Setiap tahun, kawasan Nusantara tidak akan terlepas dengan empat musim utama tropika iaitu musim kemarau, musim banjir, musim durian dan musim jerebu.

Salah satu musim yang sangat ingin dielakkan oleh rakyat Malaysia tentunya musim jerebu yang kebanyakkannya berpunca dari asap pembakaran hutan dari negara Indonesia. Musim kemarau berlaku lalu secara tidak langsung menyebabkan hutan-hutan terbakar (atau dibakar dengan sengaja) dan asap-asap dari pembakaran hutan akan dibawa oleh angin sehingga menyebabkan kawasan-kawasan di sekitarnya turut terkena pencemaran udara. Hasil pencemaran udara ini menyebabkan kandungan udara menjadi tercemar dengan racun dan penyakit berbahaya.

Untuk pengetahuan anda, jumlah keluasan hutan di Indonesia adalah sebanyak 128 juta hektar. Fenomena jerebu yang berlaku saban tahun menyebabkan negara Republik Indonesia mengambil langkah ke hadapan untuk mengelakkan bencana sebegini berulang lagi pada masa akan mendatang.

Baru-baru ini, sebuah syarikat perindustrian dari Indonesia, PT Pindad dan PT Sanjaya Makmur Sejahtera yang bekerjasama (perkongsian teknologi) dengan syarikat tank dari Rusia, Muromteplovoz, menghasilkan sebuah prototaip tank pemadam api yang dibina khusus untuk memadam kebakaran di hutan. Beberapa fungsi utama Tank Damkar MT-LBu-GPM-10 ini adalah:

1. Memadam kebakaran hutan sehingga ke titik paling dahsyat (terpanas).

2. Dibina khusus untuk merentasi kawasan geografi hutan di Indonesia yang kebanyakkannya berpaya.

3. Mampu terapung di atas air (amfibia).

4. Badan tank yang dilapisi besi baja yang mampu menahan kobaran api di hutan dan melindungi penumpang di dalamnya.

5. Tank ini mampu menampung seramai 13 orang dalam satu masa iaitu tiga orang bomba sekaligus yang berkemahiran dalam selok-belok hutan (navigator) dan ruangan untuk menempatkan mangsa yang terperangkap dalam kebakaran yang diyakini mampu memuatkan 8-10 orang. Di dalam ruangan dalaman tank, dilengkapi sistem penyedutan udara dan kipas angin untuk mengelakkan penumpangnya kepanasan.

6. Tank ini mempunyai tangki air yang mampu menampung sebanyak 4.000 liter air.

7. Mempunyai fungsi penyedutan air yang mampu disedut dari pelbagai sumber air dan mampu menyuntik air ke dalam tanah yang kering (untuk mengelakkan kebakaran merebak).

8. Kekuatan semburan air mencapai sejauh 50 meter yang dilengkapi meriam air (water cannon).

9. Di sisi kiri dan kanan tank Damkar dilengkapi sistem ‘Sprinkle’ seperti benteng (shield) yang menyembur air untuk mengelakkan tank kepanasan ketika dalam misi memadam kebakaran.

10. Dilengkapi dengan jentolak yang mampu menolak atau melanggar pokok-pokok yang tumbang tanpa tersekat.

Kenderaan pemadam api ini mempunyai dua jenis dan masing-masing berharga jauh berbeza iaitu tank Damkar yang memakai roda berantai berharga 300 milliar Rupiah dan truk 4×4 yang memakai roda biasa berharga 3 milliar Rupiah. Sekiranya ia mampu direalisasikan, tank dan truk ini akan dijual di pasaran pada masa terdekat.

Di dalam gambar-gambar dibawah menunjukkan sesi uji cuba prototaip tank Damkar memadam kebakaran api hutan di Cakung, Jakarta pada tanggal 24 Julai 2019 dan di Garut pada tanggal 26 November 2019.

Itulah, orang tengah bina dan kembangkan sebuah kenderaan berinovasi yang relevan untuk dimanfaatkan kepada umum dan boleh diuji cuba tanpa kegagalan, bukan bersembang megah nak buat kereta terbang drone dari dulu yang mana sampai sekarang tak nampak lagi pun hasilnya. Memalukan.

RUJUKAN:

1. Kompas Indonesia.
2. Detik News.
3. PT Pindad: https://www.pindad.com/

– TAMAT –


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

'Creative. Celibate. Crybaby.'

Comments are closed.