Masjid Al-Aqsa merupakan tapak suci bagi Agama Islam. Tempat ini merupakan masjid yang telah diangkat martabatnya menjadi Masjid Ketiga dalam Islam setelah Masjidil Haram dan Masjidil Nabawi. Namun, masih ramai yang keliru mana satu Masjid Al-Aqsa.

Ada yang kata Masjid Al-Aqsa itu yang kubahnya berwarna emas. Ada pula yang kata Masjid Al-Aqsa itu yang berwarna kelabu. Jadi, mana satu yang betul ini?

Ok, biar saya mudahkan. Masjid Al-Aqsa bukanlah sebuah masjid tetapi ia merupakan sebuah kompleks yang besar. Tidak seperti Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, didalamnya hanya ada sebuah bangunan sahaja. Berbeza dengan Al-Aqsa ia merupakan sebuah kompleks yang menghimpunkan pelbagai masjid di dalamnya.

Di dalam Kompleks Al-Aqsa terdapat Masjid Qibli, Kubbah Shakrah, Masjid Al-Marwani dan Masjid Buraq.

[Masjid Qibli]
Masjid ini mempunyai kubah yang berwarna Kelabu. Masjid ini dibangun pada era Khalifah Umayyah. Dan ia terus dibaikpulih oleh Khalifah Islam setelahnya seperti Khalifah Abasiyyah dan Fatimiyyah.

Menjelang penaklukan Salib, Masjid ini telah dijadikan sebagai Istana Diraja Kerajaan Salib pada ketika itu.

[Kubbah Shakrah]
Masjid ini dibangun ketika era Khalifah Abdul Malik Ibn Marwan. Masjid ini terkenal dengan keindahannya dari segi binaannya dan kubahnya. Pada era Penaklukan Salib, Masjid ini telah dijadikan sebagai Gereja oleh penguasa Salib.

[Masjid Al-Marwani]
Masjid ini dikatakan merupakan tempat tambatnya kuda Nabi Sulaiman AS. Walaubagaimanapun, ia masih dalam perdebatan. Masjid ini merupakan ruang bawah bagi Masjid Qibliy dan menjadi ruang solat utama.

Pada era Salib, ruang ini telah dijadikan sebagai kandang kuda dan menjelang Era Salahuddin Ayyubi, tempat ini dibersihkan dan menjadi bahagian bawah tanah Masjid Al-Aqsa. Tempat ini juga dikenali sebagai Musalla Marwani.

[Masjid Buraq]
Masjid ini terletak bersebelahan dengan tembok Ratapan. Dipercayai tembok ini merupakan tempat di mana Nabi Muhammad SAW menambat Buraq ketika peristiwa Israk Dan Mikraj.

Pembangunan Masjid ini dimulai pada zaman Umayyah, kemudian dikembangkan lagi pada era Abasiyyah dan Mamluk.

Secara keseluruhannnya, Al-Aqsa bukanlah sebuah masjid tetapi ia merupakan sebuah kompleks yang menghimpunkan pelbagai tempat Ibadah bagi Umat Islam.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Konservatif | Nasionalis | Pencinta 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗨𝘁𝗵𝗺𝗮𝗻𝗶𝘆𝘆𝗮𝗵 dan 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺

Comments are closed.