Ya, tajuk artikel kali ini menarik minat kepada peminat sejarah Eropah dan Amerika. Ahli arkeologi yang menemui lukisan mural pada dinding Kuil Pahlawan (Temple of the Warriors) di bandar kuno Chichen Itza menjelaskan bahawa karakter ‘orang putih’ pada mural itu ialah orang Viking, dikatakan tiba apabila kuil tersebut sedang dibina. Karakter ini orang Aztec memanggil dengan nama ‘White Lords’ kerana mereka tidak pernah melihat pengembara sebegitu yang tiba di tanah air mereka.
Benarkah terdapat sejarah kehadiran pengembara Eropah sebelum ketibaan Columbus dan penjajah Sepanyol? Dan apa yang terjadi terhadap mereka ini sebaik saja bertembung dengan kaum asal Amerika Tengah ini?
HIKAYAT-HIKAYAT ORANG NORSE JELAJAH KE MEXICO
Untuk membuktikan sejarah pertemuan ini, kita beralih dahulu kepada hikayat orang Viking itu sendiri. Penulis bernama Hans Ebeling menerbitkan buku berjudul ‘Die Reise in die Vergangenheit III. Die Europäer gewinnen den Erdball. Geschichte der Neuzeit bis’ pada tahun 1789. Buku itu menceritakan tentang bagaimana raja Aztec bernama Moctezuma II menyambut kedatangan seorang Conquistador Sepanyol bernama Hernán Cortés dan memujanya sebagai dewa Quetzalcoatl, antara dewa utama sembahan kaum Aztec.
Penterjemah buku Ebeling ke bahasa Iceland iaitu Guðrún Guðmundsdóttir dan Björn Thorsteinsson perasan kisah yang Ebeling tulis ini hampir sama dengan hikayat Iceland bernama Eyrbggia Saga, yang bermaksud ‘Hikayat Orang Eyri’. Hikayat itu mengisahkan tentang dua orang pelayar Viking yang bernama Gudleif Gudlaugson and Björn Breiðvíkingakappi. Mereka dikatakan tiba di Yucatan, Mexico dan memberitahu bagaimana mereka berlayar dari mengelilingi Ireland sehingga ke Mexico.
Selain Eyrbggia Saga, terdapat juga kisah tentang pelayar bernama Ari Marson dalam hikayat orang Norse. Pada tahun 965 atau 986, Marson berlayar dari Ireland menuju ke Greenland. Tiba-tiba kapalnya dilanda ribut sehingga jauh dari perjalanan ke destinasinya. Selama 6 hari berlayar, barulah Marson menemui tanah besar yang asing, sebenarnya ialah Mexico. Hikayat-hikayat ini satu-satunya kunci untuk membuktikan kewujudan orang Eropah di Yucatan sebelum ketibaan Columbus.
KEWUJUDAN ‘WHITE LORDS’
Ramai pengkaji mendakwa bahawa seramai berpuluh ribu orang kaum asal Amerika membantu Hernán Cortés menakluk Mexica atau tanah Aztec pada 1519. Mereka membentuk sebuah persekutuan untuk melaksanakan misi menghalau kaum Aztec.
Sesetengah pengkaji juga mendakwa bahawa kaum-kaum asal Amerika yang bermusuh dengan Aztec bergabung dengan penjajah Sepanyol kerana mempercayai bahawa tentera-tentera Sepanyol ini mewakili kepulangan ‘White Lords’. Sebenarnya ‘White Lords’ adalah mitos kepercayaan orang asal Amerika tentang pertembungan dengan orang berkulit putih sebelum ketibaan penjajah Sepanyol.
Tetapi kebanyakan pengkaji mengandaikan bahawa mitos ‘White Lords’ ini wujud ketika penjajah Sepanyol tiba. Ia bermula dari pertempuran antara Aztec dan Sepanyol, kemudian Cortés menokok tambah ucapan sambutan
Moctezuma dengan kaitkan lagenda Cortés sebagai dewa Quetzalcoatl sehingga ucapan yang diolah itu disebar luas oleh mubaligh Franciscan pada tahun 1530-an.
Namun mitos ‘White Lords’ masih boleh diterima kerana kewujudan mural Temple of Warriors di Chichen Itza yang menunjukkan orang Eropah pernah tiba di Mexico pada tahun 600 dan 900. Karakter ‘manusia putih’ amat jelas kelihatan dalam mural bersama orang Aztec.
TARIAN ‘GERGASI HITAM’ DAN ‘GERGASI PUTIH’
Dalam buku falsafah kosmik kaum Maya berjudul Esotericism of the Popol Vuh, terdapat bab tentang ‘tarian gergasi’. Tarian yang diamalkan oleh kaum ini menceritakan tentang konflik antara orang berkulit hitam dan putih di Mexico sebelum ketibaan Columbus. Buku ini menarik untuk mengetahui siapakah ‘White Lords’ yang dilukis dalam mural Chichen Itza ini.
Penulis buku Popol Vuh yang bernama Raphael Girard menjelaskan tentang ‘tarian gergasi hitam’. Tarian ini memberitahu sebab kaum-kaum asal Amerika menyertai penjajag Sepanyol untuk menyerang Aztec. Para penari mewakili ‘gergasi hitam’ dan ‘gergasi putih’, kemudian kedua-dua kumpulan penari ‘bertempur’ sehingga ‘gergasi hitam’ menang dan menghunus pedang ke leher ‘gergasi putih’.
Babak seterusnya ialah tiba seorang penari mewakili ‘manusia putih’ bernama Gavite yang pulang ke Mexico dan membantu ‘gergasi putih’ menewaskan ‘gergasi hitam’. Di akhir ‘pertempuran’, Gavite memancung kepala ‘gergasi hitam’ bernama Hun Camé kemudian persembahkan kepada kumpulan ‘gergasi hitam’ untuk menggerunkan musuh itu.
Mural Chichen Itza begitu selari dengan kisah tarian kaum Maya, di mana kaum berkulit hitam mengalahkan kaum berkulit putih, kemudian ditangkap dan dijadikan sebagai korban. Perkaitan ini menunjukkan mural itu sebenarnya menceritakan perang antara kedua-dua kaum demi perebutan kuasa. Di sini pengkaji mengandaikan bahawa kaum berkulit putih ini sebenarnya kaum Viking yang ingin menjarah Mexico.
Kaum Aztec digambarkan sebagai kaum berkulit hitam walaupun warna kulitnya tidak sehitam mana. Penjajah Sepanyol ketika tiba di Mexico menggambarkan orang Aztec seperti haiwan leopard dan harimau jaguar yang berbudaya dan wajah yang tidak takut terhadap kematian.
Manakala orang Maya pula memanggil orang Aztec dengan nama ‘xilaan’ yang bermaksud rambut kerinting. Ciri rambut kerinting biasanya ditemui pada orang Afrika sub-Sahara.
Kesimpulannya, watak Gavite yang diceritakan melalui tarian orang Maya itu mewakili penjajah Sepanyol. ‘Gergasi Hitam’ yang ditewaskan oleh Gavite ialah orang Aztec yang digambarkan oleh penjajah Sepanyol dan
Maya sebagai ‘kaum hitam’ yang menindas kaum-kaum asal Amerika lain.
Manakala kaum putih dalam mural Chichen Itza ialah orang Viking. Orang Viking yang terkenal dengan kemahiran navigasi dan mampu berlayar ke seluruh Eropah ini tidak mustahil mereka pernah berlayar jauh merentasi Lautan Atlantik, sehingga secara tak sengaja tiba di Mexico.
Dengan bukti bertulis seperti buku Popol Vuh dan disokong dengan mural Chichen Itza, inilah sejarah pertembungan orang Viking dan orang Aztec yang sekian lama disembunyi tanpa pengetahuan warga dunia.
RUJUKAN:
Winters, Clyde. 27 November 2016. Pre-Columbian Murals and Norse Sagas Suggest Vikings Met the Aztecs, and the Outcome Was Not Pretty. Ancient Origins.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih