kahwin Isis dan Set kahwin Nephthys. Itu sudah jadi sebahagian daripada kebudayaan Mesir Purba.

Tidak pasti siapa cipta Maat pertama. Mungkin seorang celaka yang terliur tengok adik sendiri.

Tetapi kecelakaan ini diteruskan melalui hukum-hakam agama. Firaun wajib ikut acuan Osiris-Isis… kerana Firaun di bumi adalah imej dewa-dewi di langit (Awad, 2010).

Tempias Daripada Maat

Oleh kerana terlalu berpaut pada budaya, Tamadun Mesir Purba menanggung banyak masalah genetik dalam kerohanian rajanya.

Perlu terima hakikat zaman itu sumber saintifik memang sangat berkurangan. Siapa tahu pasal genetik bagai… jadi hasilnya, para firaun pun menuruti sahaja.

Tutankhamun dilahirkan dengan macam-macam bala penyakit kerana genetiknya hancur sampai sel sendiri tidak kenal baginda lelaki atau perempuan: celah kangkangnya ada zakar, yang sepasang buahnya pula halus bersperma tetapi menghasilkan estrogen.

Tutankhamun

Hormon wanita ini menyebabkan pinggulnya melebar dan dadanya melonjong macam payu dara. Dan perkara ini berlaku pada Akhenaten – mungkin tidak ekstrim macam Tutankhamun.

RUJUKAN:

Awad, M. (2010, Februari 18). Egypt’s King Tut born of incestuous marriage. Reuters.

Joshua, M. (2009, September 2). Pharaoh – World History Encyclopedia.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply