Korang semua mesti dah terbiasa dengan cerita Aladdin dan Alibaba kan? Bila tengok cerita tu memang penuh dengan unsur-unsur Arab. Ye lah Aladdin dan Alibaba diambil daripada Hikayat 1001 Malam.
Tapi sebenarnya kisah Aladdin dan Alibaba tak pernah wujud pun dalam versi asal Hikayat 1001 Malam. Katanya, kisah Aladdin dan Alibaba muncul setelah Antoine Galland menterjemah Hikayat 1001 Malam ke dalam versi bahasa Perancis.
Jadi macam mana Antoine Galland ni boleh terfikir nak letak kisah Aladdin dan Alibaba dalam Hikayat 1001 Malam?
Kisahnya begini, ada satu hari tu Antoine Galland terjumpa dengan seorang Kristian di Syria. Orang tu pun ceritalah tentang mitos dan cerita rakyat orang Arab dekat Syria. Dalam banyak-banyak cerita tu, kisah Aladdin dan Alibaba menarik perhatian Antoine Galland.
Dia pun terus masukkan dua kisah tersebut ke dalam Hikayat 1001 Malam. Bermula dari situlah Aladdin dan Alibaba terus popular sehingga diremake banyak kali. Kita pun tak terkecuali, buat juga Alibaba versi kita sendiri.

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang marhaen dari UITM Puncak Perdana yang meminati sejarah, sastera, falsafah, sukan, muzik dan ekonomi. Mata pena lebih tajam daripada mata keris dan menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa sahaja.

Leave A Reply