Setelah kematian suami keduanya, seorang perempuan dituduh mengamalkan sihir! Ini bukan cerita Cik Siti Jalang di Kota Tinggi, tetapi tentang seorang perempuan bernama Bridget Bishop di Salem, Massachusetts, Amerika.
Sihir merupakan ketakutan orang barat terutamanya Sepanyol dan Perancis. Apabila imigran dari Eropah berhijrah ke benua Amerika, mereka membawa bersama kepercayaan lama dari gereja Katolik. Kitab Malleus Maleficarum yang ditulis pada 1486 dijadikan rujukan untuk mengenal pasti ahli sihir yang berdosa.
Apa yang buatkan orang takut dengan Bridget Bishop?
Kononnya, dua suami sebelumnya iaitu Samuel Wasselbe dan Thomas Oliver mati kerana disihir. Bahasa mudah, kena santau. Kalau dapat kat orang melayu, mungkin siap tuduh buat nasi kangkang.
Sebelum tu lagi, pada 1680 dia dah kena tuduh. Ada orang kata jembalang Bridget Bishop buat kacau. Jembalang tu curi telur dan takutkan kuda. Dah macam hantu raya kan. Sampai 10 orang berjiran mengadu kata Bridget Bishop ini penyihir.
Lelaki yang pernah bekerja di rumahnya pada 1685 pun tambah perisa, kononnya jumpa patung yang dicucuk jarum kat rumah perempuan itu. Ada juga pasangan suami isteri yang menyalahkan Bridget Bishop menjadi penyebab kepada kematian anak mereka. John Louder yang pernah mengintip ke ladangnya mengaku nampak babi hitam dan jembalang hitam kat situ.
Bridget Bishop dihukum bersalah dan mati digantung pada 1692. Meskipun nyawanya sudah terpisah daripada jadad, ketakutan orang barat kepada ahli sihir masih tak berakhir. Tak lama kemudian, 18 orang perempuan lagi turut diheret ke tali gantung atas dakwaan yang sama.
Oleh: Zaki Sapuan al-Hafiz
…
Ramai perempuan yang mati digantung semasa Salem Witch Trial! Korang akan faham ketakutan orang barat dengan sihir ini bila baca sejarah dan budaya Eropah. Bersempena #TPSEBELAS dapatkan buku-buku kami seperti KITAB TAMADUN EROPAH dan banyak lagi dengan DISKAUN RM 10 sampai 8 OKTOBER ni. Klik https://bit.ly/kitabtamaduneropah atau https://thepatriots.store/kte/
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih