Rasanya korang biasa dengan nama Kuchisake-Onna ni, kalau korang minat layan wayang seram Jepun. Hantu ini begitu terkenal dalam kalangan warga Jepun sampai menjadi sebuah lagenda urban untuk takutkan kanak-kanak!

 

Kuchisake-Onna atau ‘Wanita Mulut Terbelah’ ialah sejenis hantu Jepun atau ‘yokai’ terdiri dari roh wanita yang tutup mulutnya dengan penutup. Rambutnya hitam dan panjang, rupanya yang cantik (kecuali mulutnya), dan memegang gunting, pisau, atau peralatan yang tajam.

 

Cara yokai ini mencari mangsanya ialah memilih sesiapa yang bertembung dengannya. Kemudian bertanya adakah dirinya cantik. Jika jawapan mangsa itu ‘tidak’, yokai ini terus bunuh guna guntingnya atau tunggu si mangsa tidur, lepas tu bunuh di dalam bilik mangsa.

 

 

Kalau mangsa jawab ‘ya’, Kuchisake-Onna membuka penutup untuk tunjukkan mulutnya yang terbelah dari hujung telinga kanan ke telinga kiri. Yokai itu tanya soalan yang sama lagi. Kalau mangsa jawab ‘tidak’, Kuchisake-Onna terus membunuh tanpa teragak-agak! Kalau jawab ‘ya’, yokai ini akan membelah mulut si mangsa, supaya mulutnya sama dengan mulut Kuchisake-Onna.

 

Sebenarnya, sejarah yokai Kuchisake-Onna ini wujud sekitar abad ke-17 Masihi. Masa tu Jepun berada fasa Edo. Tapi menurut rekod dari Surat khabar, kisah Kuchisake-Onna wujud pada tahun 1979.

 

Menurut kisah lagenda, Kuchisake-Onna adalah seorang isteri kepada samurai, tapi dia kesunyian kerana suaminya asyik keluar. Jadi, isteri samurai ini melakukan hubungan intim dengan lelaki lain. Apabila samurai ketahui isterinya yang curang, dia marah dan bertindak membelah mulut isteri sebagai hukuman.

 

Terdapat dua versi lain iaitu pertama, seorang wanita telah meninggal dunia apabila setelah mulutnya dicatatkan secara tak sengaja oleh doktor gigi. Versi kedua pula seorang wanita yelah meninggal dunia akibat mulutnya dibelah oleh wanita lain yang cemburu dengan kecantikannya.

 

Dari kisah tragis inilah, roh wanita yang dibelah mulutnya bangkit untuk membalas dendam. Kemudian lahirlah yokai bernama Kuchisake-Onna. Sejak tahun 1979, kisah Kuchisake-Onna tersebar begitu luas di seluruh Jepun, sehingga kanak-kanak harus balik dari sekolah dengan berkumpulan atau ditemani oleh ibubapa.

 

Sekarang, Kuchisake-Onna dijadikan sebagai watak yokai dalam anime, wayang, dan permainan video. Ada caranya kalau korang nak elak bertemu dengan Kuchisake-Onna ni. Korang sediakan duit atau gula-gula, pastu lempar ke arah yokai tu. Kalau roh wanita tu tertarik, boleh la lari selaju mungkin!

 

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Leave A Reply