Dalam sistem sosial dan kemasyarakatan bangsa Mongol, kaum lelaki merupakan kaum dominan. Komuniti mereka adalah bersifat patriarki dan patrilineal. Walau bagaimanapun, kaum wanita Mongol diberikan lebih banyak hak, kebebasan dan kuasa berbanding wanita dalam budaya patriarki yang lain seperti Parsi dan China.

Dalam masyarakat nomad setiap anggota masyarakat adalah penting untuk kelangsungan hidup suku masing-masing. Antara faktor lain kejayaan Empayar Mongol ialah wanita memainkan peranan yang sangat penting dalam ekonomi, contohnya, mereka menjaga haiwan ternakan jika perlu.

Di saat kaum Cina Han terpaksa mengamalkan tradisi mengikat atau membalut kaki wanita hingga kaki mereka menjadi kecil semenjak era Dinasti Song hingga Qing, kaum wanita Mongol sudah menunggang kuda, turut serta dalam pertem.puran, menjadi penggembala dan mempengaruhi para pemimpin lelaki dalam menentukan sebarang keputusan yang penting bagi masa depan Empayar Mongol.

Namun, walaupun peranan kaum wanita sangat besar dalam masyarakat Mongol, status mereka masih berada di kedudukan yang lebih rendah berbanding bapa, suami dan adik beradik lelaki mereka. Tugasan dibahagikan antara lelaki dan wanita; lelaki akan menguruskan haiwan ternakan dan keluar berpe.rang, wanita akan membina ger (khemah yang menjadi tempat tinggal suku nomad padang rumput), membuat pakaian, memerah susu haiwan, membuat keju dan memasak.

Lelaki dan wanita membesarkan anak mereka bersama-sama. Kanak-kanak Mongol tidak bersekolah sebaliknya keluarga mereka yang bertanggungjawab menunjukkan contoh pengurusan hidup dari segi peranan dan kerja lelaki dan wanita. Kanak-kanak Mongol juga akan bermain permainan, sama seperti kanak-kanak dari mana-mana kebudayaan.

Alaa Kachuu atau tradisi mencu.lik pengantin di Asia Tengah

Perkahwinan biasanya diatur antara keluarga, dengan barang dagangan antara keluarga sebagai hantaran pengantin dan mas kahwin. Kadang-kadang, kaum nomad mengamalkan tradisi pelik, iaitu seorang wanita dari mana-mana suku akan dicu.lik oleh seorang lelaki dari suku yang lain. Bapa Genghis Khan, Yesugei, misalnya, mencu.lik ibunya Hoelun dari suku lain.

Namun tradisi menc.ulik wanita untuk perkahwinan tidak sentiasa diamalkan kerana ia boleh menyebabkan perteling.kahan antara suku. Lelaki boleh mengamalkan poligami dengan mengahwini lebih daripada seorang wanita. Jadi, setiap isteri dan anak-anak mereka akan memiliki ger masing-masing.

Biasanya seluruh keluarga boleh bergaul dengan baik. Isteri pertama dianggap sebagai isteri yang sah, walaupun tak ada banyak perbezaan kecuali dari segi pewarisan harta kerana anak-anak dari isteri pertama akan mewarisi lebih banyak harta berbandimg anak-anak isteri yang lain.

Wanita Mongol yang sudah berkahwin perlu memakai tudung melindungi kepala mereka bagi membezakan diri mereka dengan wanita yang belum berkahwin. Tudung wanita Mongol mungkin jauh lebih rumit dan penuh dengan pelbagai hiasan hingga kadangkala kelihatan sangat pelik kerana dalam budaya Mongol, mereka sangat menyukai sebarang topi dan aksesori kepala.

Wanita Mongol kebiasaannya amat setia terhadap suami mereka dan sangat jarang berkahwin semula selepas suami meninggal dunia. Seorang janda mewarisi harta suaminya yang sudah meninggal dan kebiasaannya akan mengambil alih peranan suami iaitu menjadi ketua keluarga.

Antara contoh yang jelas tentang semua tradisi ini, dan kuasa wanita yang mempengaruhi sejarah dan budaya Mongol ialah Sorghaqtani Beki, isteri Tolui iaitu anak lelaki Genghis Khan.

Sorghaqtani Beki pernah menjadi penasihat kepada seorang lagi anak lelaki Genghis, Ogedei Khan, semasa dia menjadi khagan. Apabila Tolui meninggal dunia, dia menjadi ketua keluarga memimpin anak-anak lelakinya, antaranya bukanlah calang-calang anak, mereka adalah Mongke, Kublai, Hulagu dan Ariq Boke, di mana mereka semua ini akan menjadi khan dan khagan pada zaman masing-masing.

Dia mendidik mereka semua dengan disiplin yang tegas hingga berjaya menjadi pemimpin yang berpendidikan dan belajar setiap bahasa yang perlu mereka ketahui selaku pemimpin sebuah empayar. Selepas kema.tian Ogedei, Sorkhaqtani memerintah empayar secara bersama dengan kaedah diplomatik semasa Guyuk menjadi khagan. Selepas kema.tian Guyuk, anaknya, Mongke menjadi khagan.

Sumbangan lain Sorkhaqtani terhadap Empayar Mongol termasuklah membuka pintu perdagangan, memulakan pertukaran budaya secara intelektual di seluruh empayar, menekankan budaya kebebasan dan toleransi beragama dan mempengaruhi khagan agar tidak terlalu mengeksploitasi penduduk di wilayah-wilayah yang ditak.luki Mongol.

Selepas Genghis Khan menyatukan suku-suku nomad di bawah Empayar Mongol, mereka mula memiliki kekuatan mobilisasi dari kaum lelaki sepenuhnya untuk tujuan berpe.rang, kadangkala terlalu ramai, ini menjadikan tentera Mongol lebih kuat dan menakutkan.

Apatah lagi apabila kaum wanita turut memainkan peranan dalam ketenteraan. Ramai wanita Mongol yang menyertai pertem.puran secara langsug dalam menghadapi musuh, mereka pernah disebut dalam beberapa rekod dan sejarah kronikel Mongol, China, dan Parsi.

Chabi, ratu kepada Kublai Khan

Tak hairanlah, kerana berdasarkan undang-undang yassa, setiap anak-anak yang dilahirkan dalam keluarga Mongol, baik lelaki mahu pun wanita adalah wajib untuk dilatih secara ketenteraan.

Namun wanita Mongol masih ada hak dan keistimewaan yang tidak diberikan kepada kebanyakan wanita Asia Timur. Selain mempunyai hak untuk mewarisi harta suami, wanita Mongol juga diberikan hak untuk bercerai.

Berikut adalah sedikit pengenalan yang ada tentang wanita Mongol yang terkenal di kalangan bangsawan elit Mongol. Nama mereka disebut berulang kali dalam kronikel Mongol, China, Parsi dan Eropah pada abad ke-13.

Sorghaghtani Berki

Mubaligh Kristian Eropah yang mengunjungi ibu kota Empayar Mongol pada pertengahan abad ke-13 menyatakan bahawa Sorghaghtani Beki adalah wanita yang paling terkenal dalam sejarah Mongol.

Sejarawan dan ahli perubatan Ilkhaniyah di Parsi, Rashid ad-Din Hamadani pernah mencatatkan:

“Dia terlalu bijak dan berkebolehan tinggi, dia berdiri megah memayungi semua wanita di seluruh dunia.” (merujuk kepada peranan Sorghaghtani yang bersama-sama dengan Chabi iaitu isteri Kublai Khan, dalam membina pengaruh yang besar terhadap dasar yang diperintah dalam Empayar Mongol).

“Sekiranya aku melihat di kalangan kaum wanita lain ada seorang lagi wanita yang begitu luar biasa seperti dia ini, aku akan mengatakan bahawa kaum wanita lebih unggul daripada kaum lelaki.”

Sorghaghtani bertanggungjawab membina pentas untuk keempat-empat anak lelakinya menjadi khagan. Walaupun dia sendiri buta huruf, dia ada kesedaran yang penting bahawa anak-anak lelakinya wajib dididik dan menjadi orang yang terpelajar.

Setiap anak-anaknya akan mempelajari pelbagai bahasa-bahasa yang berbeza yang diperlukan oleh orang Mongol bagi mentadbir wilayah-wilayah luas yang telah mereka tak.luki.

Walaupun dia seorang Kristian Nestorian, dia menyedari Mongol perlu mentadbir sebuah empayar besar yang diperoleh melalui penak.lukan, maka salah satu cara untuk mentadbir dengan baikvadalah dengan mendekatkan diri mereka dengan para pemimpin pelbagai agama.

Jadi dia dan anak-anaknya berperanan melindungi dan menyokong setiap komuniti beragama yang merupakan subjek Empayar Mongol. Dia menyokong orang-orang Islam, Buddha, dan Konfusianisme.

Dia memperkenalkan idea-idea ulama Konfusianisme kepada Kublai Khan untuk membantu dia dalam menghadapi persediaan untuk menjadi Maharaja China.

Sumbangan ketiganya kepada pemerintahan Mongol ialah dia menyedari bahawa eksploitasi terang-terangan terhadap masyarakat yang ditak.luki mereka adalah satu kerja bodoh.

Menghancurkan ekonomi wilayah yang ditak.luki akhirnya akan melemahkan kuasa mereka sendiri. Maka dari idea asal yang pernah dicadangkan pada era Ogedei Khan iaitu meratakan wilayah utara China menjadi sebidang padang rumput yang besar, Kublai akhirnya memilih untuk membantu para petani China.

Jika Empayar Mongol memperkasakan ekonomi tempatan, ia akhirnya akan membawa kepada peningkatan hasil pengeluaran dan peningkatan kutipan cukai.

Setiap anak-anak lelakinya berpegang kepada falsafah yang sama.  Toleransi dan dokongan keagamaan, memperkasakan taraf ekonomi rakyat peribumi, dan mengalakkan budaya rakyat celik huruf.

Semua itu terbukti amat penting kepada anaknya, Kublai, pemimpin yang merealisasikan proses peralihan dari penak.lukan kaum nomad padang rumput, dia beralih secara serius dalam urusan pentadbiran wilayah-wilayah yang telah ditak.luki Mongol di China.

Kedaulatan Kublai diiktiraf oleh penduduk China. Dia sedar dia perlu menyediakan hak konsesi untuk kaum Han bagi memerintah China. Amat mustahil untuk orang Mongol mencipta kejayaan dengan bergantung kepada bangsanya sendiri.

100 juta rakyat tak boleh diperintah oleh hanya beberapa puluh ribu orang Mongol. Orang Mongol tiada pengalaman mengutip cukai.  Untuk mendapatkan sokongan orang Han, dia mula berperanan seperti seorang maharaja Cina yang sebenar.

Pada tahun 1260-an dia mula mengembalikan prnsip-prinsip Konfusian dalam pemerintahan. Dia memindahkan ibu kota Empayar Mongol dari Karakorum di Mongolia ke Khanbaliq (Beijing) di China.

Kublai bertanggungjawab memilih Beijing sebagai tapak untuk meletakkan pusat pemerintahan Empayar Mongol. Dia menjadi penaung seni dan kebudayaan terutamanya dalam seni lukisan tradisional Cina dan menyokong pementasan teater klasik China. Teater Cina melalui perkembangan budaya yang luar biasa semasa era Kublai Khan.

Chabi

Di sebalik setiap usaha ini, Kublai turut dibantu oleh isterinya Chabi yang memainkan peranan penting seperti yang dilakukan ibunya.  Chabi menyokong pendeta Buddha Tibet yang mula mempengaruhi para bangsawan elit Mongol dengan ajaran Buddhw Tibet.

Apabila Kublai menak.luki selatan China, Chabi menggunakan pengaruhnya untuk memadamkan dendam.  Dia mengambil langkah-langkah yang tidak menghukum anggota keluarga bekas pemerintah Dinasti Song dengan menyediakan dana dan istana khas untuk mereka, bukan memperhambakan mereka atau membu.nuh mereka.

Monumen Kublai Khan di Xanadu

Khutulun

Seorang lagi wanita luar biasa di era Kublai Khan ialah anak saudara Kublai yang bernama Khutulun. Dia cenderung kepada gaya hidup tentera dan menyertai pertem.puran.

Dia bahkan dikagumi oleh Marco Polo yang menyifatkan dia begitu kuat dan berani hinggakan dari setiap anggota tentera bapanya, tiada sesiapa pun yang mampu menundukkan dia jika beradu kekuatan.

Ibu bapanya bimbang apabila dia belum berkahwin pada usia 22 atau 23 tahun. Mereka sentiasa meminta dia memikirkan soal perkahwinan. Namun dia hanya akan bersetuju jika ada calon yang mampu mengalahkannya dalam pertandingan beradu kekuatan.

Dia bersetuju untuk menerima sebarang cabaran asalkan calon itu mempertaruhkan 100 ekor kuda untuk mendapatkan peluang menewaskannya. Dalam masa yang singkat dia telah mengumpulkan kira-kira 10,000 ekor kuda.

Akhirnya seorang putera muda yang sangat kacak, berkeyakinan, dan mahir tiba di istana untuk mencabarnya. Dia begitu yakin akan menang sehingga dia mempertaruhkan seribu ekor kuda.

Khutulun menurut gambaran dalam filem

Pada malam sebelum pertandingan, ibu bapa Khutulun merayu anak perempuan mereka itu untuk membiarkan dirinya dikalahkan. Tapi dia hanya menerima kekalahan dalam sebuah pertandingan yang adil, dan dia dengan senang hati akan menjadi isterinya jika dikalahkan.

Mereka berdua bergelut untuk tempoh yang agak lama. Kemudian dalam pergerakan secara mengejut, dia menjatuhkan putera itu dan memenangi pertandingan. Putera itu berangkat pulang dan meninggalkan 1000 ekor kuda yang dipertaruhkan.

Khutulun sebenarnya tak pernah berkahwin. Dia menemani bapanya dalam setiap kempen. Walaupun sebahagian kisahnya mungkin terlalu ditokok tambah, mesej sebenar yang sampai kepada kita ialah wanita dalam golongan elit Mongol boleh berdikari, tidak ditundukkan oleh lelaki, dan memainkan peranan penting dalam masyarakat Mongol.

Terdapat begitu banyak penekanan terhadap wanita yang memainkan peranan dalam ketenteraan, politik dan ekonomi semasa tempoh yang tentunya akan menjangkaui wanita elit. Budaya ini juga akan mempengaruhi kaum wanita dari kelas rendah juga.

Ratu Genepil, ratu/khatun terakhir Kekhanan Bogd, kekhanan Mongol yang terakhir. Belia ma.ti ditem.bak semasa Kesatuan Soviet melancarkan The Great Pur.ge di Mongolia.

Menariknya menjelang abad ke-14, tiada lagi wanita Mongol yang memainkan peranan sebagai pemimpin.  Mereka menjadi semakin berbudaya. Dalam generasi-generasi selepas Kublai Khan, anak perempuan dan cucu perempuan Kublai Khan tidak lagi menonjol.

Mereka mula menerima beberapa pantang larang yang dikenakan ke atas wanita di China. Dalam erti kata lain, selepas era Kublai Khan, sebenarnya Mongol Dinasti Yuan sudah benar-benar menjadi mangsa kebudayaan akibat dipengaruhi oleh budaya China.

Kalau anda berminat nak membaca lebih banyak sejarah mengenai Tamadun Mongol, kami nak jemput anda beli buku terbaru kami, KITAB TAMADUN MONGOL. Boleh beli di webstore kami: https://bit.ly/pratempahktmktr


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

•MALAY• •MUSLIM• •TERENGGANU• •NATIONALIST• •CONSERVATIVE•

Comments are closed.