Melihat imej Andrewsarchus, sekali pandang ia kelihatan seperti badak. Tetapi melihat bentuk kepalanya seakan serigala, ia merupakan haiwan pemangsa mamalia yang wujud semasa era Eocene (45 hingga 35 juta tahun lalu). Tetapi kerana satu-satunya tengkorak Andrewsarchus sebagai bukti kewujudan haiwan ini, ia mencetuskan perdebatan dalam kalangan saintis lebih seabad lamanya.

Contoh tengkorak Andrewsarchus

Tengkorak yang dimaksudkan ditemui di Mongolia pada 1923. Ia ditemui oleh sepasukan pengkaji paleontologi diketuai Roy Chapman Andrews di mana tengkorak haiwan ini diberi nama Andrewsarchus atau pembaris Andrew (Andrew’s ruler). Tidak diketahui sama ada beliau yang menamakannya atau keputusan itu dibuat oleh anak-anak buah Andrews.

Yang pasti, analisis menunjukkan Andrewsarchus hidup sekitar era Eocene (45 hingga 35 juta tahun lalu). Saiz haiwan pemangsa ini menunjukkan haiwan mamalia mempunyai saiz badan yang besar dan membesar pada kadar yang pantas. Sekiranya benar haiwan ini mengamalkan diet karnivor, ini bermakna kawasan sekitar Asia Tengah termasuk Mongolia pada ketika dipenuhi haiwan besar herbivor.

Pengkaji bersama dengan tengkoraknya.

Jika melihat dari saiz tengkorak Andrewsarchus yang berukuran tiga kaki panjang, pasti ada menyangka ia haiwan pemangsa mamalia terbesar di daratan. Tetapi bagi haiwan mamalia terbesar pada ketika itu, gelaran itu dipegang oleh ikan paus prasejarah Livyatan. Pada masa sama, gelaran haiwan pemangsa terbesar daratan yang dipegang Andrewsarchus boleh saja berubah sekiranya ia tidak mempunyai badan yang besar.

Ini kerana Andrewsarchus walaupun mempunyai tengkorak yang besar, ia tidak semestinya mempunyai badan yang besar seperti babi hutan. Justeru, tidak mustahil Andrewsarchus mempunyai badan yang kurus sekaligus meletakkannya di kedudukan pertengahan saiz haiwan zaman Eocene.

Jadi, mengapa Andrewsarchus didakwa sebagai haiwan mamalia pemangsa terbesar? Ia berkemungkinan berlaku akibat pengelasannya sebagai creodont – sejenis haiwan karnivor yang diletakkan di bawah keluarga Mesonyx. Itu yang membawa kepada anggaran saiz Andrewsarchus mencecah sehingga enam meter.

Tetapi analisis terbaru saintis terhadap tengkorak Andrewsarchus mendapati ia bukan creodont. Sebaliknya, ia merupakan Artiodactyl atau haiwan mamalia kuku berbelah. Lantas, ini meletakkan Andrewsarchus dalam keluarga sama dengan babi gergasi pra-sejarah seperti Enteledon.

Perbandingan saiz antara kedua-dua haiwan.

Perdebatan ini semakin hangat dengan ada yang mengelaskan Andrewsarchus sebagai Whippomorph. Whippomorph merujuk kepada sekumpulan haiwan yang mengandungi Setasea (contohnya ikan paus dan ikan lumba-lumba) dan badak air.

Disebabkan tengkorak ini juga, agak sukar bagi saintis mengetahui kekuatan sebenar gigitan Andrewsarchus. Dengan saiz tengkorak (lebih tepat bahagian atas tengkorak) yang panjang, cukup untuk orang mengandaikan haiwan itu mempunyai gigitan yang kuat. Tetapi kekurangan bukti fosil menyukarkan saintis mengukur kekuatan sebenar gigitan Andrewsarchus.

Perkara sama turut memeningkan saintis tentang diet Andrewsarchus. Melihat kepada bahagian gigi tengkorak yang ditemui pada 1923, saintis berpandangan makanan utama haiwan itu ialah moluska berkulit keras dan penyu. Namun begitu, saintis juga tidak menolak Andrewsarchus ialah haiwan omnivor dengan memakan rumpai laut atau ikan paus yang terdampar di pantai.


Kalau anda berminat dengan haiwan-haiwan spesis pra-sejarah seperti ini, kami nak cadangkan buku terbaru kami, TERHEMPASNYA PESAWAT MH747, mengisahkan survivor para penumpang pesawat yang terpaksa berhadapan dengan haiwan pra-sejarah seperti Andrewsarchus untuk kekal hidup. Beli di: http://bit.ly/TerhempasnyaShopee

RUJUKAN

Strauss, B. (2019, 15 Ogos). Andrewsarchus—the World’s Largest Predatory Mammal. ThoughtCo.

Sumber gambar: DEA PICTURE LIBRARY / Getty Images


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Leave A Reply