Tadi dah cerita pasal Jugra, kita lajak jauh sikit ke Kanchong Darat, Banting. Dimana lahirnya 5 bersaudara lagenda negara. Anak-anak Sidek.
Siapa tak kenal Bun, Ajib, Alan, Aman dan Adul? Mungkin diorang membesar tengok Boboiboy dan Upin Ipin.
Anak-anak Sidek mengisahkan kehidupan Sidek bersaudara yang menghabiskan zaman kanak-kanak mereka di sebuah kampung yang bernama Kanchong Darat di Banting, Selangor pada 1960-an dan awal 1970-an.
Kisah keluarga Haji Sidek ini sangat dekat hati rakyat Malaysia yang mempamerkan sifat kekeluargaan yang tinggi dengan didikan penuh berdisiplin.
Siapa anak-anak Haji Sidek ni?
Datuk (Dr.) Mohmed Misbun, Dato’ Mohamed Razif, Dato’ Sri Mohamed Jalani, Haji Abdul Rahman dan Datuk Abdul Rashid. Semuanya pernah membanggakan negara satu ketika dahulu.
Haji Sidek ni siap bina beberapa buah gelanggang badminton di halaman rumah diorang dan meminta anak-anaknya sentiasa turun ke gelanggang untuk berlatih.
Siapa sangka, usaha bapanya membuahkan hasil yang sangat berbaloi.
Pada usia muda, kesemua anak-anak lelaki Sidek mula mencuri tumpuan ramai terutamanya Misbun.
Hal ini bermula apabila beliau jadi juara bawah 18 tahun pada kejohanan anjuran Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM).
Razif bergandingan dengan Jalani juga meraih gelaran juara bagi kategori regu bawah 15 tahun.
Begitu juga Abdul Rahman yang mewakili negeri Selangor pada usia kanak-kanak iaitu 11 tahun dan menjadi juara MSSM kategori bawah 12 tahun dan bawah 18 tahun.
Tidak ketinggalan anak lelaki terakhir Sidek iaitu Abdul Rashid yang turut mengikut jejak langkah abang-abangnya apabila pernah ditabal juara bawah 18 tahun MSSM dan kini beliau menjadi seorang jurulatih kebangsaan.
Sewaktu Misbun mewakili Malaysia di pentas antarabangsa, beliau jadi juara sebanyak 7 kali dalam acara perseorangan sejak berusia 18 tahun.
Malah hasil didikan beliau turut melahirkan juara dunia yang sangat kita kagumi, Datuk Lee Chong Wei dan juara All-England 2021, Lee Zii Jia.
Misbun pernah cipta satu teknik servis yang agak unik dan luar biasa, dikenali sebagai “Servis Sidek” atau S-serve.
Teknik ni berjaya mengelirukan ramai pemain lawan sehingga teknik ini menjadi daya muslihat untuk memperdayakan lawan menerima hantaran pertama setiap servis dengan keadaan bulu tangkis yang melayang dan berputar-putar.
Walau bagaimanapun, teknik ni diharamkan oleh International Badminton Federation (IBF) pada 1 Julai 1982 disebabkan protes dari negara-negara lain.
Misbun pernah jadi Olahragawan Kebangsaan sebanyak 2 kali, naib juara Piala Dunia (1982) dan kejohanan All England (1986).
Razif dan Jalani pula muncul juara bagi acara regu pada pentas antarabangsa sebanyak 29 kali.
Tak dilupakan juga diorang pernah bawa balik pingat Olimpik pertama negara iaitu gangsa pada Barcelona 1992.
Adik bongsu mereka iaitu Rashid juga tidak kurang hebatnya kerana pernah memenangi beberapa anugerah berprestij seperti juara Piala Thomas (1992) dan pernah menjadi Olahragawan Kebangsaan sebanyak 4 kali.
Rahman juga mewakili skuad kebangsaan pada kejohanan Piala Thomas (1992).
Itulah kali terakhir Malaysia menjulang Piala Thomas yang dah ditunggu-tunggu sejak sekian lama oleh peminat-peminat Badminton seluruh negara.
Sekarang ni di Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam diadakan Pameran Anak-Anak Sidek sehingga 30 April 2024. Elok la selepas berkunjung ke Pesta Buku Antarabangsa Selangor singgah sebentar di sana.
Oleh: Azizul Farhan
___
Korang minat sukan? Korang penyokong tegar Liverpool? Mari sini ada barang baik punya. Dapatkan segera LIVERPOOL MAHKOTA EROPAH: https://bit.ly/LiverpoolTP
Nak ingatkan juga pada korang, sekarang ni ada Pesta Buku Antarabangsa Selangor di Pusat Konvensyen MBSA, Shah Alam!
Anda turut berpeluang untuk beramah-mesra bersama penulis-penulis kegemaran anda. Jumpa anda di sana!

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply