Pernahkah tak korang tengok Gwiyomi yang pernah tular satu masa dulu atau K-Drama yang ada wanita Korea dewasa macam budak manja apabila bercakap dengan lelaki?

 

“Perbuatan” ini dipanggil Aegyo di Korea, Kawaii (Jepun), dan Sajiao (China).

 

Tujuan Aegyo ni sebenarnya sebab nak nampak comel kononnya untuk yakinkan orang lain untuk buat apa yang diorang nak.

 

Biasanya, Aegyo ni dikaitkan dengan wanita yang membuat gerak isyarat yang comel, bercakap dengan nada tinggi dan membahasakan diri sebagai orang ketiga macam “kita”.

 

Aegyo ni jadi popular bila ramai selebriti mempamerkan aegyo mereka dalam rancangan tv, tanpa mengira jantina atau umur mereka.

 

Asal usul Aegyo dalam budaya Korea datang ketika era Joseon apabila wanita istana buat Aegyo ni sambil menjamah raja atau bangsawan. Pada masa tu, Aegyo dilihat sebagai satu cara untuk meningkatkan status sosial dan pengaruh mereka. Dan sejak itu ia telah menjadi norma yang diterima dalam masyarakat Korea.

 

Hari ini, orang Korea tak kira jantina, umur dan latar belakang budaya buat aegyo ni. Buat-buat nada tinggi, buat muka comel dan bahasa bayi semasa sembang bersama orang tersayang, teman rapat dan ahli keluarga.

 

Semasa interaksi artis seperti idola K-Pop dengan peminat, biasanya Aegyo digunakan untuk mewujudkan hubungan yang lebih rapat dengan mereka.

 

Salah satu isyarat aegyo paling popular ialah isyarat “hati jari”. Artis buat bentuk hati dengan jari mereka serta mimik muka yang comel.

 

Sememangnya kita rasa benda ni jelik, tapi bagi mereka Aegyo ialah gambaran biasa untuk menjalin ikatan dan kasih sayang yang lebih kukuh di Korea Selatan.

 

Oleh: Azizul Farhan

 

___

 

Takkanlah aegyo ni je budaya Korea kan? Banyak lagi budaya Korea yang tak muat nak letak di trivia pendek ni seperti mitos Goblin Dokkaebi dan Gumiho yang terkenal dalam K-Drama! Tahu lebih lanjut berkenaan budaya Korea bersama KITAB TAMADUN KOREA!

https://bit.ly/tamadunkorea


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply