Dalam dunia hari ini, tak kira kita pelajar sekolah, jurutera atau peniaga, semuanya guna nombor dan formula. Tapi tahu tak, ramai tak sedar bahawa asas kepada sistem algebra moden sebenarnya berasal dari seorang ilmuwan Muslim yang hidup pada abad ke-9.
Namanya ialah Al-Khwarizmi. Beliau adalah tokoh hebat dari zaman keemasan Tamadun Islam yang meninggalkan warisan tak ternilai dalam bidang matematik.
Al-Khwarizmi lahir di Khwarizm (Uzbekistan) dan bekerja di Bayt al-Hikmah, pusat ilmu agung di Baghdad yang diasaskan oleh Khalifah Harun al-Rashid dan dikembangkan oleh al-Ma’mun. Di sinilah bermulanya revolusi ilmu yang menjadikan dunia Islam sebagai pusat penyelidikan sains dan matematik paling maju pada zamannya.
Apa yang jadikan Al-Khwarizmi istimewa?
Karya agungnya Al-Kitab al-Mukhtasar fi Hisab al-Jabr wal-Muqabalah bukan sekadar buku teks. Kitab ini adalah batu asas kepada algebra moden. Dalam buku ini, Al-Khwarizmi memperkenalkan kaedah menyelesaikan persamaan kuadratik, serta menggunakan logik dan sistematik untuk selesaikan masalah kehidupan seharian, seperti pembahagian harta pusaka, pengiraan zakat dan perdagangan.
Perkataan al-jabr dalam tajuk bukunya inilah yang akhirnya melahirkan perkataan “algebra” dalam bahasa Inggeris.
Lebih menarik, beliau juga berperanan menyebarkan angka Hindu-Arab; sistem nombor 0 hingga 9 yang kita gunakan hari ini. Sebelum itu, Eropah masih bergantung kepada angka Romawi yang sukar digunakan untuk pengiraan kompleks.
Hasil kerja Al-Khwarizmi diterjemahkan ke dalam bahasa Latin pada abad ke-12 dan menjadi rujukan utama universiti-universiti Eropah selama beratus tahun.
Antara sumbangan penting lain Al-Khwarizmi termasuk:
Menulis risalah tentang geografi, lengkap dengan koordinat dan peta dunia berdasarkan kajian Ptolemy dan pembetulan beliau sendiri;
Menghasilkan jadual astronomi (zij) yang digunakan untuk menentukan waktu solat dan arah kiblat;
Memperkenalkan konsep algoritma, yang kini menjadi asas kepada pengaturcaraan komputer moden (perkataan “algorithm” sebenarnya diambil dari nama beliau sendiri).
Al-Khwarizmi membuktikan bahawa tamadun Islam bukan sekadar tamadun spiritual, ia juga tamadun ilmu dan logik yang mampu mencorak dunia selama berabad-abad.

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Historofil yang punyai minat untuk berkongsi hasil dapatannya melalui wadah penulisan. Harapannya cuma satu, menjadi sebahagian daripada penyumbang kepada pembangunan tamadun anak bangsa menuju sebuah keagungan.

Comments are closed.