Kalau nak diikutkan melalui poster Gundala yang semakin menular sekarang, mungkin ia kurang memberi impak kepada para penggemar filem. Apa yang penonton boleh harapkan daripada adi wira yang seimbas seperti Deadpool, Daredevil atau The Flash ni? Artikel ini akan memberikan sedikit pengenalan mengenai Gundala. Di Indonesia, Gundala tidak asing lagi sejak kelahirannya pada tahun 1969 melalui komik ‘Gundala Putra Petir’. Putera Petir? Ala-ala Thor ke Gundala ni? Menurut pencipta karakter Gundala, Harya Suraminata, Gundala diilhamkan daripada tokoh legenda Jawa iaitu Ki Ageng Selo yang dipercayai mempunyai kebolehan luar biasa untuk menangkap petir dengan tangannya sendiri.Nama Gundala pula diambil daripada ‘Gundolo’ iaitu petir dalam Bahasa Jawa.

Halaman muka depan komik pertama Gundala.
 Imej dari : https://bumilangit.com/en/comicspods/gundala-putera-petir/

Dengan pengakhiran filem Marvel Cinematic Universe yang begitu epik, para peminat filem bergenre adi wira pasti mahukan sesuatu yang sangat-sangat mengagumkan. Pada saya, langkah Joko Anwar untuk memulakan pembikinan filem adi wira Indonesia adalah satu percubaan yang cukup berani. Orang juga pasti menaruh harapan yang tinggi pada beliau selepas kejayaan filem ‘Pengabdi Setan’ pada tahun 2017 yang berjaya merangkul beberapa anugerah dari dalam dan luar negara.

Secara peribadinya saya sejak dulu kagum dengan lakonan Abimana Aryasatya yang berperanan sebagai Gundala dalam filem ini. Jadi, saya tidak teragak untuk menjadi antara orang yang pertama menonton filem Gundala di Malaysia. Saya berpeluang untuk ke tayangan perdana Gundala anjuran TGV Cinemas.

Bila lagi saya dapat jumpa Abimana Aryasatya, bukan? Ternyata, perjalanan jauh saya dari Melaka sangat berbaloi dan saya cukup berpuas hati dengan filem ini. Patutlah filem ini dapat sampai ke festival filem peringkat antarabangsa seperti Festival Filem Antarabangsa Toronto dan Paris International Fantastic Film Festival. Bukan biasa-biasa filem ni. CGInya yang cukup kemas, kombinasi scene aksi, mesej yang positif dan sedikit humor pasti membuatkan penonton rasa sayang nak pergi ke tandas waktu tayangan.

Penampilan Joko Anwar serta para pelakon dan maskot sewaktu majlis pratonton baru-baru ini.
Imej dari : https://www.malaysiakini.com/hiburan/504637

“Harapan kepada rakyat ialah candu. Dan candu itu berbahaya.” Begitulah antara dialog utama Pengkor dalam filem ini. Filem ini menggunakan latar belakang yang rakyat Malaysia,Indonesia atau di mana-mana negara membangun mudah untuk ‘relate’ seperti kesempitan hidup akibat jurang ekonomi yang begitu luas, rasuah dan sikap ahli politik yang tidak mengendahkan kepentingan rakyat.

Watak Pengkor yang dilakonkan oleh Bront Palarae memegang pengaruh yang cukup kuat dalam badan perwakilan rakyat dan seterusnya memberi impak negatif kepada masyarakat minoriti. Adalah tugas Gundala sebagai patriot pertama untuk membela nasib golongan tertindas. Menurut Joko Anwar dalam majlis pratonton filem di Kuala Lumpur baru-baru ini, beliau mahu menyampai mesej tentang keburukan rasuah sebagai kelakuan tidak bermoral namun dianggap perkara biasa di Indonesia.

Kejayaan filem Gundala yang mengejutkan seluruh warganet Indonesia.
Imej dari : cnnindonesia.com/hiburan

Barisan pelakonnya bukan biasa-biasa tau! Cecep Arif Rahman dan Yayan Ruhian yang berlakon filem John Wick Chapter 3 pun ada dalam filem ni.  Scene aksi dia cukup power sesuai dengan reputasi masing-masing  sebagai pelakon aksi yang semakin mekar di Hollywood walaupun screentime diorang tak lama sangat.

Rupa Pengkor mengingatkan saya kepada nemesis Batman, Two Face.
Imej dari : kincir.com/movie/cinema/

Sejurus selepas tayangan perdana Gundala di Indonesia, Bumilangit Studios turut mengumumkan Bumilangit Cinematic Universe Jilid 1 iaitu filem-filem adi wira lain yang akan menyusul selepas Gundala dalam tempoh 5 tahun mendatang. Filem-filem tersebut adalah Sri Asih, Godam & Tira, Si Buta Dari Gua Hantu, Patriot Taruna dan Mandala Golok Setan.

Antara pelakon papan atas yang akan menganggotai semesta Bumilangit ialah Sri Asih lakonan Pevita Pearce, Nicholas Saputra sebagai Aquanus dan Dian Sastro sebagai Dewi Api.

Imej dari: rojakdaily.com/entertainment/

Kalau dilihat secara kasar, mungkin ada beberapa watak dalam semesta Bumilangit yang menyerupai watak superhero yang sedia ada, namun elemen nusantara masih dapat dilihat dari segenap sudut. Bukan senang untuk filem genre adi wira mendapat tempat di hati penonton dengan lambakan filem-filem hebat yang ada sekarang.

Namun, saya percaya filem ini dapat menambat hati para penggemar filem superhero di Malaysia. Mungkin tak lama lagi akan ada fanbase Bumilangit dekat Malaysia sendiri. Akhir kata, nantikan kemunculan Gundala  bermula 26 Disember 2019 di pawagam seluruh Malaysia. Jangan lupa untuk lepak sekejap lepas habis filem sebab ada post credit scene untuk hint filem Bumilangit seterusnya!


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang pencinta sastera dan perfileman tempatan dan antarabangsa. Mempunyai minat yang mendalam pada kesenian, sejarah dan tradisi lokal. Tak akan berhenti menulis selagi masih ada budaya dan seni nusantara yang belum dibicarakan.

Comments are closed.