Kalau korang melancong di Jepun, Akihabara adalah salah satu kota yang mesti korang lawat punya! Di sinilah wujud syurga anime bagi peminat tegar anime dan syurga permainan video!

 

Mari kita kenal serba sedikit tentang syurga anime ini. Dulu, Akihabara ini ialah kota gerbang di mana laluannya menuju kota Edo (Tokyo sekarang). Kota ini dipenuhi oleh para pedagang untuk meniaga dan tempat tinggal para samurai kelas rendah.

 

Pada tahun 1869, kota gerbang ini dibakar teruk akibat kecuaian. Penduduk sana kemudian membina sebuah tokong Akiba, tokong sembahan dewa Akiba iaitu dewa pemadam api, agar tempat tersebut tidak lagi terbakar kali kedua.

 

Lama-kelamaan, kota gerbang itu dipanggil dengan Akibagahara. Kemudian nama tersebut berubah kepada nama ‘Akihabara’ akibat sebutan pelat orang Jepun. Masuk tahun 1890, stesen keretapi Akibahara dibina. Kerana adanya stesen keretapi ini, kota tersebut menjadi pasar buah dan sayuran.

 

Selepas Perang Dunia Kedua, Akihabara menjadi sebuah pasar gelap untuk menjual barang-barang terlarang. Pada era 1930-an, Akihabara menjadi ‘kota elektrik’ yang banyak menjual barangan elektrik seperti radio, peti sejuk, dan televisyen demi menarik warga Jepun yang nak mencari barang elektrik murah.

 

 

Kepopulariti Akihabara sebagai kota elektrik semakin pudar pada era 1980-an. Masa tu gelombang budaya ‘otaku’ semakin merebak dengan wujudnya komuniti peminat anime dan permainan video. Jadi, Akibahara sekali lagi bertukar rupa menjadi syurga anime dan permainan video, dengan menjual manga, video anime, dan alat permainan video!

 

Sekarang, Akihabara masih hidup dengan lambakan para otaku membeli-belah. Kedai ‘maid cafe’ yang semakin banyak dan penjualan buku doujinshi (manga rekaan pelukis secara DIY) yang semakin laku menjadi penyumbang Akihabara sebagai kota tumpuan ramai!

 

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Leave A Reply