Kalau korang peminat alam cakerawala, mesti familiar dengan nama galaksi Andromeda, kan? Bagi yang tak pernah dengar dan ingin tahu apakah galaksi itu, trivia ini untu korang!

 

Galaksi Andromeda adalah galaksi yang paling dekat dengan Bima Sakti, iaitu galaksi tempat Bumi berada. Jaraknya hanya 2.5 juta tahun cahaya. Ya, kalua bagi kita nampak jauh jaraknya tapi bagi ahli astonomi, antara semua entiti cakerawala di sekeliling Bima Sakti, Andromeda satu-satunya entiti cakerawala yang paling dekat! Korang sendiri boleh nampak galaksi ni pada waktu malam, tak perlu pakai teleskop.

 

Nama sebenar galaksi Andromeda ialah Messier 31 atau singkatannya M31. Galaksi ini ditemui oleh ahli astronomi Perancis bernama Charles Messier pada abad ke-18 Masihi. Menurut beliau, Andromeda ialah entiti ke-31 dalam senarai objek samar-samar dan melabelnya sebagai ‘objek yang perlu dielak’ ketika melakukan pencarian komet.

 

 

Selepas Messier, para ahli astronomi seterusnya menggelarkan Andromeda dengan nama ‘Great Andromeda Nebula’. Pada masa itu Andromeda begitu terang dan mereka menyangka bahawa ia terdiri dari gas-gas yang membentuk sistem suria baru. Pada tahun 1920-an, barulah mereka dapat jawapan sebenar di mana Andromeda benar-benar sebuah jiran galaksi selepas dibuktikan oleh ahli asstronomi Amerika yang terkenal, iaitu Edwin Hubble.

 

Andromeda dan Bima Sakti kemudian dimasukkan dalam kumpulan galaksi bernama ‘Local Group’, bersama dengan jiran galaksi ketiga iaitu Galaksi Triangulum dan 30 buah galaksi kerdil, untuk memudahkan ahli astronomi memetakan alam semesta.

 

Walaupun kita dah ada jiran galaksi, tapi para saintis ni risau akan satu perkara yang bakal merubah Bima Sakti selama-lamanya, iaitu perlanggaran galaksi Andromeda ke atas Bima Sakti.

 

Saintis telah membuat pengiraan tentang kelajuan Andromeda dan didapati jiran galaksi itu semakin menghampiri Bima Sakti. Mereka juga menganggarkan bahawa Andromeda akan melanggar Bima Sakti pada 2.5 atau 4 juta tahun akan datang. Apabila kedua-dua galaksi berlanggar, ia akan bercantum dan melahirkan galaksi baru.

 

Adakah pertembungan kedua-dua galaksi ini akan mencetuskan Hari Kiamat? Mereka tidak dapat memberi jawapannya lagi. Yang saintis boleh katakan bahawa sebelum perlanggaran terdapat peratusan rendah di mana Sistem Suria akan ‘terkeluar’ dari Bima Sakti dan memasuki Galaksi Andromeda.

……

Banyak lagi sejarah dan sains yang menarik tentang angkasa lepas dan seluruh universe! Korang kena dapatkan GENESIS I untuk menjadi celik ilmu angkasa! Buku ni dah kembali dengan cover baru. Jadi, sempena jualan PASCA PBAKL ini, jom beli di: https://bit.ly/GenesisIShopee


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Leave A Reply