Di satu kawasan pergunungan dan gurun kering di al-Ula, pasukan arkeologi dari Perancis dan Arab Saudi sibuk mengekskavasi kawasan yang dipercayai pernah diperintah kerajaan Dadan dan Lihyan. Al-Ula yang kini menjadi tarikan pelancong Arab Saudi sejak dibuka pada 2019 dikenali kerana menempatkan lokasi Madain Saleh.

Boleh dapatkan buku terbaru The Patriots di webstore kami: https://bit.ly/pratempahktmktr

Madain Saleh merupakan sebuah kota berusia 2,000 tahun yang dibina oleh orang Nabatean, kelompok Arab pra-Islam yang turut membina Petra di Jordan. Kini, terdapat lima tapak yang dikenalpasti dan sedang diekskavasi oleh para pengkaji arkeologi. Bagi pengarah bersama pasukan arkeologi Abdulrahman al-Sohaibani, sebarang artifak dan monumen yang dijumpai diharap merungkai misteri yang menyelubungi kerajaan Dadan dan Lihyan.

Berdasarkan analisis komuniti sejarah, Dadan pernah disebut dalam kitab Old Testament. Sementara Lihyan pula merupakan sebuah kerajaan besar semasa era kegemilangannya dengan jajahan takluk dari Madinah hingga Aqaba di selatan Jordan. Kedua-dua kerajaan dikatakan wujud selama 900 tahun dan mengawal laluan perdagangan penting sekitar Timur Tengah.

 Pasukan arkeologi sibuk memeriksa serpihan seramik yang dijumpai di situ. Sumber: Ahmed Yosri/Reuters.

Begitupun, tidak banyak perkara yang diketahui tentang kedua-dua kerajaan selepas ia runtuh pada 100 SM. Pasukan pengkaji arkeologi berharap menerusi ekskavasi di lima tapak ini, ia bakal mendedahkan maklumat berkenaan ritual agama, kehidupan sosial dan kegiatan ekonomi yang dijalankan. Sebelum ini, ekskavasi hanya dijalankan di kawasan perlindungan sekitar al-Ula sahaja.

Al-Ula merupakan sebahagian daripada usaha Putera Mahkota Mohammed bin Salman untuk mengubah ekonomi dan sosial Arab Saudi. Baginda berharap dapat mempelbagaikan kegiatan ekonomi negara itu kepada perkhidmatan dan pelancongan serta tidak terlalu bergantung kepada sektor minyak. Pembangunan al-Ula merupakan sebahagian langkah memelihara tapak sejarah pra-Islam sebagai cara menarik pelancong asing dan memperkukuh identiti negara Saudi.

RUJUKAN

Reuters. (2021, 2 November). Archaeologists in Saudi Arabia excavate ‘forgotten kingdoms’.

Sumber gambar: Ahmed Yosri/Reuters


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.