Persoalan ni timbul lepas Al-Ula tular baru-baru ni. Korang pun tertanya-tanya, betul ke yang ada dekat sana tu tinggalan umat Nabi Saleh (as)?

 

Projek Tapak Warisan Al-Ula ni penting bagi Arab Saudi kerana pada zaman pra-Islam, wujud sebuah tamadun yang kaya di tapak warisan tersebut. Projek ini dilaksanakan bagi merekod penemuan baru tentang sejarah awal Timur Tengah.

 

Tamadun Arab pra-Islam ni hebat-hebat belaka. Tapi sayang, hari ini ramai salah faham bahawa tinggalan mereka milik kaum yang dilaknat zaman Nabi Saleh dan jugak Hud. Kesilapan ni, para ustaz dan ulama dalam serta luar negara buat kesilapan yang sama.

 

Dahulu Al-Ula ialah jantung kepada aktiviti perdagangan kuno yang aktif melintasi gurun di Semenanjung Arab. Al-Ula juga ialah pusat perdagangan kemenyan. Rempah-ratus yang berasal dari Yaman mudah didagangkan ke Timur Dekat seperti Turki dan kawasan Mediterranean sepanjang kewujudan kota ini.

 

Al-Ula kaya dengan kepelbagaian kaum dari tamadun lain selain kekayaan material kerana kehadiran oasis berdekatan jadi RNR kepada para pengembara dan pedagang.

 

Tiga kerajaan kuno pernah bertapak di Al-Ula iaitu Dadan, Lihyan, dan Nabatean.

 

Kerajaan Dadan ialah kerajaan pertama yang membentuk masyarakat urban Arab yang pernah direkodkan dalam Kitab Perjanjian Lama. Kemudian Dadan digulingkan secara misteri pada abad ke-6 SM kemudian kerajaan Lihyan mengambil alih, teruskan budaya Dadan dan majukan jajahannya.

 

Masuk abad pertama Sebelum Masihi, kaum Nabatean dari Jordan takluk kota Al-Ula dan kerajaan Lihyan. Mereka kemudian jadikan Al-Ula sebagai kota yang tercantik kerana membawa budaya memahat rumah batu seperti di Kota Petra milik Nabatean di Jordan.

 

Al-Ula yang dicantikkan menjadi ibu kota kedua kerajaan Nabatean selepas Petra dan menamakannya sebagai Hegra.

 

Nabatean juga suburkan tanah gersang Al-Ula dengan perkenalkan sistem terusan dengan membekalkan air hujan, kemudian memudahkan aktiviti pertanian.

 

Pada tahun 106 M, tentera Rom pimpinan Maharaja Trajan takluk kerajaan Nabatean dan jadikannya sebagai negeri Arab Rom. Dari penaklukan itu, peranan Al-Ula sebagai pusat perdagangan lesap.

 

Pada zaman pertengahan, Al-Ula alami kekurangan populasi dan menjadi tempat persinggahan untuk jemaah haji atau umrah menuju ke Mekah. Kerajaan Uthmaniyyah pernah tiba di Al-Ula dan bina kubu namun ia hancur saat Perang Dunia Pertama berlangsung. Masuk abad ke-19 Masihi barulah para ahli arkeologi menggali kota kuno itu.

 

Para pengkaji temui makam kaum Dadan, kuil, dan beberapa tinggalan monument lain. Penemuan ini bakal menemui jawapan mengapa kebudayaan Dadan lenyap. Projek ini sekaligus memperoleh perkaitan ketiga-tiga kerajaan yang memerintah Al-Ula.

 

Lokasi tepat tinggalan umat Nabi Saleh (as) dah hilang ditelan padang pasir. Sama seperti Iram, lokasi tinggalan umat Nabi Hud (as) yang dipanggil Atlantis Padang Pasir.

 

Penemuan-penemuan arkeologi dan bangunan-bangunan tersebut bukanlah dari zaman Nabi Saleh (as), ia sebenarnya ialah tinggalan prasejarah kerajaan kuno yang pernah bertapak di sana.

 

Oleh: Azizul Farhan

 

___

 

Seharusnya, kita perlu ambil pengajaran daripada peristiwa berkenaan dan gentar tentang azab Allah SWT. KITAB TAMADUN ISLAM turut memuatkan keadaan berkenaan akhir zaman memberi gambaran fitnah-fitnah dajal yang amat dahsyat.

bit.ly/ktislam


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply