Ramai dalam kalangan Melayu takut terima kebenaran yang manusia prasejarah sudah hidup jutaan tahun.

Apabila takut, mulalah mereka tutup mata dan pekakkan telinga pada hakikat di sebalik kebenaran.

Diberitahu manusia prasejarah sudah ada di Bumi sekurang-kurangnya ratusan ribu. Mereka menggigil tutup mata kata 10,000 tahun sahaja.

Walhal garisan masa 10,000 tahun ini membantutkan pemikiran dalam kedangkalan kerana 1) kaum Jomon sudah wujud di Jepun sejak 35,000 tahun lalu dan 2) penemuan bukti masakan ratusan ribu tahun. Untuk senangkan naratif, mereka cakap “itu kaum jin”.

Dangkal, kerana kalau mereka jin, rakyat Jepun juga jin – kerana rakyat Jepun sekarang adalah keturunan kaum Jomon (Osada & Kawai, 2021).

Apabila dihimpit kebenaran ini, mereka tutup cerita “itu kerja saintis kafir. Saya faham admin bukan Islam”. Apa-apa saja untuk hidupkan naratif dangkal mereka. Punya takut terima kebenaran.

Pucuk Kebenaran Jutaan Tahun

Tempoh sebenar manusia prasejarah masih belum dikenal pasti secara mutlak. Setiap kali satu zaman disahkan, saintis akan jumpa penemuan yang membuktikan manusia daripada zaman lagi tua.

Asal yakin manusia prasejarah 100,000 tahun misalnya… timbul bukti 150,000 tahun… kemudian 300,000 tahun. Ada yang cakap 600,000 tahun. Tiba-tiba 800,000 tahun pula.

Mana satu betulnya? Sebenarnya, semua betul. Itu faktanya. Semua betul, kerana penemuan “paling tua” sentiasa dapat update. Tiada guna untuk pertikai pun, kerana itu hanyalah jendela untuk lari tajuk.

Perbezaan wajah antara manusia prasejarah.

Mungkin ada yang cakap manusia di kanan kelihatan macam beruk. Kalau ada yang rasa sedemikian, kalian rasis.

Semakin banyak dikaji, semakin banyak ditemui. Dan pada tahun 2009, saintis menemui sebilah kapak purba paling tua di dunia iaitu kira-kira 1.5 juta tahun yang lalu (Ferrarese, 2016). Ada kebarangkalian 1.83 juta tahun pun.

Kapak ini ditemui dalam di Bukit Bunuh, suatu alat kegunaan manusia prasejarah untuk mengapak, memotong dan memburu secara harian.

Penemuan ini menulis semula tentang kewujudan manusia prasejarah. Sebelum ini pakar arkeologi mengesahkan rangka manusia prasejarah 11,000 tahun di Gua Gunung Runtuh.

Naratif rangka ini pun sudah membunuh falasi 10,000 tahun diagung-agungkan penafi sains. Rangka tersebut adalah Perak Man, seorang lelaki yang menghidapi gangguan genetik.

Wajah digital Manusia Perak yang boleh lulus macam Melayu moden.

Gangguan ini walau bagaimanapun mengangkat lelaki tersebut ke darjat sangat tinggi, sampai dikebumikan dalam sebuah majlis sarat dengan kebudayaan prasejarah.

Terdapat kemungkinan kapak ini dibuat menggunakan bahan meteorite yang menghentam kawasan tersebut. Meteorite ini menjejaskan aliran sungai di situ, suatu kerosakan yang mengambil masa lama untuk pulih.

Perubahan ini berpihak kepada manusia prasejarah yang berkampung di sekitar kawasan sungai ini. Kapak genggam yang ditemui datang daripada kampung tersebut.

Inilah punca kenapa ilmu pengetahuan manusia prasejarah masih terbatas. Kerana saintis semakin mendapat penemuan baharu. Saintis Amerika bernama Hallam Movius berkata Asia tiada alat batu kerana teknologi mundur. Tetapi pendapat Movius adalah daripada zaman 1940-an.

Kapak Lenggong Jutaan Tahun Bukti Manusia Prasejarah Wujud

Fitrah sains pula sentiasa memperbaharui dapatan yang ralat. Dulu kala, saintis melihat manusia prasejarah macam beruk.

Sekarang bukti bertambah kukuh yang manusia prasejarah pintar dan tiada beza pun seperti manusia moden. Entah kenapa, masih ramai dalam penafian. Tidak mengapa – sains berpihak pada kebenaran yang tidak mempedulikan sentimen emosi.

RUJUKAN:

Ferrarese, M. (2016, Mei 26). Asia’s secret World Heritage site. BBC Travel.

Osada, N., & Kawai, Y. (2021). Exploring models of human migration to the Japanese archipelago using genome-wide genetic data. Anthropological Science. 129 (1): 45-58.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply