Bukan manusia je yang tau berdendam. Binatang pun pandai simpan dendam dengan manusia! Korang pernah dengar cerita tentang ikan dolfin Pelorus Jack?

Dolfin yang sering dikesan berenang di perairan New Zealand ini banyak berjasa kepada kapten dan kelasi kapal. Ikan dolfin jenis Risso (Grampus griseus) ini digelar Pelorus Jack. Selama 24 tahun, ia setia membantu kapal-kapal untuk melintasi Cook Strait. Selat yang memisahkan utara dan selatan kepulauan New Zealand itu memang digeruni dengan gelombang pasang surut (tidal wave) yang ganas.

Pelorus Jack akan timbul di permukaan air bila nampak ada kapal yang nak masuk Cook Strait. Seperti pemandu jalan, ia akan membantu kapal itu untuk melalui kawasan perairan yang selamat. Kapal yang mengikuti petunjuk Pelorus Jack semuanya selamat keluar dari Cook Strait yang berbahaya.

Namun, satu peristiwa pada 1904 tidak akan dilupakan oleh dolfin ini buat selama-lamanya. Sudah 14 tahun dia setia membantu kapal-kapal, tak pernah sebarang perkara buruk berlaku. Pada hari itu, sebuah kapal bernama SS Penguin masuk ke perairan Cook Strait. Seperti biasa, Pelorus Jack menunjukkan diri untuk membantu kapal ini.

Malangnya, ada seorang kelasi yang masih hingusan, ternampak dolfin ini buat pertama kali. Tak semena-mena, dia mengeluarkan senapang dan menembak ke Pelorus Jack. Mujur, peluru itu tak mengenainya, namun hati dolfin ini sudah retak beribu. “Tak kenang budi punya manusia!!”

Budak kelasi ini kena maki dengan kelasi lama yang dah kenal Pelorus Jack. Dia kena marah teruk dan kena kunci kat deck bawah kapal. Menyusahkan orang je!

Bagaimanapun, Pelorus Jack tak mempunyai hati sebusuk manusia. Walaupun hatinya sakit, dia masih sudi membantu kapal-kapal lain yang melayari Cook Strait. Selama 24 tahun, semua kapal yang melalui perairan itu selamat, kecuali sebuah kapal sahaja. Cuba teka?

Ya. Kapal SS Penguin karam di Cook Strait pada 1909. Selepas 5 tahun kena tembak, dolfin ini masih ingat dengan tembakan dari kapal itu dan taknak tolong kapal yang sama. Itulah cara Pelorus Jack membalas dendam. “Kau tembak aku kan? pandai-pandai la kau lintas laluan maut ni!”

Oleh: Zaki Sapuan al-Hafiz

Apa jadi kalau bumi mengalami bencana besar dan ketamadunan manusia runtuh? Adakah binatang-binatang akan membalas dendam kepada kita. Korang boleh bayangkannya dalam fiksyen 2099: ILUSI UTOPIA. Bersempena #TPSEBELAS dapatkan buku-buku dan banyak lagi dengan DISKAUN RM 10 sampai 8 OKTOBER ni. Klik https://bit.ly/bukuthepatriots


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Penceramah Bebas dan Guru Al-Quran Tauliah Khas. Aktif memenuhi jemputan kuliah agama di 10 buah masjid dan surau dalam sebulan. Bertugas mengajar kelas tahfiz di Pondok At-Tanzil serta mengajarkan al-Quran kepada orang ramai dalam Kelas Al-Quran Dewasa Kg Kelantan dan Kelas Al-Quran Dewasa TIC Kota Tinggi. Diijazahkan sanad 10 Qiraat Al-Quran termasuklah Riwayat Hafs an Asim dari Mesir. Graduan Diploma Qiraat & Tahfiz Al-Quran, Darul Quran JAKIM. Mahasiswa Sarjana Muda Usuluddin & Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Leave A Reply